Part 2

43 2 0
                                        

" Kami sudah putus...". Dia sambung menangis lagi.

"Astaga.." Itu saja yang saya mampu sebut.

Tidak lama lepas itu. Reda sudah emosi dia. Dia cuti haritu sebab ke LD mau dapatkan kebenaran. Ray minta putus tanpa sebab. Rupanya sudah berapa bulan Ray kawin sama perempuan lain.

"Nanti saya ajar tu orang!!" Saya bilang sambil menggenggam tangan.

"Biarla dia. Lagipun wife dia pregnant suda"

"Tidak guna ohh tu manusia. Mau di ajar sikit ba itu."

"Biarlah dia Kef. Saya mau move on sekarang ini"

"Suda bikin kau kecewa begini. Kau mau kasi biar? Tidak faham bah sama otak kau ni Dee!!" Naik meradang saya.

" Tiada juga dia bikin yang bukan-bukan sama saya. Paling hati saya saja yang kecewa. Biarla..."

"Saya tidak akan kasi biar Dee down disebabkan lelaki tidak guna itu"

Dia peluk saya lagi.

"Thanks arr Kef, sebab ni lah saya sayang sama kau ohh"

"Itulah gunanya kawan."

Kalaulah kau tau sakitnya hati saya tengok kau menangis disebabkan lelaki tidak guna itu.

Hari demi hari saya nampak Dee kembali normal,mampu senyum. Dan saya tidak berhenti bagi dia semangat. Bawa dia healing bila cuti atau hujung minggu. Saya mahu kembalikan senyuman dan gelak ketawa dia.

****************

"Lepas ni kita jarang suda jumpa"

"Tapi masih juga bah boleh jumpa" saya bilang sama Dee.

Hari ni dia last day sudah kerja di sini. Dia dapat tawaran kerja yang lebih bagus. Saya juga yang galakkan dia apply tu kerja. Saya tahu jiwa Dee bukan minat buat kerja dalam pejabat macam ni. Walaupun berat hati saya tapi itulah kerja yang dia minat.

" Sir fikirkan orang yang jauh ka?". Tanya Alex. Dia ni salah training staff yang dibawah jagaan saya.

"Eh tiada la Lex. Tengah fikir pasal bisuk"

" Itula masa dia ada di sini, tidak ambil peluang pikat dia" Kedengaran Alex ketawa.

"Ada saja la kau ni Lex.". Saya geleng kepala.

Saya rindu dia? Sudah tentulah saya rindu dia.

Ada juga kami berhubung. Dia cerita pasal kerja baru dia. Setiap kali saya dapat mesej atau bercakap sama dia. Hati saya macam tu taman bunga.Kihoii! Saya plan, lepas dia betul-betul move on. Saya akan cuba confess dia semula.

Rutin saya sama saja selalu sibuk dengan kerja. Bila saya cuti, akan keluar ke bandar dan menginap di hotel. Rehatkan badan. Ada juga keluar dengan geng sekerja.

"Aikk Sir kenapa slow ini malam?"

"Cukupla ni Lex. Bah kamu sambung la have fun. Saya mau balik hotel dulu" saya tengok sudah jam 11 malam.

Kadang ada juga saya join geng bujangan masuk pigi karaoke, minum segelas dua kasi tenang tu otak lepas stress layan kerja di ladang. Tidak juga saya selalu join. Sebab kalau cuti. Saya lebih suka ke laut. Mancing!

"Kef..?" Terkejut saya bila ada suara panggil saya lepas keluar dari pusat karaoke.

"Aikk Dee. Apa kau buat di sini?"

"Cuci baju..kau?" Ahh boleh pula dia jawab saya begitu.

"Saya mancing ba ni" Nah ambik kau Dee.

"Mancing perempuan.." terus dia tembak saya ohh sama tu jawapan.

"Mana ada.. "

"Yalah itu. Bah saya mau balik suda". Dia buka langkah mau jalan.

