Chapter - 11

947 22 0
                                    

Red dan Ika berpandangan. mungkin in dapat menyelesaikan masalah yang di hadapi Mak Siti. Namun ini bukan duit mereka. Duit itu milik Haz. Haz berhak menentukan apa yang akan di lakukan. Namun Haz bukanlah seorang yang berfikiran matang. Setahu mereka berdua, Haz kuat makan, kuat menangis, sentiasa bingung. Mungkin hari ini dia setuju esok akan jadi cerita lain.

Keesokkan hari Red dan Haz ke restoran Mak Siti seperti biasa. Red tidak berkata apa-apa kepada Mak Siti. Penyelesaian hamper ada namun kepastian belum ada. Haz masuk ke dapaur, di amula sediakan bahan untuk masak. Red pula masih mengharap. Walau Haz sedia membantu namun belum ada kata putus. Red keluar mencari rezeki seperti biasa.

'Kalau aku tanya lagi macam memaksa pula. Lagipun itu duit dia, hak dia. Takkan nak tanya lagi. Kan dia kata ambil kesempatan pula.' Red sekadar berkata dalam hati. Haz pandang keluar. Red tinggalkan restoran. Dia melangkah keluar dari dapur menuju ke arah Mak Siti.

"Mak Uda kita nak cakap dengan mak uda boleh?" Haz minta izin.

"Cakaplah." Mak Siti berkata pendek sambil mengira bil-bil yang ada di atas meja.

"Red cakap mak uda nak jual kedai" Haz inginkan kepastian.

"Ye." Masih pendek jawapan Mak Siti. Haz terdiam. Dia pandang ke luar. Dia teringat hari pertama dia datang ke kedai ini untuk bekerja. Layanan Mak Siti yang mesra. Dia diberi kepercayaan untuk masak walau usianya yang sangat muda. Dia teringat betapa hidupnya kini berubah kerana Red dan Mak Siti. Red sentiasa mengalah dan sentiasa menjaganya. Kehadiran Red dalam hidup seperti penyelamat. Keran Red, Haz dapat keluar dan hidup berdikari. Haz pandang muka Mak Siti. Mak Siti masih lagi sibuk mengira beberapa bil.

"Umi" Haz bersuara. Mak Siti terdiam. Dia tidak pandang muka Haz. Namun dia tidak dapat teruskan kerjanya.

"Umi, terima kasih bawa Haz kat sini layan Haz macam anak sendiri. Bertahun hidup dengan mama Haz tak rasa kasih sayang. Sekarang Haz mula dapat segalanya. Kalau umi jual kedai ini Haz kena balik ke rumah dan hidup macam hamba selagi lagi. Jangan jual umi, Haz ada duit kita boleh usahakan sama-sama" air mata Haz gugur. Dia tidak lagi panggil mak uda. Dia panggil Mak Siti dengan panggilan umi. Air mata Mak Siti juga gugur.

"Takde pilihan lain nak. Terpaksa jual. Umi minta maaf" Dia mengelus lembut pipi Haz.

"Terima kasih anggap kita ni umi awak nak. Semoga awak dapat segala kebaikkan dalam hidup awak" Mak Siti terharu. Dia tidak ada zuriat. Mungkin panggilan seperti itu normal bagi orang lain namun untuk Mak Siti ia tinggalkan kesan yang dalam.

Haz terdiam, dia berjalan keluar dari kedai. Dia keluarkan telefon dan dail nombor Red.

"Red datang kedai eh. K bye" terus matikan panggilan. Telefon Haz berbunyi. Nama Red muncul di skrin. Haz angkat panggilan.

"Kau tak boleh ke tunggu aku jawab dulu. Bila nak belajar ckapa betul-betul dalam telefon" Red geram dengan sikap Haz.

"Kan dah cakap. Datang sini." Haz menjawab.

"Ada apa?" Red bertanya.

"Hantar aku pergi bank. Nak ambil duit bagi kat umi" Haz menjawab lagi.

"Umi??" Red ajukan soalan lagi.

"Mak uda lah umi. Itupun tak tahu. Cepatlah. Bye" Haz matikan telefon.

"Haish tak pernahnya tunggu aku habis cakap" Red merungut. Dia pergi ke kedai Mak Siti. Mereka berdua ke bank untuk urusan keluarkan duit. Bank draft yangdiserahkan kepada Mak Siti. Mak Siti terpinga-pinga. Dia tidak percaya Red dan Haz mampu kumpulkan RM350000.

"Mana kamu berdua dapat duit ni?" Mak Siti terkejut dengan angka yang tertera. Red terangkan segalanya kepada Mak Siti. Mak Siti menolajk dengan keras. Namun setelah dipujuk oleh Red dan Haz, Mak Siti setuju terima wang tersebut namun dengan syarat, Haz menjadi rakan kongsi. Syarat yang agak adil.

Haz dan Red keluar dari kedai. Haz tersenyum. Manis senyuman gadis pendek itu.

"Dah kenapa senyum-senyum ni" Red juga tersenyum dapat selesaikan masalah Mak Siti.

"Dulu masa kerja dengan arwah umi, dia selalu cakap satu hari nanti aku akan jadi pemilik kedai tu. Lepas umi meninggal hak aku jadi hak orang. Tapi sekarang aku dapat juga jadi pemilik." Haz peluk Red. Red balas pelukkan Haz. Mata mereka bertemu. Red mengucup lembut bibir Haz.

-TAMAT-

Aku 34 Kau 18Where stories live. Discover now