Chapter 1

2.7K 27 5
                                    


"Aku minta maaf Red. Aku dah penat dengan semua ni. Apa aku nak semuanya tak dapat. Kau tak mampunak belikan. Asyik takde duit je. Macam takde kerja lain kat dunia ni. Jadi rider ni bukan ada masa depan pun" Red masih teringat kata-kata Nana.

"Pagi-pagi dah termenung. Mana rezeki nak masuk" Dani kawan baik Red sejak dari bangku sekolah. Dani sudah berumah tangga dan mempunyai dua orang anak. Hubungan Red dan Dani sering kali disalah erti. Red dianggap kekasih gelap Dani. Namun mereka berdua sekadar kawan baik.

"Dari pagi tunggu order tak masuk lagi, dah 3 jam" Red merungut. Wanita berusia 34 tahun itu kehilangan kerja setahun yang lepas. Dia memilih untuk menjadi penghantar makanan. Masa kerja lebih fleksibel. Namun kewangan dia tidaklah begitu stabil. Red percaya satu hari nanti dia akan berjaya. Mungkin belum masanya, satu hari nanti penghantar makanan akan dihormati.

"Yes! Dah masuk satu order" Dani berjalan menuju ke motosikalnya. Red perhatikan Dani. Ini semua idea Dani. Dani meyakinkan Red menjadi penghantar makanan boleh menjana pendapatan yang lumayan. Pada awalnya kerja ini menyeronokkan. Tak perlu ikut arahan. Tidak terikat dengan banyak peraturan yang tidak masuk akal. Tak perlu terperap dalam satu bangunan selam 8 ke 12 jam sehari. Namun lama-kelamaan Red mula hilang keyakinan. Red perhatikan Dani tinggalkan kawasan menunggu. Kebiasaannya mereka menunggu di hadapna KFC. Mereka berdua sahaja. Tidak ramai.

Dani termenung lagi. Dia perhatikan kereta, manusia bahka gagak juga dari perhatiannya. Sesekali mengeluh. Telefon Red berbunyi.

"Red tolong aku. Motor aku buat hal. Order customer ni aku belum hantar lagi. Kau datng kejap boleh" Dani minta tolong Red.

"Kalau ye pun bagilah salam dulu. Kau kat mana sekarang?" Red Bertanya.

"Aku kat depan Klinik Puteri. Cepat sikit kan lambat customer bagi 1 star je" Dani risau ratingnya akan terjejas.

Red tidak berkata apa-apa. Dia terus menuju ke lokasi Dani. Red memecut laju. Kurang dari 5 minit Red sampai ke lokasi Dani. Dani serahkan makanan dan alamat kepada Red. Memecut laju lagi. Red sampai di hadapan pagar.

"Cantiknya rumah ni" Red memerhatikan rumah itu. Menekan loceng. Seorang gadis keluar dari rumah. Berseluar pendek warna hitam, bersinglet kelabu, berjalan sambil tengok telefon. Red perhatikan gadis itu. Di hulurkan RM100 dan matanya masih menatap telefon. Red hulurkan makanan dan terima RM100.

"Duit kecik takde ke?" Red bertanya. Gadis itu pandang muka Red.

"Dah tau niaga simpanlah duit kecik" dia menjawab dengan selamba.

"Oi Cik Kak, saya tak niaga. Kerja saya hantar makanan je pun" Red tidak senang dengan jawapan gadis itu.

"Bak sini lah duit tu. Aku bawa duit kecik. Menyusahkan betul" berdesing telinga Red. Red menghulurkan duit itu kembali. Gadis itu masuk ke dalam.

"Harapkan muka je lawa, takde adab langsung. Kalau bukan customer dah lama aku tampar muka betina ni. Budak lagi tapi perangai macam ba alif ba ya." Red membebel seorang. Hampir 10minit, gadis itu masik belum muncul. Red menekan loceng lagi.

Gadis itu muncul semula dengan seikat plastik di tangan. Dia hulurkan palstik itu kepada Red. Penuh dengan duit syiling.

"Apa ni" Red menyoal gadis itu dengan muka yang bengang.

"Duit la. Ada RM27.30. Kiralah kalau tak percaya" Dia masih menatap telefonnya. Tidak pandang muka Red.

"Kau ni memang kurang ajar kan. Apa hina sangat ke hantar makanan." Red hilang sabar. Dia sakit hati. Dia tak peduli dibayar dengan duit syiling namun gadis itu macam sengaja.

Aku 34 Kau 18Where stories live. Discover now