BAB 6

1.5K 82 5
                                    

Keesokan harinya....

Tepat pukul 8:30 pagi, semua orang mula berkumpul untuk mendengar tentang info aktiviti pada hari ini.

Elyana dan Wina ditegur oleh beberapa orang untuk berkenalan. Ramai diantara mereka yang menyertai program ini kerana mereka memang minat melakukan aktiviti bersukan. Lebih lebih lagi dekat kawasan hutan. Bagi diorang, aktiviti outdoor macam ni dapat kurangkan stress .

"Alright guys, so today we're going to - " Raess di hadapan menerangkan peraturan dengan penuh teliti untuk memastikan semuanya berjalan dengan lancar.

Tanpa Raess sedar, ada seseorang yang memandangnya tidak lepas .

El tersentak tatkala terasa bahunya disenggol oleh seseorang. Dia toleh ke arah Wina sambil bertanya menggunakan isyarat matanya. "Asal?"

Wina mengecilkan matanya memandang makcik di hadapan dia sekarang"Kau kena dengar and ingat  apa yang dia cakap tu, tak payah nak tenung sangat. Kang nanti kalau kau hilang, aku jugak yang kena luku dengan mommy kau "

"Dahla garang macam singa... nasib dia masak sedap je" sambung Wina

"Ouh kau kutuk mommy! aku bagitau dia nanti" Wina menjeling El dan memegang kepala el menggunakan kedua tangannya lalu menolak ke arah hadapan.

"shush dengar tu"

"Baiklah masyik ku sayang"

Raess mengambil satu kertas di meja sebelah kirinya. Semua orang hanya memerhati tindakan raess.

"You will be devided into seven groups. Each group will have a leader and an assistant. Clear?"

Semua orang mula berpecah mencari kumpulan masing masing di dalam senarai nama yang dipegang oleh fasilitator .

Elyana dan Wina bergerak ke arah Noah untuk melihat senarai nama mereka.

"Ouh hi cuties" sapa Noah sambil menunjukkan senyuman manis yang mampu membuat ramai para wanita cair.

"Erm nama kitorang ada dalam group ni tak?" soal Elyana

"Nah tengok sendiri. Aku malas nak cek nama orang ni" jawab Noah dengan selamba. Dia terus pergi ke Kuzail yang sedang sibuk makan gummy.

Sama je dua orang tu.

El dan Wina sudah tercengang. Awal-awal bukan main manis ayat dia. Lepastu macam tu je dia jawab.

Wina terus menyambut kertas yang dihulurkan oleh Noah dan mencari nama mereka berdua.

Elyana yang melihat muka berkerut Wina terus bertanya. "asal weh? takda ke? kalau takda jom kita cari kat situ pulak"

Memang tak reti nak menyabar. Member tak cakap apa pon lagi.Haihh

"Ishh dengar la dulu jawapanku. Dalam ni ada nama kau seorang sahaja masyik. Nama aku takda pon"

Elyana yang mendengar kata rakannya itu terus mengemam bibirnya.

"Maksudnya?" soal Elyana. Bukan tak faham tapi saja buat buat tak faham sebab DIA TAKNAK SORANG SORANG HUWAA.

Wina yang melihat raut wajah rakannya yang gelisah itu tersenyum sinis. "Maksudnya kita tak sama kumpulan la masyik el"

"Haih susah la kalau orang terlebih sayang kat kita ni. Kena tinggal sikit pon dah buat muka macam ayam berak kapur. Aku memang dah agak dah yang ko memang tak boleh hidup tanpa aku! kan kan kan!" sakat Wina.

Elyana terus menutup mulut Wina. "Mana adalah! kau ni perasan je. Dahla cakap kuat, malu la orang tengok bongok"

Wina menjawab " erh dahla lepas. Aku nak cari kumpulan aku pulak. Jaga diri tau"

 𝐎𝐆| 𝐈𝐭'𝐬 𝐘𝐨𝐮! Where stories live. Discover now