Tiap hari mengadap kerja yang tidak pandai habis. Apalagi saya ni masih baru di sini. Lagipun saya ada target dan kena tunjukkan usaha dari semua sudut.
"Kef petang ni saya sama geng lain mau main bowling. Jum la." Jasman rakan sekerja tiba-tiba muncul depan meja saya.
"Tengoklah macam mana. Masih sakit lagi badan saya lepas main futsal semalam"
"Aikk nah jo. Kalau kau tiada, tidak siuk oh. Lagipun Fetty,Erma sama Cessy ada tu join"
" Kalau pasal perempuan manang betul kau arrr"
Dia ketawa. Dia ni memang ada hati sama Erma tapi Erma tidak layan dia. Tapi saya faham juga kenapa Erma tidak layan dia. Jasman ni terlampau banyak calon. Sekejap suka sama Erma, sekejap Monna. Lepas tu dia layan pulak Fetty. Ada lagi tu tapi saya lupa sapa entah nama yang lain.
"Bah kira jadi lah kan?" Masih juga dia cuba nasib.
Badan saya memang betul-betul letih. Di pejabat pun saya malar menguap,nasib kerja hari ni tidak terlampau banyak.
"Macam ni la baru kawan" Jasman agak puas hati bila tengok muka saya muncul di pusat bowling .
Lepas setengah jam layan game. Saya duduk dibangku panjang yang agak jauh dari mereka. Check phone sebab hari ni saya agak sibuk jadi kurang chat sama Dee.
"Boleh tahan juga Kef main tadi" Cessy duduk disebelah saya.
"Biasa saja pun tu Cessy, Fendi sama Jasman lagi hebat"
"Kef kalau saya tanya boleh?"
"Apa ka?"
"Actually saya ada ternampak screen phone kau. Siapa tu girl?"
Saya pandang muka Cessy kemudian saya senyum. Yess saya letak gambar Dee dengan saya sebagai wallpaper dan lock screen.
"Sorry bukan maksud mau busy body,ternampak jak"
" Someone.. "
"Yeah i know la. Sebab dia ka kau reject saya haritu?"
" Tak penting untuk Cessy tau" Saya ketawa. Cuba hilangkan suasana tidak selesa diantara kami berdua.
"Yess but saya still suka dengan Kef"
Cessy memang ada luah perasaan dia sama saya sebelum ni. Saya sudah juga tolak perasaan dia dengan baik. Saya cuma mahu Dee walaupun saya tidak tau apa ending sama Dee suatu hari nanti.
Cessy ni pulak tidak dapat dinafikan memang full package. Cantik, soft spoken, berkerjaya dan friendly. Sejak kejadian dengan Kaira dulu. Saya cuba elak berkawan rapat sama perempuan. Setakat kawan biasa saja bolehlah.
"By the way,saya dengar kau suka dengan seorang tapi dia reject kau banyak kali,dia ka tu?"
" Eh!"
"Kef menunggu sesuatu yang belum pasti boleh dapat, sedangkan Kef tau perasaan saya. Why not kita cuba"
"Cessy soal hati bukan benda yang boleh diuji kaji. Cessy lagi layak untuk lelaki yang lebih baik dari saya. Saya suda kasitau jugakan apa perasaan saya sama kau."
"Yess but tidak salah juga kalau kita cuba, Kef sendiri pun kena reject,kenapa mau mengemis kasihnya orang?"
" Suda la Cessy...Bah mau balik dulu. Nanti kau kasitau Jasman"
Saya terus bangun dan keluar. Panas juga ni hati saya tapi malas saya mau berdebat sama perempuan.
Memang ada satu kali saya cerita sama beberapa kawan sekerja pasal saya dengan Dee. Tapi secara spontan orang bilang. Bukan detail.

YOU ARE READING
Can't Give Up!
Truyện Ngắn"Aikk macam berita besar. Kawin ka kau?" saya ketawa. Ketawa palsu. "Eh tidakla. Saya bertunang tanggal 1 tu" "Perghhhh laju kau buat kerja arr Dee." Dee tersenyum. Ya senyuman yang selalu ada dalam fikiran saya..senyuman manis dia. Tapi saya? Hati...