BAB 37

1.2K 117 6
                                    

*Knock

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

*Knock. knock

Elyana angkat kepalanya apabila pintu bilik diketuk oleh seseorang. Dia mengeluh berat apabila melihat Hasya membawa masuk sejambak bunga Rose berwarna putih bersamanya. Naik kesian dia melihat gadis itu.

"Aduh bos, kenapa macam makin berat ya bunga ni? Makin hari makin bertambah ke bunga dia?" Berkerut-kerut muka Hasya membawa bunga itu ke atas meja Elyana.

"Saya pun tak tahulah Hasya, tak apa lepas ni kalau Steven hantar lagi, awak suruh dia aje yang bawa masuk. Biarkan dia. Degil sangat."

Hasya terus menggeleng laju sambil jari telunjuknya di gerakkan ke kiri dan kanan tanda tidak mahu. "Big no! Bos la cakap, saya taknak. Takutlah, muka dia tu macam nak makan orang je. Menyeramkan"

Elyana berdiri lalu memeluk badan. "Yeke takut? bukan suka? Macam lah saya tak tahu yang awak dengan Viktor tu hari-hari tunggu dia datang dan gossip macam-macam tentang dia kan?" Hasya kemam bibir perlahan. 'Alamak kantoi!'

"Eh bos, saya lupa nak simpan baju customer kita. Saya keluar dulu. Bye." Cubaan untuk melarikan diri, berjaya. Elyana hanya tergelak kecil sambil menggeleng kepalanya.

Jambakan bunga itu dia dekati lalu hidungnya mencium bau harum buga Rose itu. White Rose. Lagi.

Cuba teka siapa bagi? Dah tak perlu nak teka. Ya. Suaminya. Tengku Raess Aedden bin Tengku Hadi. Setiap hari suaminya itu arahkan Steven ataupun Hazrie untuk menghantar sejambak bunga untuknya. Pada mulanya Elyana berasa malu dan pelik, tetapi lama kelamaan hatinya jatuh suka pula.

Suka bunga!

Wish card di bahagian belakang dibuka, "Please let your smile shine bright today, it means the world to me and brightens every corner of my life, Elyana lyra," tanpa Elyana sedar, senyuman mula terbentuk di mulutnya.

Selepas kejadian tempoh hari, Elyana lebih banyak mendiamkan diri. Raess sudah cuba untuk bergaul dengannya tetapi usaha lelaki itu hanya dilayan seperti acuh tak acuh sahaja. Namun perkara itu masih tidak buatkan Raess berputus asa.

Raess faham Elyana perlukan masa. Mungkin apa yang terjadi haritu telah membuatkan wanita itu berasa terkejut. Jadi dia tidak mahu terlalu memaksa Elyana. 'Biarkan emosi dia tenang dahulu.'

Termasuk hari ini, sudah hampir seminggu dia dan Raess tinggal berasingan. Elyana minta izin untuk menetap di rumah ibu bapanya buat sementara waktu dan Raess juga memberi kebenaran. Pada mulanya susah juga untuk Raess buat keputusan tetapi secara tiba-tiba lelaki itu benarkan.

Jam tangan dikerling. Alamak sudah pukul dua belas setengah. Dia sudah berjanji untuk berjumpa dengan Wina pukul satu nanti.











"Souvenir?" Soal Elyana tanpa berbasa-basi.

Wina tayang wajah jengkel. "Ya. Ada. Haih tak menyempat. Cuba kau tanya keadaan aku dulu masyik. Kau okay ke wina? sihat ke? Dah jumpa jodoh ke?"

 𝐎𝐆| 𝐈𝐭'𝐬 𝐘𝐨𝐮! Where stories live. Discover now