Bab 3

3.1K 86 1
                                    

Perkahwinan aku dengan Adreanna akan berlangsung dalam masa tiga bulan lagi. Macam-macam persiapan telah kami siapkan untuk majlis perkahwinan kami nanti.

Kini, tinggal aku beritahu hal ni dekat Arish dengan Nurul saja. Zayn dah tahu pasal benda ni terlebih dahulu dari mereka berdua. Kenapa aku bagitahu benda ni dekat Arish dengan Nurul lambat? Sebab aku tak nak kacau dia orang berdua berhoneymoon. Biasalah orang baru lepas kahwinkan. Jadi kita bagi masa untuk dia orang enjoy masa bersama-sama. Lepas ni giliran aku pulak.

Aku ajak diaorang berjumpa dekat kafe Adreanna bekerja. Adreanna bekerja sebagai barista di kafe berhampiran pejabat aku. Sambil aku menunggu pasangan pengantin baru tu sampai, tiba-tiba saja di hadapanku muncul secawan kopi espresso panas. Aku mendongakkan kepala bagi melihat siapakah gelaran yang meletakkan cawan itu. Seperti yang dijangka, tak lain tak bukan Adreanna sendiri.

"Kawan awak tak sampai lagi ke?" Ucapnya lembut sambil berdiri berhadapan dengan aku. Aku hanya menggeleng sambil menghirup espresso tersebut. Sedap.

"Otw katanya, tak tahulah betul ke tidak." Adreanna hanya gelak perlahan dengan ucapan aku sambil menggelengkan kepalanya melihat ku menghirup espresso tanpa sebarang perasaan.

"Awak memang suka coffee eh?" Mulut yang menghirup kopi espresso tadi terhenti lalu aku meletakkan cawan tersebut di atas meja. Aku hanya mengangguk mengiyakan jawapan si Adreanna.

"Patutlah." Aku yang mendengar jawapan Adreanna hanya mengangkat kening sebelah. Pelik dengan jawapan dia.

"Apa? Kau nak cakap perangai aku ni bitter macam kopi ke apa?" Dan sekali lagi Adreanna tertawa kecil mendengar ucapan aku.

"Mana ada lah. Perangai awak tak bitter macam kopi espresso yang awak minum tu, tapi bau badan awak... it smells like coffee. I love it." Balasan dari Adreanna itu membuatkan aku terkaku seketika, tak sangka Adreanna akan berkata begitu.

"And your expression, cold as ice. Like usual." Aku tidak terkejut dengan hal tu, kerana itulah kenyataannya.

"I know." Hanya hanya membalasnya ringkas sebelum espresso tadi aku hirup semula. Tanpa sebarang pertanyaan, Adreanna kembali ke dalam untuk menyelesaikan semua kerja sebelum syifnya tamat. Aku pula hanya menunggu si Arish dan Nurul tiba dengan penuh kesabaran yang mendalam.


"Wei sorry  kitaorang lambat. Tiba-tiba ada problem pulak tadi." Hampir satu jam aku menunggu pasangan pengantin baru ni tiba. Akhirnya muncul juga muka mereka di hadapan aku sekarang ni.

"It's okay." Jawabku selamba. Tak nak ambik tahu tentang 'problem' yang dia orang hadapi tadi.

"So, apa benda yang kau nak bagi tahu kita orang ni Erix?" Aku hanya menghirup espresso sebelum memulakan perbicaraan. Kini aku menatap mereka tenang.

"Aku nak kahwin."

"HAH!" Ucap mereka serentak dengan perasaan terkejut yang jelas kelihatan di wajah mereka. Aku hanya mengangguk menyakinkan jawapan aku kepada Arish dan Nurul.

"Ho-how! With who?" Terbata-bata Arish menanyakan soalan itu ke aku. Tidak menyangka yang kawan baiknya dari zaman bangku sekolah menengah ini akan menamatkan zaman bujangnya secara tiba-tiba.

"Pilihan papa aku." Jawab aku bersahaja. Wajah mereka masih lagi terkejut dengan hal ini.

"And... Kau setuju macam tu ja?" Aku hanya mengangguk sekali lagi. Kini Arish dan Nurul hanya saling bertatapan. Tidak percaya dengan pilihan yang aku buat.

LOVE'S MELODY [OG]Where stories live. Discover now