Chapter - 10

893 23 2
                                    

"Baiklah. Kami takkan masuk campur dalam hal ini. Lagipun orang yang macam ni takkan hidup senang pun." Red memberi jaminan dia tidak akan melaporkan hal ini kepada pihak polis. Mungkin ini yang terbaik buat masa ini. Mak Siti pula mengangguk.

"Jom tolong mak uda tutup kedai. Dah pukul 7." Mak Siti masuk ke dalam untuk kemas dapur diikuti Haz. Sementara Red pula bantu kemas di depan. Mereka pulang ke rumah. Sebaik sampai ke rumah pintu rumah dibuka. Ika muncul di depan pintu.

"Yeay korang dah balik!!!" Ika peluk Haz. Haz terdiam. Dia biarkan sahaja perbuatan Ika. Red perhatikan sambil geleng kepala. Haz pula masih berdiri kaku.

"Ish budak kecik ni. Apa salahnya peluk juga. Takde emosi langsung" Ika mengomel. Ika beralih kepada Red. Dia cuba peluk Red.

"Dah kenapa kau ni. Peluk-peluk. Tumbuk perut kau baru tau" Red mengelak. Dia terus masuk ke dalam rumah.

"Alah aku bosan. Dah la kena tinggal sorang kat rumah. Bila nak habis PKP ni? Aku boleh gila duduk rumah ni. Kalau lah dibenarkan kerja kan bagus." Ika berjalan masuk ke dalam rumah.

"Eloklah. Masa takde apa-apa tiap hari kau kata malas nak kerja. Tapi bila orang bagi duduk rumah kau nak kerja pula." Red pula membebel.

"Diamlah kau. Kau apa tahu. Kau takpe lah hari-hari dapat jalan ke sana ke sini. Aku ni duduk rumah je. Budak kecik ni pun dapat juga pergi kerja. Macam nak gila duduk rumah" Ika pandang muka Haz. Haz masih blur. Haz agak takut sikit dengan Ika. Mungkin kerana perwatakkan Ika yang nampak garang.

"Kerja lah macam aku. Kau pun boleh jalan-jalan." Red berkata sambil masuk ke bilik.

"Aku tak pandai bawa motor. Kalau pandai dah lama aku buat kerja macam kau. Ingat aku suka sangat ke duduk kat ofis tu. Membosankan. Kau apa tengok-tengok" sambil menjawab Ika sempat mengusik Haz. Haz geleng kepala. Tidak berani bertentang mata dengan Ika.

"HAHAHAHAHAHA...motor pun tak pandai bawa. Baik terjun bangunan" Red menjerit dari bilik. Haz terketawa.

"Hah! Ketawa kau. Cucuk mata kau nanti." Ika tunjuk 2 jari kepada Haz sambil membesarkan mata. Kepala Ika ditepuk perlahan.

"Kau dah kenapa? Tak usik dia tak boleh tido. Dia dah la cengeng kan tak pasal menangis" Red diri kat belakang Ika.

"Manja sangat. Sikit-sikit nangis" Ika halakan jari sekali lagi. Haz bangun masuk ke bilik. Ika tersenyum. Dia cuma bergurau dengan Haz. Orangnya pendek, comel dan mudah menangis. Dah berumur 18 tahun namun masih manja.

"Kau tau mak tiri dia suka dera dia. Macam-macam dia dah buat kat keluarga Haz. Tadi dia cerita kat aku and mak uda. Rasa geram je dengan mak tiri dia" Red mula bercerita.

"Kenapa weyh?" cerita Red menarik perhatian Ika. Red menceritakan segalanya kepada Ika. Air mata Ika menitis.

"Ek eleh.. tadi kau kutuk Haz. Ni kau yang menangis kenapa?" Red ketawa bila Ika menangis.

"Sedih lah bongok. Kesiannya budak kecik ni. Kenapa lah mak tiri selalunya macam ni" Ika meluahkan rasa kesal.

"Bukan semua mak tiri macam tu. Segelintir je. Kau tengok mak tiri Lewis Hamilton tu ok je." Red cuba membetulkan.

"Lewis apa? Sape tu? Apa kena dengan mak tiri dia?" Ika blur. Dia pandang muka Red.

"Oh, aku lupa. Kau motor pun tak pandai bawa kan. Lewis Hamilton tu juara dunia formula 1. Formula 1 tu kereta lumba. Tau tak." Red memberitahu Ika.

"Jadi apa kaitan dia dengan aku tak pandai bawa motor?" Ika menjeling.

"Hahahahaha...saja nak bagi tahu kau yang aku tau pasal kereta lumba dan aku sengaja nak kaitkan kau tak pandai bawa motor" Red ketawa kuat-kuat.

Aku 34 Kau 18Where stories live. Discover now