Chapter-5

973 21 5
                                    

"Kau fikrilah lmasak-masak Red, aku tengok budak ni macam tak betul pun ye. Dengan kena dera macam ni. Aku tak rasa kau ambil keputusan yang tepat" Ika meluahkan rasa tidak puasnya. Red terdiam dan terus pandang Haz yang sedang tidur di sofa.

"Aku pun tak pasti Ika. Tapi aku tetap nak dia ada kat sini. Kalau kau rasa risau bagi aku masa sikit. Nanti aku cari rumah." Red sedar jika masalah ini lebih besar dari yang dijangkakan dia tidak mahu Ika terlibat sama.

"Apa kau ni...aku tak suruh kau pindah pun. Aku cuma risau kalau ada masalah. Ok lah pelas ni akau tak tegur lah. Suka hati kau lah" Ika merajuk

"Aku tak nak kau terlibata sama je." Red cuba terangkan.

"Dah lah Red. Aku malas nak cakap dah." Ika bangun dan masuk ke bilik. Red masih perhatikan Haz. Tidur nyenyak lepas makan ice cream. 'Memang macam tak betul pun, tapi aku lebih kesian dengan dia' Red berkata dalam hati. Jam dah 12 tengah hari.

"Haz bangun. Aku nak pergi kerja" Haz terjaga. Dia pandang muka Red. Dia senyum. 'Adoi sweetnya senyuman dia. Boleh tegoda dengan budak ni.' Red alihkan pandangan. Tak mampu nak tengok muka comel macam ni.

"Aku nak makan apa kalau kau kerja?" Haz mengogosk matanya. Red terketawa. Bangun tidur entah kat luar kena bom ke apa, yang dia risau cuma makanan.

"Cuba bangun tidur cuci muka dulu ke apa ke. Ini bangun terus fikir makan. Nanti aku belikan. Tapi kau kena bayar. Tak boleh selalu makan free." Red sengaja meletakkan syarat.

"Alah tak de duit. Emm...kalau hutang dulu boleh? Nanti aku minta duit kat papa" Haz memberi cadangan.

"Kenapa kena minta papa? Dah 18tahun kan? Dah boleh cari duit sendiri. Kenapa nak berharap kat orang?" Red mengur sikap Haz.

"Nak kerja apa?" Haz bertanya.

"Kerja yang kau minat. Yang kau pandai buat" Red memberi cadangan.

"Aku tak pernah kerja sebelum ni. Aku cuma buat kerja dalam rumah je. Aku basuh baju, masak, kemas rumah, mop lantai. Tiap hari sebelum pergi sekolah kena masak, balik sekolah kenal basuh baju kena kemas rumah. Kena masak untuk malam." Macam tu jelah yang aku pandai buat.

"Dah tu mama kau buat apa?" Red hairan kalau dia kena buat semua, siapa yang membantu.

"Mama duduk rehat lah." Haz menjawab singkat.

"Papa kau tau tak?" Red pandang muka Haz. Kali ini Haz terdiam. Dia mendiamkan diri sebentar.

"Papa tau semua. Kadang papa belikan coklat. Tapi dia sembunyikan dari mama. Malam sebelum tidur papa hantar. Biasanya papa suruh makan kat sekolah. Duit pun papa suruh selit dalam buku. Kalau mama tau nanti jadi gaduh." Haz menceritakan tentang ayahnya.

"Dah tau macam tu layanan mama kau, papa kau tak melawan juga? Pengecut juga papa kau" Red geram. Sepatutnya sebagai ketua keluarga semua ahli keluarga tanggungjawab dia. Dia yang perlu mendidik, bukan hanya didik anak, isterinya juga perlu di didik. Dia gagal menjalankan tanggungjawabnya.

"Kau jangan nak cakap macam-macam pasal papa. Aku tak suka. Aku sayang papa. Kalau kau cakap buruk pasal papa aku tak nak kawan dengan kau" Haz marah ayahnya dikutuk. Biarpun ibu tirinya melayan dia dengan teruk namun ayahnya tetap cuba menjaga Haz dengan baik.

"Yelah. Dah tu pelajaran kau macam mana? Kau tak nak sambung ke?" Red bertanya lagi.

"Aku tak berapa ok kot belajar. Hari-hari tidur lambat bangun awal. Tak cukup tidur. Jadi aku tidur kat sekolah. Selalu kena denda dengan cikgu. Kawan-kawan kat aku lembab" Haz bercerita lagi. Namun jiwanya seperti kosong. Layanan diterima sangat teruk tapi Haz tidak tunjukkan sebarang emosi. Mungkin juga ada sedikit masalah mental. Mungkin juga bipolar.

Aku 34 Kau 18Where stories live. Discover now