Chapter - 8

847 26 5
                                    

"Dah seminggu kerja ni ok tak?" Red ajukan soalan kepada Haz.

"Ok" singkat sahaja Haz. Matanya lebih fokus ke TV sambil menguyah Mister Potato. Ada sahaja benda yang dikunyah.

"Apa yang ok? Mulut kau tu kalau tak mengunyah tak boleh ke? Tak gemuk-gemuk juga." Haz tidak pedulikan kat-akat Red. Dia hulurkan mister potato kepada Red. Red menggeleng kepala dan masukkan tangan dalam bekas mister potato.

"Ambil satu je jangan banyak." Haz tak suka berkongsi makanan. Nak pinjam duit pun boleh tapi jangan minta makanannya. Itu sangat sensitif. Red tak jadi ambil.

"Malas nak layan kau. Aku tanya tak nak jawab" Red merajuk. Haz pandang muka Red. red buat-buat merajuk. Haz tenung muka Red. Pandangnnya agak kosong. Dia letak makanan di atas meja. Haz naik atas riba Red. Dia pegang kedua pipi Red. Haz mencium lembut bibir Red. Red peluk Haz. Ciuman mereka menjadi hangat. Mereka mula hanyut, dan bantal terbang ke arah mereka. Tepat mengenai kedua mereka.

"Kau berdua nak buat kerja tak senonoh pergi masuk bilik. Aku terajang dua-dua nanti" Ika menyinga. Red dan Haz cepat betulkan kedudukan. Red tersenyum hambar.

"Bila kau sampai?" Red bertanya sambil garu kepala.

"Aku dari tadi dalam bilik syaiton. Kawal sikit diri tu. Tumbuk dua-dua baru padan muka. Hah kau budak kecik, benda lain kau buat muka seposen. Benda macam ni laju kau ye." Ika mendekati Haz dan tari telinga.

"Ahh sakit." Haz mencebik bibir sambil pandang muka Ika.

"Janganlah tarik telinga dia. Dia ni dah lah cengeng, kan menangis baru kau tau." Red tarik Haz dalam pelukan dia. Ika menjeling Red. Haz bangun dan masuk bilik. Red ikut Haz sambil menjelir lidah ke arah Ika.

Keesokkan pagi, Haz sambung kerja. Hari ini banyak pesanan makanan yang diterima Mak Siti. Haz diminta masak manakala Mak Siti bungkus air. Haz masak sambil menyanyi.

Jika
Harusku bersabar
Dengan segala derita
Ku terima

Jika
Pahitnya terasa
Bagai dipenjara tanpa bicara
Ku rela

"Haz...... masa masak tak boleh nyanyi, kan dapat suami tua nanti" Mak Siti menegur Haz. Haz pandang muka Mak Siti.

"Betul ke mak uda? Apa kena mengena makanan dengan suami tua?" Mak Siti terketawa.

"Itu kata-kata orang tua, sebenarnya kalua menyanyi masa masak takut makanan tu tercemar dengan air liur kita, kadang kita berkhayal boleh hangus makanan. Itulah sebab orang tau melarang. Lagi-lalgi kat kedai, kalau pelanggan sakit habis bisnes kita" Mak Siti terangkan kepada Haz.

"Oohhhhh. Tapi kan, bukan ke suami mak uda pun dah tua. Maknanya bukan pasal mak uda menyanyi masa masak sebab memang dapat suami tua?" Haz bertanya soalan yang agak panas.

"Aku pun dah tua, mestilah laki aku tua. Cili juga mulut kau ni. Masak diam-diam" Mak Siti malas melayan karenah Haz. Dilarang menyanyi dengan penjelasan yang cukup, Haz pasang pula earphone mendengar lagu. Memang tak reti diam. Sedang masak Haz terdengar suara orang beri salam. Dia macam kenal dengan suara itu.

Mak Siti menjawab salam sambal keluar ke depan. Ada seorang lelaki berumur dalam lingkungan 40an berdiri di hadapan kedai.