"Tunggu ba Dee, macam lama suda kita tidak lepak ba kan.. ba jom kopi-kopi dulu kita sanaa"

"Alaa.. sorry, mengantuk saya Kef, lewat suda ni. lain kali jak arrr, ni pun tadi saya singgah tempat kawan ambil barang."

"Oh bah.." Macam kecewa juga saya dia tolak ajakan saya.

Semenjak dia berkerja ditempat baru, memang jarang sudah kami lepak. Kalau dulu. Hampir tiap minggu kami keluar. Cari makan. Lepak santai di tepi laut sana sambil saya mancing.

Besoknya saya pergi rumah dia. Awal pagi sudah saya call dia. Nasib dia cuti hari ni.

"Bukan main kau arr Dee. Sampai lupa kawan suda" Saya suka naikkan mood geram dia. Cute tu muka dia kalau tengah geram.

"Mana ada ohh. Masih sama juga ba ini"

"Jarang suda lepak, kadang Whatsapp saya, 3 hari baru kena balas. Jauh sekali mau call"

Dia ketawa. Aduh Dee.. kalaulah kau ni girlfriend saya. Suda saya kiss kau ni.

"Bukan begitu ba Kef. Kau juga tau kerja saya ni macam mana. Pusing satu Sabah. Jadi masa kau chat tu. Tidak ngam waktu..jadi lupa saya mau balas"

"Hmm yalah, apa salah call ka" Saya bilang sambil suap mee sup yang Dee masak tadi. Saya memang suka dera dia suruh masak macam-macam.

"Itupun saya lupa" ketawa lagi dia.

"Dee happy sama kerja Dee sekarang?"

"Happy bah!. Thanks arr sebab support Dee selama ni. Kalau bukan kau yang kasi naik semangat saya untuk apply. Mungkin sekarang masih lagi saya mengadap segala file di office "

 Mungkin sekarang masih lagi saya mengadap segala file di office "

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bila dengar dia cakap begitu. Lapang dada saya. Hampir setahun dia kerja di sana. Kerja yang dia buat sekarang memang jarang perempuan mau. Majoriti lelaki. Tapi kalau dah minat dia sama kerja begitu. Saya tetap bagi semangat sama dia.

Dan saya tau dengan kerja begitu dia dapat move on dari ex dia yang taguna itu. Sudah juga saya ajar tu orang. Dalam diam saya pigi hantam tu orang. Saya ugut lagi kalau dia mengadu sama Dee. Saya kacau tu rumah tangga dia. Nah mau tidak mau dia mengalah dan diam. Memang mau kena ajar. Setengah mati Dee sayang sama dia..dia tipu Dee lagi. Nasib dia tidak buat yang bukan-bukan sama Dee. Kalau tidak mungkin sana dia di hospital saya kerjakan.

"Hello....helloo Kef! Sampai mana suda kau oo" Saya tersedar dari lamunan bila tangan Dee tapap pipi saya. Sakit pula itu.

"Baru mau naik bulan. Kacau saja kau ini" Saya bilang sambil ketawa.

"Dee suda ok ka sekarang?"

"Ok ba, kenapa kau tanya begitu?"

Saya pandang dia dengan senyuman. Erk! Kenapa saya tiba-tiba nervous.

"Dee..kalau saya cakap. Jangan marah arr"

" Marah kenapa Kef?"

Saya kasi bagus tempat duduk saya. Ahh! Apala kau ini Kef! Tadi bukan main semangat. Berbaris ayat yang kau suda susun dalam otak. Nah sekarang macam ikan badukang kena jemur.

"Sebenarnya saya tidak mau tapuk lagi... Saya mau jadikan Dee wife saya... Saya mau jaga Dee" Fuh! Akhirnya terkeluar juga apa yang terbuku dihati saya. Haritu saya salah waktu. Dan kali ini saya rasa waktu yang paling sesuai. Dee pun sudah move on.

Can't Give Up!Where stories live. Discover now