Special Edition

54 2 1
                                        

Bunyi suara orang berbual sambil ketawa di bahagian bawah menyedarkan saya dari mimpi. Riuh betul sampai boleh dengar dari bilik. Pelan-pelan saya buka mata. Belum juga terang betul. Terasa ada sesuatu yang berat yang menindih perut saya. Bila saya toleh...

Saya tersenyum. Saya lupa yang Kef ada tidur disebelah saya. Tangan dia melingkar atas perut.

Saya tidak sangka boleh jadi wife dia secepat ini. Eh cepat ka tu? Maksud saya soooo express laaa.

Sebenarnya selama ni jodoh saya ada depan mata tapi takdir sudah atur perjalanan hati saya bertemu dengan 2 lelaki lain. Dan destinasi terakhir hati saya adalah bersama Kef.

Saya alihkan tangan dia pelan-pelan tapi makin pulak dia kasi erat. Tadi di perut sekarang tangan dia berpaut dipinggang saya. Sedar lah tuuu...tapuji my bano ni tau.

" Errr Kef, saya mau bangun bikin breakfast dulu ni" Masih lagi saya cuba alih tangan dia dari pinggang saya.

Nah makin menjadi pulak tu gaya dia. Dia ampai kepala dia atas perut saya. Lain ba feeling saya bila dia buat macam tu.

Lepas saya mandi,saya prepared breakfast. Yang lain sudah juga breakfast. Hari ni dorang plan mau jalan-jalan dibandar. Mau beli buah tangan sebelum balik.

" Jadi bila la kamurang mau bikin makan besar?"

Tengah saya goreng mee, kazen saya si Beth datang ke dapur.

" Lamaaa lagi kali tu" Sebenarnya saya tidak plan mau buat party. Saya suda bincang sama Mami pun pasal benda ni.

Saya mau buat yang wajib saja. Tidak payahlah mau buat grand weeding. Lagi bagus simpan tu duit untuk masa depan. Apa orang bilang, hidup ini keras boskuuuuu. Ehakkkk.

"Ngam lah tu. Perlu modal besar juga tu."

"Ya kira begitulah"

" Lain la kalau kau kawin sama yang orang hari tu. Tidak payah kau fikir bajet. Beduit ba tu lelaki..mau bikin party 7 hari 7 malam pun tidak habis tu duit dia oh"

Dang!..kepanas tu telinga saya. Saya baru mau kasi lupa kejadian haritu. Sudah dia kasi bangkit lagi. Disebabkan mulut la Mami saya menangis. Family side mendiang Dadi saya. Jauh dorang datang tapi bukan setakat mau melawat atau mau celebrate perayaan bersama. Tujuan utama dorang sebab mau kasi sabung saya dengan satu lelaki. Bila saya tolak, terus pulak maradang sampai bercakap tidak pandang kiri kanan. Main sembur saja.

Malu kunun durang sama tu lelaki. Datang dari jauh tapi tidak saya terima. Masalahnya dorang yang pepandai jadi telangkai. Masa dorang kasitau mau ke sini. Mami punya semangat. Kemas rumah,siap tukar cat rumah lagi. Bikin itu ini sebab mau welcome sama dorang. Bertahun-tahun tidak jumpa. Last jumpa masa Dadi meninggal dulu. Kunun mau celebrate perayaan di sini. Sekali jadi pulak krisis. Terus kena halau sama abang saya. Tidak juga bah semua kena halau. Ada 2 orang tu yang paling dasyat punya mulut. Terkena pulak sama abang saya memang anti sama orang celupar. Buku betemu ruas. hahahahaha.

"Kasi kawin la sama Maria, dia pun single juga kan. Ngam la tu. Duda jumpa janda. Jadi bolehlah bikin party 7 hari 7 malam. Honeymoon keliling dunia" Saya bilang. Maria tu kakak dia.

"Masalahnya tu lelaki tidak mau sama janda. Dia mau anak dara"

"Aikk pandai pulak memilih. Duda selera anak dara pulak tu" Saya bilang dengan sinis.

Bukan mau memandang serong sama status seseorang tapi punya demand tu selera.

" Biasalah orang beduit mana mau pilih yang cincai" Dia bilang.

"Kita ni kena sedar diri juga bah. Tidak payah mengidam duit orang lain. Bikin malu saja ada mindset begitu" Saya kasi satu das kecik.

Kalau sudah berduit carilah bah anak Dato, anak tauke besar. Tembirang saja bah tu. Ada juga saya tanya haritu. Tu lelaki kena tinggal bini. So duit bukan jaminan untuk rumahtangga akan kekal. Punca dia lari? Tiada sapa tau.

Can't Give Up!Stories to obsess over. Discover now