"Abang....." Dia memanggil aku lembut.Tapi,tidakku sahut.Aku hanya diam memikirkan nasib malang yang menimpa diriku.
"Abang....nak dengar satu kisah tak?" Aku tetap diam dan memberi sepenuh tumpuan kepada isteri tercinta.Hanya sedu-sedan yang kedengaran."Sekarang kan,dekat palestin,gaza diorang semua tengah berperang.Ada yang hilang tangan,ada yang hilang kaki,ada yang hilang keluarga malah ada yang hilang nyawa.Tapi,kenapa diorang tak berputus asa? Sebab diorang tahu,ini dunia,tempat kita berkerja dan diuji.Di syurga sana,tempat kita berehat.Diorang tak pernah berputus asa,sebab diorang tahu diorang mampu.Abang faham kan apa yang Lora cakap?"
"But,why me sayang....Abang tak mampu....Kenapa abang yang diuji sampai macam ni...." Aku mula menangis.Air mata yang sedari tadi aku cuba tahan,akhirnya tumpah juga.
"Shhh....." Felora menarik aku perlahan di dalam dakapannya.Dia menepuk bahagian belakang aku dengan lembut.Sebelah tangan lagi,mengusap rambutku. "Jangan pernah bertanya abang.Arwah papa pernah berpesan kat Felora.Allah know more than us.Sentiasa yakin bahawa perancangan Allah lah yang terbaik."
Aku diam hanya bunyi tangisan sahaja yang kedengaran di dalam bilik latihan ni.Dah lama aku tak menangis teruk macam sekarang.Tapi,Felora Aleena berjaya meruntuhkan ego aku yang tinggi melangit tu.
Aku rasa tenang di dalam dakapan hangat dia.Di tepi telingaku dia bisikkan dengan alunan zikir dari suaranya yang lunak dan merdu.Damai jer rasanya.Bertuahnya aku dikurniakan isteri macam dia ni.Susah dan senang dia tetap ada di sisi.
"Sayang....terima kasih sebab ada dengan abang masa senang dan susah.There's no words I can describe how lucky I am." Dia tergelak kecil. "Sama-sama.Saya tahu dan yakin Iron Man saya ni seorang yang tabah dan kuat.Susah,senang kita sama-sama,ya abang."
Dia menyatukan jari kelingking kami tanda janji.Aku tersenyum dan mungkin dia juga turut tersenyum bersama
"Eh,abang....abang ada bau something tak?""Hah,bau apa?" Aku tanya.Hidung aku pun cuba meghidu, tapi tak bau apa-apa pun.Aku dapat rasa Felora menarik baju aku dan menghidu kemudian dia laju menolak.Bau datang dari aku ke?
"Ish,abang ni....bau peluh lah!" Dia terus bangun dari duduk dan menjauhi aku.Haah lah,beb....Aku lupa yang aku baru habis berlatih dengan Mikael.Niat mengusik terus datang.Sebelum dia pergi jauh,sempat aku sambar tangan dia. "Sayang nak pergi mana?" Aku bertanya dengan nada mengusik.
"Lari dari abang lah." Dia cuba melepaskan tangan dia dari genggaman aku.Heh,nak lari eh? Aku menarik dia sehingga dia jatuh ke atas aku.Badan dah lah ringan macam kapas.Bagus-bagus,kalau dia nakal sangat,dukung jer! Senyap terus.
"Sayang nak lari mana? Tadi,bukan main lagi peluk-peluk kita,cium-cium kita.Dah bagi lepastu nak lari.Hmm...?"
"Ish,abang tak nak lah.!"
"Tapi,abang nak." Aku dengar dia berdecit perlahan,marahlah tu.Aku terus mencium dahi dia.
"Sayang....isteri abang ni."Nah semua,hadiah untuk korang kerana sabar menunggu.Author curi-curi masa sikit masa buat assignment.HAHAHAHAHA!!
Tapi,mungkin author takkan update lama macam yang author cakap sebelum ni.Final exam pun just around the corner.Hope you guys enjoy! Stay stuned ya! Bye!!! Sayang Luvy semua......MUAHHH!

ANDA SEDANG MEMBACA
Ti Amo Mr Blind Mafia
RomanceSipnosis:Ti Amo Mr Blind Mafia "Bodoh!!!!!Baik aku jual kau kat bapak ayam jer!Hidup suka menyusahkan orang!!" Dicaci dan dihina seolah tiada beza antara Felora Aleena dan anjing kurap!Anak yatim piatu.Tiada tempat bergantung dan hilang tempat berma...