Chapter - 6

861 27 3
                                    

"Besar-besar baju kau. Semua panjang-panjang" Haz merungut. Pakaian Red agak panjang untuknya. Seluar perlu di lipat. Baju lengan panjang jug aperlu dilipat.

"Dah tu time lari dari rumah bawalah pakaian sekali. Untung aku bagi kau pakai. Kan tak bagi pakai padan muka. Pakaian aku tu cukup sifat dah. Kau tu pendek." Red mengusik Haz.

"Aku bukan pendek lah! Pakaian kau besar!" Haz tidak berpuas hati dipanggil pendek. Sudah menjadi sifat perempuan pendek menafikan mereka pendek. Haz tetap menyarung pakaian Red. Haz nampak comel berpakaian begitu. Dengan badannya yang kecik, dia kelihatan lebih pendek. Red mendekati Haz. Dia mengusap kepala Haz.

"Alolololo anak sape sesat kat sini" Red mengusik lagi. Haz menjeling Red. Dia geram diperlakukan begitu. Haz lompat ke atas Red. Red terjatuh atas katil. Haz kini duduk di atas perut Red. Dia mencucuk pinggang Red.

"Janganlah...gelilah" Red ketawa. Haz tidak mahu berhenti. Tetap mengusik pinggang Red. Red pegang tangan Haz. Haz tidak mahu mengalah dia menggosok mukanya dia leher Red. Kedua mereka ketawa tidak berhenti. Haz tenung muka Red. Wajah Red membuatkan dia terasa tenang. Red pula rasa malu sedikit ditenung sedemikian.

"Kau dah kenapa. Dah turun. Macam tak pernah tengok orang" Red cuba bangun. Haz pula mendekatkan muka ke muka Red. Hidung mereka tersentuh. Haz menggesel hidung ke hidung Red. Nafas Red tidak menentu. Jantungnya berdebar. Haz mendekatkan bibir ke bibir Red. Sangat dekat, bibir mereka hampir tersentuh. Pintu bilik diketuk. Mereka berdua cepat-cepat duduk di atas katil. Ika buka pintu bilik Red.

"Haz try pakaian ni. Ni semua pakaian baru. Aku tak pernah guna" Ika menyerahkan pakaian kepada Haz. Dia terus melangkah keluar. Haz pandang muka Red. Red alihkan pandangan ke luar. Mereka berdua diam seketika.

"Esok dah start kerja. Kalau tak larat bagitau. Kita cari kerja lain. Jangan paksa dri." Red mengubah topik mereka. Dia masih cuba bertenang. Dia masih terasa kehangatan nafas Haz. 'Time ni lah Ika nak bagi pakaian. Tak boleh dia tunggu lagi 10minit' Red geram diganggu.

Haz masih mendiamkan diri. Dia tidak berkata apa-apa. Dia tunduk. Tetiba air matanya gugur. Red menjadi serba salah.

"Haz...kenapa menangis?" Red masih tak faham. 'Baru tadi dia bergurau tetiba menangis? Sah budak ni tak betul. Memang betul kot kata Ika, dia ni ada something tak betul' Red betul-betul keliru. Belum pun Red faham apa yang terjadi. Haz duduk di atas riba Red. Dia sandarkan kepala ke bahu Red.

"Aku rindu umi. Masa umi ada aku selalu ketawa. Dia tak pernah pukul aku. Umi selalu gosok kepala aku. Masa kau gosok kepala tu aku teringat umi. Tapi umi dah takde. Sejak papa kahwin dengan mama, aku jarang dapat ketawa. Kau jangan tinggalkan aku Red." Haz peluk Red. Red peluk Haz. Dia sedar akan keadaan yang dilalui Haz. Red mengusap badan Haz.

"Ahh... Sakit." Haz kesakitan semasa Red mngusap belakang badan Haz.

"Kenapa" Red bertanya. Haz turun ke bawah. Dia membuka baju. Terdapat kesan luka di belakang badan Haz. Kesan luka baru dan lama. Red mendekati Haz. Dia menyentuh perlahan badan Haz.

"Kenapa kau tak pernah mengadu kat papa kau ke atau cikgu kat sekolah?" Red kesian dengan nasib Haz. Haz tidak perlu menanggung semua ini jika dia meluahkan segalanya kepada sesiapa.

"Aku tak nak mama gaduh dengan papa. Gara-gara aku papa merana nanti" Haz tertunduk. Red Peluk Haz perlahan. Dia mencium belakang badan Haz. Dia mendekati telingan Haz. Aku akan jaga kau selagi aku hidup. Haz pusingkan badan. Red lap air mata Haz, mencium lembut dahi Haz. Haz peluk Red. Dia pandang muka Red. Red menekatkan muka ke muka Haz. Mencium lembut bibir haz. Haz membalas ciuman Red. Pintu bilik dibuka. Ika berdiri di depan pintu menyaksikan Haz dan Red sedang bercium.

"Aku dah agak! Aku dah agak!" Dia berlari memeluk Red dan Haz. Ketiga mereka terketawa. Namun Red perlu sedia untuk segalanya. Haz tiada pengalaman kerja. Umurnya pula hanya 18. Red pula sudah 34. Perbezaan 16tahun. Bukan mudah untuknya. Begitu juga untuk Haz. Perbezaan usia bakal memberi cabaran baru. 

Aku 34 Kau 18Where stories live. Discover now