BAB 30

1.8K 101 7
                                    


Elyana masih setia menolong mak cik Jamilah mencuci pinggan di dapur. Dia sebenarnya mengantuk tapi dia tetap paksa untuk membuka mata kerana dia takut untuk masuk ke dalam bilik.

"Cik Ila, kalau malam ni El tidur dengan Cik Ila boleh tak?" Soal Elyana dengan nada perlahan. Takut didengari oleh orang lain. Terutamanya Puan Shifa.

Mak Cik Jamilah pandang Elyana dengan pandangan pelik. "Kenapa pula? El tidur la dalam bilik El. Awak kan dah ada suami."

Melihat wajah tidak rela gadis itu, Mak Cik Jamilah sudah dapat faham perkara sebenar.

"Ouhh El malu ya nak tidur dengan suami?" Mak Cik Jamilah hanya tertawa melihat reaksi wajah Elyana. Mukanya seperti orang yang hilang anak.

Elyana bergendeng dengan Mak Cik Jamilah. Dia mencuit-cuit pipi yang sedikit tembam itu untuk memujuk wanita itu.

"Pleaseeee... harini je. Nanti El belanja Cik Ila telekung baru." Ujar Elyana dengan bersungguh-sungguh.

"Ehem" deheman dari belakang itu buatkan badan Elyana terkaku. Nafas dihela perlahan. Habislah aku...

"What are you doing here pengantin baru?" Soal Puan Shifa dengan kening yang terangkat. Dia mendekati anak gadis itu lalu mencuit bahu Elyana.

"Dia nak tidur dengan saya puan." Jawab Mak Cik Jamilah ringkas. Elyana terus berpaling ke arah Mak Cik Jamilah dengan mata yang membulat. Tidakku sangka Cik Ila pun haters ku sekarang.

Tawa Puan Shifa terhambur. Ada-ada sajalah akal anak perempuan dia yang satu ini. "Why? You kan dah kahwin, mana boleh tinggal suami tidur seorang diri. Kesian Raess." ujar Puan Shifa perlahan. Dia faham Elyana takut dan gementar tapi perbuatan anak gadisnya itu tidak sopan.

"Macam mana kalau... kalau...dia halau El tidur dekat bawah? Dia-" belum sempat Elyana menghabiskan ayatnya Puan Shifa terus mencelah.

"Jangan nak mengarut Elyana. You ni entah apa-apa aje fikir macam tu. Raess tak akan buat macam tu mummy yakin 100%" Elyana terus gulingkan bebola matanya ke atas.

"Eleh percaya sangat dengan 'menantu kesayangan' dia tu. I ni anak you tahu bukan dia." habis muncung sedapa mulut gadis itu. Puan Shifa hanya tersenyum kecil.

"Memang lah you anak I. Tapi Raess tu menantu mummy juga. Orang yang mummy percaya boleh jaga anak mummy dengan baik dan bimbing dia menjadi seorang isteri yang solehah. Mummy letak kepercayaan pada dia untuk jaga kamu." kepala Elyana diusap perlahan.

Elyana diam sejenak. "Mummy, did I really love him before? If so, how come I can't remember anything about him?" Keluh Elyana.

Bukan dia tidak cuba, sudah banyak kali dia mencuba untuk ingat kenangannya bersama Raess tapi tiada satu perkara pun yang dia boleh ingat tentang lelaki itu. Setiap kali dia paksa diri untuk ingat, dia akan diserang sakit kepala yang teruk. Sejak itu, Puan Shifa melarangnya untuk berbuat begitu.

"Yes, you do adore him. A lot." jawab Puan Shifa dengan suara yang bergetar. Dia terus memeluk Elyana lalu belakang anaknya digosok perlahan.

"Enough of questions . Now pergi masuk tidur. Kesian suami you kena tinggal seorang dalam bilik tu"

Elyana angguk lalu dia salam tangan Puan Shifa dan Mak Cik Jamilah. Keluhan berat dilepaskan.





Pintu bilik dibuka perlahan-lahan. Dia lihat Raess sedang tenang baring di atas katil sambil tangannya ligat bergerak bermain telefon. Dia terus menutup pintu lalu menyangkut tudung ke dalam almari.

 𝐎𝐆| 𝐈𝐭'𝐬 𝐘𝐨𝐮! Where stories live. Discover now