BAB 7

1.5K 87 1
                                    




*krup krap

*krup krap

"ish dah la tu! bagi aku pulak. Asyik kau je yg melantak"

kuzail beri pandangan tidak puas hati pada Noah. Mana taknya Noah makan dia punya keropok kot! penat dia seludup.

*ppak

"uhuk uhuks a-air uhuk" terus tersedak Noah bila Kuzail menepuk belakang kepala dia masa dia tengah sumbat keropok dalam mulut.

Kuzail pergi mengambil air untuk Noah, tetapi hehehe. Dia dengan sengaja berjalan gaya seperti robot dengan sangat perlahan. 'Nak sumbat keropok sangat kan. rasakan kau'

"uhuk cepatla setan" keluar air mata Noah menahan rasa sakit di tekaknya. Boleh pulak si bengap ni buat slowmo.

"Yelah nah" Kuzail memberi sebotol air mineral lalu Noah terus meminum dengan rakus.

'haih lega. Alhamdulillah hidup lagi'

Plastik keropok di tangan Noah terus dirampas kasar oleh Kuzail. Dia menggeleng kepala.              " Bodohla kau ni. Makan keropok pun tercekik. Macam budak 2 tahun"

James yang duduk bertentangan dengan dua lelaki yang sedang bertengkar itu pandang mereka dengan pandangan yang tidak puas hati.

Dia sedang menyusun barang-barang untuk malam bbq tanpa rela. Sebenarnya itu merupakan tugas Kuzail, tapi Kuzail mengugut untuk menunjukkan gambarnya yang sedang tidur dengan mulut yang ternganga kepada CRUSHNYA! dahla siap dengan pakej air liur basi lagi. Kecutla si James ni.

Dua orang tu hanya melantak sahaja dari tadi. Mereka hanya mengarahkan orang lain untuk melakukan kerja.

'Pewitt' Noah lihat ke arah orang yang dikacau oleh Kuzail.

Kuzail tersenyum jahat dan berlari mendapatkan mangsa buli kesayangannya. Hehehe.

"Yo chipsmore! you're so fast" Kuzail bersiul nakal lalu mengenyitkan mata kepada si chipsmore.

Chipsmore? who's dat?

Dialah Shawn aka sharryn seorang lelaki tetapi hrmm nampak gayanya dia macam tidak berapa minat dengan jantina sendiri ehh. Korang faham-faham je la ek.

Kenapa Kuzail panggil dia chipsmore? ada sesuatu yang terjadi antara mereka sebelum ini, sejak dari itu Kuzail terus memanggil Sharryn , chipsmore. 

'Sharryn' terus mengibas rambutnya sampaikan terlibas muka Kuzail dengan sengaja.

'Puih puih'

"Oh well, thanks" Dia tersenyum jahat. Puas rasanya dapat melibas muka Kuzail. Siapa suruh suka sangat kenakan dia sebelum ni. Sekarang dia pulak bagi.

Kuzail mencebik. "eh bapok ni masin gila rambut dia, dah berapa lama dia tak cuci ni sial. Aku rasa kena kumur mulut aku ni dengan air zamzam la lepas ni" gumam Kuzail di hadapan Sharryn. Ah takpe bukan dia faham pon.

Muka Sharryn berkerut untuk mendengar apa yang dibebelkan oleh Kuzail. Apa ni! dia tak faham. Kuzail selalu bercakap bahasa yang dia tak faham. Tak suka.

Kuzail terus pandang muka Sharryn sambil memberi senyuman manis. "Noah said he likes you" tipu Kuzail.

Tersangatlah tiber ye.

*PURGHHHHH* terus tersembur air dari mulut Noah. Apabenda yang si bodoh ni tak puas hati lagi dengan aku ni.

Dia menelan air liur dengan perit apabila melihat Sharryn yang sedang memandang ke arahnya dengan malu-malu kucing itu. Bukan dia tak tahu yang selama ni, Sharryn banyak kali cuba untuk mendekati dia. Tapi dia pon berusaha jugak, BERUSAHA MENGELAK.

 𝐎𝐆| 𝐈𝐭'𝐬 𝐘𝐨𝐮! Where stories live. Discover now