BAB 9:Evan Aafas

140 10 0
                                    

Hari ni,
Pada waktu pagi aku ajak Mikael untuk berjoging.Memang menjadi rutin aku untuk berjoging sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.Pada hari lain,aku akan buat workout ringan di gym.Aku bukan nak kata apa,tapi aku memang mementingkan tubuh fizikalku.Barulah badan tegap dan six pack kekal terbentuk cantik!

Semasa aku joging,aku hanya buat tak tahu dengan pandangan dan perhatian yang aku dapat.Terutamanya,dari kaum wanita.Aku bukan nak berlagak,tapi aku dah biasa dan lali dengan situasi ni.Nak pula aku angkut member aku yang tak kurang handsomenya,lagi terteleng-telenglah diorang memandang.

Mikael memang mempunyai tarikan sendiri.Rambut perang asli yang dibawa dari keturunan ibunya sudah seperti mat salleh.Tapi,Mikael bukanlah orang yang sukakan perhatian!

Sedang aku dan Mikael berjalan sambil bersembang,aku terlanggar seseorang,dan orang yang aku langgar tu pula perempuan.Adoii...malunya..Apasal kau ni careless sangat Evan.Tak pasal-pasal langgar anak dara orang.Sudahlah badan orang tu kecil.Habis dia terjatuh.

"Err...kau okay?"Aku cuba menolong perempuan tu bangun.Apabila dia mendongakkan kepalanya.Oh Damn!Felora!Apa dia buat kat sini.Terlanggar buah hati sendiri,malu wey....Dia pun seolah-olah tergamam melihat wajahku."AWAK!Kita pernah jumpa kan?"Eh,dia ingat aku!Oh My God!!!!

Baru aku ingin berkata sesuatu,"WOIII..."Aku menoleh ke kiri.Seorang gadis berlari ke arah kami dan menolong Felora untuk bangun."Eh,kau apahal main langgar member aku,hah?!Suka hati jer...Badan dahlah macam gajah.Buta?Tak nampak?"

Amboi!Garangnya....Tak padan dengan tubuh kenit,kuat betul suara.Apa yang aku boleh lihat ialah,muka kacukan,cantik tapi tak secantik Felora aku.Warna mata coklat tua.Aku hanya mengangkat kedua belah tangan paras bahu dan mengaku salah.Eh,aku mengaku kalah bukan makna aku kecut,okay!Cuma aku kan lelaki,diorang tu perempuan.Gentle ah!Tapi lain pula kes Mikael.

"Eh,cik adik!Member awak tu yang jalan tak tengok depan.Asyik tengok phone jer.Nak salahkan member saya pula!"balas Mikael."Sudahlah,Ecah.Malu orang tengok.Kita minta maaf dahlah."Aku setuju dengan kata buah hati aku ni.Felora yang kena langgar,apasal dia pula nak kecoh!

"Emmm,sorry awak!Saya ralit tengok phone tadi."Alahaii...lembutnya suara.Cair aku mendengar.Padahal dia tak kepit pun suara dia,tapi tetap terdengar lunak di pendengaranku.Aku hanya mengangguk.Kita kalau suka kat seseorang,jangan tunjuk sangat.Aku nak kenal dia lebih lagi!

"Yang kau tak reti nak minta maaf?Main terejal jer tuduh orang."Aduhh..yang Mikael ni pun.Aku yang kena langgar,dia nak terasa lebih dah kenapa?Aku menyiku lengan dia apabila melihat Aisyah yang sedari tadi hanya menunduk.Rasa serba salah mungkin.

"Sor...Sorr...Sorry awak.Saya sepatutnya tanya dulu tadi."Mikael memandang Aisyah seperti mahu menelan gadis itu.Kemudian,dia mendengus kasar."Yalah...Lain kali jangan nak sondol tak pakai helmet.Sekarang ni,rasa malu tak?HAH!"Jerkah Mikael tiba-tiba.Habis kabut perempuan tu dibuatnya dan lari sepantas kilat.Aku hanya menggeleng.

Ti Amo Mr Blind MafiaWhere stories live. Discover now