Bosan! Itulah yang mampu saya gambarkan tentang kerja baru saya. Walaupun gaji yang ditawarkan memang jauh tinggi dari sebelumnya tapi tiada ketenangan bagi saya. Jauh betul beza dengan kerja saya di ladang sana.
Weekend saya memang habiskan masa dengan tidur. Makan. Tengok movie di Netflix. Bukan saya tidak biasa di KK. Tau juga ba saya tempat best di sini tapi itulah tiada semangat saya mau jalan. Kerja,tidur,makan. Itulah daily routine saya buat masa ni.
Rindu tempat kerja lama, staff-staff sana, suasana di sana dan yang paling saya rindu adalah my Dee.Tiap hari saya call dia. Video call dia. WhatsApp dia. Sekarang memang sibuk sama kerja dia. Kalau dulu seminggu satu atau dua kali saja kami berhubung. Sekarang tiap hari. Biar dia tidak minta. Saya send juga gambar saya. Annoying? Ahh biarlah. Kalau pun saya gagal kali ni. Biarlah saya gagal selepas berjuang habis-habisan. Sekurang-kurangnya saya sudah buat sehabis baik untuk dapatkan dia.
"Aikkk nah kenapa tidak call saya kasitau ada di KK Anty?"
"Nah kau tau juga Dee tu. Dia bilang jangan kacau kau buat kerja"
Tengah hari tadi terkejut saya tengok adik Dee ada upload gambar durang dalam Facebook tengah makan sini KK. Kebetulan saya memang ada berkawan sama adik dia. Adik dia yang saturang ni tengah study sini KK. Jadi lepas balik kerja saya call Mami dan jumpa dorang sana Karambunai. Tidak juga jauh dari tempat kerja saya.
Sampai sana saya cari kalibat dorang. Yang saya nampak cuma adik dia sama Mami dia. Dee tiada pulak. Saya cerita sekejap sama dorang.
"Tu naaaa sana dia" bilang Mami Dee. Macam tau saja yang saya cari anak dia. Dee tengah jalan ditepi pantai.
Saya mengekor dari belakang. Terkapus-kapus juga saya jalan. Mana tidak terkapus, masih sama baju kerja. Kalau balik lagi tukar baju pergi rumah. Bulan depan baru saya sampai sini balik. Jem ba itu kalau ngam orang pulang kerja. Kena lagi jalan di KK ni masih dalam pembinaan.
Saya duduk disebelah dia. Dia tengah duduk membelakangkan saya. Dia agak terkejut bila saya duduk dan kambai dia.
"Masih baju dari pagi ohh" Dia pandang saya sekilas.
"Wangi lagi ba ni Dee." Saya kibar lengan baju saya ke hidung dia.
Sudah saya bilang. Tiap hari saya hantar gambar sama dia biar dia tidak minta. Kalau bukan pagi, petang ataupun malam. Tapi masa hantar tu saya belum tau dia ada di sini.
"Asemmmmmmm " Dia tutup hidung.
"Saya rindu Dee"
Terukir satu garis senyuman dibibir dia. Saya ambil tangan dia dan genggam dengan erat..Dia biarkan saja apa saya buat. Ok mantap. Risau juga kalau kena tarik atau kena tampar ka.
"Kerja ok?" Dia tanya.
"Ok so far. Cuma boring ba sini. "
"Aikk kenapa. Macam-macam ba ada sini. Boring juga ka?"
YOU ARE READING
Can't Give Up!
Nouvelles"Aikk macam berita besar. Kawin ka kau?" saya ketawa. Ketawa palsu. "Eh tidakla. Saya bertunang tanggal 1 tu" "Perghhhh laju kau buat kerja arr Dee." Dee tersenyum. Ya senyuman yang selalu ada dalam fikiran saya..senyuman manis dia. Tapi saya? Hati...