Pusing kanan,tak boleh.Pusing kiri,tak boleh.Menelentang,pun tak boleh.Kenapa aku tak boleh lelap ni.Aku rasa macam tak sedap hati.Sedang aku termenung,tiba-tiba telefon aku berdering.Aku mengangkatnya,panggilan dari hospital!
"Maaf doktor Lora,mengganggu malam-malam ni.Tapi,kita ada emergency sekarang di hospital.Kakitangan tak cukup.Semua ahli hospital wajib on call malam ni."
"Baik.Dalam masa 10 minit saya akan sampai."Aku terus bersiap dan keluar dari bilik.Aisyah yang menerima panggilan yang sama dari hospital turut sudah bersedia.Kami pergi ke hospital dengan menaiki kereta audiku.Memang sudah menjadi salah satu rutin bahawa setiap kakitangan hospital perlu sentiasa peka.Jika ada satu panggilan,mungkin ada satu nyawa yang dalam terancam!
Sampai sahaja hospital,
bangunan wad kecemasan dan rawat penuh dengan orang lelaki yang berpakaian serba hitam!Siapa diorang?Ahli kelab mana pula ni?Aku dan Aisyah didatangi seorang doktor dari pihak atasan."Doktor Lora.We need your help."Ujarnya.Aku dan Aisyah berpandangan pelik tetapi tetap mengikut langkah doktor itu.Di dalam lif,nombor 20 ditekan.Aras itu merupakan wad VIP bagi kecemasan bahagian mata!
Keluar dari lif,
lagi sekali aras ini dipenuhi dengan lelaki-lelaki berpakaian hitam.Aisyah disebelahku sudah mengeratkan genggamannya pada lenganku.Hanya beberapa orang doktor sahaja yang kelihatan.Kakiku dilangkah ke depan,apabila mataku menjamah wajah seseorang....."Eh,Lora.Tu bukan ke member Iron Man kau?"Mulutku sudah terlopong.Apa dia buat di sini?
"Awak berdua...?"Dia menegurku dan Aisyah.Aku hanya mengangguk kepala."Ouh,jadi Tuan Mikael dah kenal mereka.Baguslah,boleh kita proceed." "Sorry,doktor.But,what is going on here?"Tanyaku.Gua tengah confused ni....
"Lora,pihak hospital telah mengambil seorang pesakit di mana CEO,Evan Aafas yang cedera akibat gas racun.Tadi,pihak ICU dah jalankan pembedahan,tiada apa-apa yang serius.Cuma...Doktor Wani syak ada something yang tak kena with his eye.So,can you do it?" Sekejap,Evan Aafas?CEO muda dan ketua mafia serta Iron Man aku ialah orang yang sama.No way!Nonsense!Aku hanya diam tak berkutik.Takkan aku kena rawat si Mafia tu kut!
YOU ARE READING
Ti Amo Mr Blind Mafia
RomanceSipnosis:Ti Amo Mr Blind Mafia "Bodoh!!!!!Baik aku jual kau kat bapak ayam jer!Hidup suka menyusahkan orang!!" Dicaci dan dihina seolah tiada beza antara Felora Aleena dan anjing kurap!Anak yatim piatu.Tiada tempat bergantung dan hilang tempat berma...