Chapter-2

1.1K 28 9
                                    


Red bersiap di waktu pagi. Ika sediakan sarapan, waktu PKP ini tak banyak yang boleh buat. Masak salah satu aktiviti menisiwaktu lapang.

"Kau tau tak kelmarin motor Dani rosak. Dia minta tolong aku hantar makanan. Aku pun hantarlah kan. Aku jumpa budak perempuan annoying gila. Kurang ajar gila. Macam langsung tak hormat orang kan." Red menceritakan segalanya pada Ika.

"Mak ai...annoying gila. Kau tak tampar je? Aku dengar pun rasa nak terajang" Ika melayan cerita Red

"Then semalam aku hantar makanan kat dia lagi. Kali ni order dia masuk. Sekali salah order. Kedai tu salah kot. Dia nangis nak juga nasi goreng ayam. Kesian pula aku tengok. Aku belikan lah. Dah dapat nasi ayam goreng dia, dia bagi balik mee goreng ayam kat aku, lari masuk dalam rumah. Macam dah menang cabutan bertuah." Red sambung ceritanya.

Ika pandang muka Red.

"Babi! Mati-mati aku ingat kau care pasal aku, belikan mee untuk aku. Siap buatkan sarapan untuk kau, celaka!" Ika geram.

"Hahahaha...aku care pasal kau, sebab tu aku bawa balik. Kalau tak aku dah makan sebelum balik" Red geli hati bila Ika membebel.

Red tinggalkan rumah, pergi ke depan KFC tempat menunggu. Dani tidak kelihatan. Dia on app. 2minit order dah masuk.

Red terkejut, biasanya tunggu 2jam pun belum tentu ada. 2minit dah ada. Rezeki jangan ditolak. Order pertama. Alamat yang dia kenal sangat.

"Aduiiii.....kenapalah aku sorang je kena hadap. Macam mana boleh 3 hari berturut-turut" Red berkata sendirian. Namun kerja tetap kerja. Suka atau tidak ini masa untuk mencari duit. Penantian dia selama ini tidak sia-sia.

Sepanjang perjalanan ke Red cumah terfikir tentang Haz. Perubahan Haz dalam masa 2 hari. Merimaskan namun muka yang sangat comel. Red tersenyum sendiri. Dia sampai di depan rumah. Tekan loceng. Red perhatikan pintu rumah. Kepala Haz muncul dahulu. Haz sengetkan kepala pandang ke arah pagar.

'Dah kenapa budak ni. Mental ke apa' Red berkata dalam hati.

Haz berjalan ke arah pagar. Dia sambut makanan dari Red.

"Nak Nombor telefon kau" Haz minta nombor Red pandang tepat ke matanya.

"Untuk apa?" Red bertanya.

"Nak order makanan" Haz menjawab pendek.

"Aku dah cakap, aku tak jual makanan aku cuma hantar makanan." Red mula hilang sabar sedikit.

"Tau lah kau hantar makanan, aku malas nak tekan-teakan app bodoh ni. Lambat. Aku order kat kau je. Kau boleh belikan" Haz cuba terangkan niatnya minta nombor.

"Kalau kau order kat app, kitorang dapat gaji. Kalau kau order terus, kau nak bayar gaji ke?" Red bukan tak nak beri nombor namun cara Haz membuatkan Red tidak berapa senang.

Haz pandang muka Red. Bibir bawah tergerak seperti mau menangis.

'Fuhhh...ujian....aku rasa macma nak tarik pipi dia ni. Comelnya!!!' Red menahan kata.

"Bolehlah......." Haz lekatkan mukanya ke pintu pagar. Buat muka kesian.

"Bagi nombor kau, aku miskol." Red mengalah. Tak mampu menolak. Haz terlampau comel untuknya. Mata yang tajam, bibir yang merah, hidung yang sangat comel. Macam hendaka digigit manja.

"Jangan nak kacau pula. Order makan sehari 3 kali je. Aku bagitau bila nak hantar. Setiap kali aku hantar, aku charge rm3. Setuju?" Red mengenakan syarat.

"Banyaknya syarat.....RM3 sekali...sehari RM9" dahi Haz berkerut. Dia sedang mengira.

"Sehari RM3 la...kalau sehari RM9 setahun RM3285. Mana nak cari duir banyak tu. Haz bukan kerja pun...." Haz berkata sambil sengetkan kepala dan tenung muka Red.

Aku 34 Kau 18Where stories live. Discover now