!!Warning full with keganasan!!
.
.
.
Hari berganti hari dan minggu berganti minggu. Kini hanya tinggal beberapa hari saja lagi sebelum aku dan Adreanna akan di satukan. Dan kalau orang lain akan berada di rumah untuk selesaikan apa yang patut tapi aku pula berada di satu tempat yang terpencil jauh di mata orang sedang mencari info-info lain soal siapa dalang di sebalik kekacauan hidup aku sekarang ni.Lepas saja aku hantar Adreanna dari rumah Zayn hari tu, kami bersengkang mata untuk mencari maklumat dua penceroboh itu. Mereka ni tidak sama dengan budak lelaki yang lidahnya yang aku potong tempoh hari. Dan mereka hanyalah samseng jalanan yang tidak terlibat dengan mana-mana organisasi. Beberapa hari selepas kejadian malam tu pula, Zayn berjaya trace rakannya seorang lagi.Tapi walaupun mereka tidak terlibat dengan mana-mana kumpulan, rahsiah tentang siapa yang hantar mereka masih lagi di simpan ketat. Hampir lunyai juga dia orang aku kerjakan.
Tapi hari ni, aku berjaya masuk ke salah satu tempat mereka hasil daripada kerja keras Zayn dalam menghack sistem. Berdasarkan maklumat dari Zayn, ketua dalang di sebalik semua kerja ni di kenali sebagai 'WILD VENOM'. Dia hanya akan muncul jika perlu, dan hanya akan berjumpa dengan orang-orang besar sahaja untuk sampaikan hajatnya, itu pun bukan semua. Hanya orang-orang tertentu. Kalau orang-orang bawah macam dua samseng jalanan tu pula dia cuma minta orang kanan dia saja yang turun padang. Semua tindak tanduknya sangat di susun rapi. Dari awal sampai sekarang.
Sudah hampir 15 minit aku berada di rumah kosong tu,hanya amati setiap inci ruangan. Tak nak tertinggal satu benda. Walaubagai mana pun, aku tahu sedari awal aku tak keseorangan. Ada orang awasi aku dari jauh. Dan sekarang aku dalam mod berjaga-jaga setelah mendengar satu bunyi aneh datang dari bahagian luar. Dan betul, tak sampai beberapa saat selepas itu kedengaran satu suara yang datang dari arah belakang aku.
"Well,well...look, who is coming for looking of me now?" Aku toleh ke arah suara tersebut. Tapi hampa, orang yang berdiri tepat di hadapan aku ini bukan orang yang aku cari, melainkan orang upahannya dan diri dia yang asli berada di sebalik interkom di tangan orang di hadapan aku.
"Are you that interested over me huh, sampai-sampai cari aku sampai ke sini?" Dan suara disebalik interkom tersebut merupakan suara seorang perempuan. Walaupun dia gunakan pengubah suara, namun itu tak boleh mengubah seratus peratus suara aslinya.
"Aku tak akan segigih ni untuk cari kau kalau kau tak mulakan dulu untuk cari aku WILD VENOM. I'm not the person who interested with this thing."
"I know, because your organization rules are base from the law. You and your gang will never do something against that. Right, Rex?" Kedengaran suaranya mengejek.
"Well I wish good luck and semoga jumpa apa yang kau nak." Sambungnya sebelum talian di putuskan. Dan tidak lama selepas itu, orang di depan aku secara ini tiba-tiba saja menyerang. Namun sempat aku elak.
atu persatu tumbukannya melayang ke arah tubuhku. Ada yang aku sempat elak, dan ada juga beberapa kali kena tepat di bahagian dada dan muka. Namun tak sama kalah juga dengan aku bertubu-tubi membalas setiap tumbukan demi tumbukan yang diberikan. Kini aku agak kewalahan selepas di serang begitu juga dengan dia.
Tapi entah bagaimana dan macam mana, aku di serang di bahagian belakang. Aku lengah. Rupanya dia bukan berseorangan, dia ada dua lagi kawan yang sedang tunggu masa untuk menyerang aku. Sungguh bijak taktik mereka. Aku yang melutut di lantai sambil ketawa seperti orang gila sebelum aku cuba untuk bangun semula. Walaupun sakit, aku gagahkan diri untuk bangun.
"So smart of you guys. You caught me. HAHAHAHAHA!" Itu apa yang keluar dari mulut aku sebelum aku memulakan serangan aku kembali kepada mereka bertiga. Jujur, dengan keadaan aku begini memang agak susah untuk aku berlawan, apatah lagi tiga orang sekali gus. Aku sangat-sangat kewalahan. Aku perlu bijak berfikir. Sambil berlawan, aku memeriksa keadaan sekitar mana tahu boleh gunakan barang-barang sekeliling untuk berlawan. Namun hampa, tiada satu pun yang boleh aku gunakan. Sekarang ni aku hanya perlu lambatkan gerak-geri mereka sebelum aku bertindak lebih lagi.
YOU ARE READING
LOVE'S MELODY [OG]
Ficción GeneralDingin dan kejam. Itulah gambaran bagi sosok lelaki yang bernama Erix Iskandar atau juga dikenali sebagai Erix Drystan yang merupakan seorang CEO dan juga ketua kongsi gelap yang dikenali dengan cara mereka tersendiri yang berasaskan undang-undang n...