"Maaf ye encik. Tak boleh makan kat dalam. Boleh bungkus je" Mak Siti menerangkan SOP yang diperkenalkan ketika PKP. Di awal pelaksanaan PKP banyak perkara yang dilarang.

"Saya bukan dating nak makan, saya dating nak bawa anak saya" Ketika ini Haz sudah keluar dari dapur. Air matanya gugur bila ternampak ayahnya di depan kedai. Dia berjalan kea rah ayahnya. Langkahnya berat.

"Haz buat apa kat sini?? Jom Balik sekarang" Zaharul meninggikan suara. Sudah hamper seminggu dia mencari anaknya yang hilang dari rumah. Akhirnya dia dapat jumpa Haz.

"Haz kerja sini papa. belum habis waktu kerja. Mak uda kata tak boleh balik selagi tak habis waktu kerja" Haz tunduk air matanya belum berhenti. Dia tahu dia kena ikut ayahnya pulang ke rumah. Rumah itu ibarat neraka untuk Haz. Dia perlu berdepan dengan ibu tirinya.

"Kau dengar tak papa cakap apa? Kau ingat papa takde duit? Setakat bagi kau makan bukan masalah. Papa kata balik. Jangan nak melawan" Zaharul menyinga. Dia geram anaknya keluar rumah tanpa berita, dan sekarang menjadi pekerja kepada orang lain.

"Bertenang encik. Haz ini ayah kamu ke?" Mak Siti cuba memahami situasi. Dengan reaksi Zaharul sebegitu dia risau jika ayahnya memaksa Haz. Haz hanya mengangguk dan masih menangis.

"Dah! Balik sekarang!" Zaharul masih mengarahkan Haz.

"Makan kat sini pun ada, Red pun bagi makan. Tak masak tak kena pukul, tak buat kerja rumah tak kena pukul. Makan tap perlu curi-curi. Ya papa selalu sediakan makanan, tanpa tanpa pengetahuan mama. Haz tak sanggup lagi papa." Haz pusing ke belakang dia angkat baju menunjukkan badannya yang penuh dengan luka kepada ayahnya. Terkejut Zaharul dengan tindakkan anaknya.

"Astagfirullah apa kau buat Haz" Mak Siti juga terkejut dia trus menari baju Haz ke bawah. Zaharul tertunduk.

"Haz tahan selama ini papa. Sekaran gada Red, ada Ika, ada mak uda. Dorang layan Haz sama macam umi. Mama bukan mak Haz. Papa pun tahu mama selalu pukul Haz, tapi sekali pun papa tak pernah melarang. Haz tak tahan papa....sakit sangat setiap kali kena pukul. Haz rindu kat umi. Kalau umi ada lagi, dia takkan biarkan Haz dipukul" Haz menangis meluahkan segala yang terbuku dalam hati kepada ayahnya.

Zaharul tunduk malu. Kalau dah sampai anak perempuan tunjukkan badan kepada ayahnya, di amula faham penderitaan Haz. Kini dia sedar dia telah abaikan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa. Mak Siti menenagkan Haz. Mak Siti juga baru sedar apa yang di lalui Haz. Tertekan secara emosi. Haz mendekati ayahnya.

"Haz sayang papa. Takde siapa boleh gantikan tempat papa dalam hidup Haz. Papa satu-satunya lelaki yang paling bernilai dalam hidup Haz. Tapi Haz merayu kat papa, Haz tak sanggup lagi kena pukul dengan mama. Haz macam kena penjara dalam rumah sendiri." Kata-kata Haz menikam Zaharul. Dia peluk Haz. Mencium dahi anaknya. Dia pusing dan berjalan pergi. Tidak bercakap apa-apa. Haz terduduk di lantai. Masih menangis. Mak Siti biarkan Haz menangis. Dia tidak sangka budak kecil yang dia anggap lurus boleh berkata sedemikian dan menanggung derita. 

Aku 34 Kau 18Where stories live. Discover now