Tepat pukul 5.30 petang,aku pulang ke rumah.Ouh,jangan risau! Aku bukannya balik rumah mak tiriku,tetapi aku pulang ke kampung tercintaku.Pada hari aku kena jual dengan mak tiriku sendiri,berita itu sudah sampai ke pengetahuan atuk dan Pak ngah. Memang mengamuk sakanlah diorang jadinya.
Dan pada esok haritu juga,Pak ngah naik ke mahkamah untuk menuntut hak pejagaan sepenuhnya.Pak ngah juga menyertakan borang kes dera kepada peguam keluargaku.Harap-harap boleh menang!
"Cik Lora!!Awal balik hari ni!" Aduhhh...datang lagi mamat ni. Zul,anak kepada jiran sebelah rumah nenekku.Jujur aku cakap,aku tak berapa selesa dengan dia ni kerana dia suka menilik diriku dengan pandangan nakalnya.Sudah berapa kali juga Zul cuba untuk memegang tanganku tetapi Along Aisyah banyak kali menghalang dan menghalau dirinya.
Mamat ni pula jenis tak makan saman! Tetap juga datang ke rumah nenek ingin berjumpa denganku! Gosip orang kampung kata,dia ni baru lepas keluar dari penjara.Atas kes apa aku tak tahu.Aku kan sibuk di hospital.Mana sempat nak layan gosip!
Aku hanya melayan dia acuh tak acuh.Senyumlah sikit Felora walaupun tak ikhlas.Nanti kang di cop 'sombong' pula!
"Haah.Hari ni tak banyak pesakit kat hospital." Jawabku malas.Dahlah panas terik ni.Badan aku pun dah berlengas.Dia ni taknak balik ke?Dengan tak malunya dia tak pakai baju.Dahlah badan kering jer aku tengok.
Astagfirullah....tak baik kau mengutuk orang tu Lora! "Ouh,maknanya rezeki sayalah hari ni."Dia tersengih miang.Apahal pula mamat ni.Aku dahlah tengah panas ni.Aku kaki kau kang!!!!Aku ingin melangkah masuk.Malas nak layan! Tak kuasa! Tapi,dia mula menarik tanganku.Eh,tenuk ni dah melampau! Memang sengaja cari pasal! Aku merentap kuat.
"Eh,awak jangan nak macam-macam eh.Orang kampung nampak nanti,tak ke boleh jadi fitnah!"Aku menegur tegas tanda aku bengang.Tapi,boleh pula dia buat selamba jer....
"Kalau orang kampung cakap pasal awak dan saya,lagi saya suka." Ya Allah,geramnya aku!Aku melangkah pergi.Tapi,kali ni dia pegang kedua belah bahuku. "Takkanlah nak masuk dah.Jom lah kita sembang-sembang dulu."
"Eh,Zul! Sakitlah! Lepaskan saya!" Ish....apasal kau ni lemah sangat Felora!Takkanlah kau nak jadi mangsa dia pula! Tapi,aku tak mampu nak lawan tenaga dia.Sedang aku bergelut dengan dia,Along yang datang dari mana terus menghayun tumbukan tepat di muka Zul.
"Kurang ajar!!!Berani kau sentuh adik aku.Kau berambus dari sini sebelum aku pecahkan muka kau!" Zul hanya tersenyum sinis sempat lagi dia mengeyitkan matanya padaku sebelum berlalu pergi. Sengal!
"Adik okay? Ada sakit kat mana-mana tak?" Tanya Kak Mawar a.k.a kekasih Along.Aku mengangguk dan berterima kasih kepada dia.Atuk yang baru balik dari masjid memandang kami pelik.
"Ni dah kenapa ni?" Baru aku nak cipta alasan Along terlebih dahulu memberitahu kisah sebenar.Wajah atuk habis merah padam.Kalau muka atuk berubah warna,itu tanda dia tengah marah.
"Kamu jangan nak layan sangat perangai budak tak semengah tu,Lora.Kalau atuk sunatkan dia lagi sekali baru tahu. Kamu Aiman,jangan nak buat perangai macam tu,jaga Mawar elok-elok."
"Aik,orang lain yang salah,kita pun kena sekali.Haihlah nasib.....Kasihan kat saya,kan awak?" Lirih Along sambil mengadu pada Kak Mawar.Aku pun bantailah gelak!
YOU ARE READING
Ti Amo Mr Blind Mafia
רומנטיקהSipnosis:Ti Amo Mr Blind Mafia "Bodoh!!!!!Baik aku jual kau kat bapak ayam jer!Hidup suka menyusahkan orang!!" Dicaci dan dihina seolah tiada beza antara Felora Aleena dan anjing kurap!Anak yatim piatu.Tiada tempat bergantung dan hilang tempat berma...