BAB 29

1.4K 103 6
                                    

Elyana masuk ke dalam bilik tidurnya selepas majlis tamat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Elyana masuk ke dalam bilik tidurnya selepas majlis tamat. Jam menunjukkan pukul 4 petang. Semua tetamu sudah beransur pulang cuma tinggal saudara-mara sahaja yang masih berada di bawah.

Elyana terus cabut pin tudungnya lalu dia mencuci make up untuk segera menunaikan solat Zuhur. Dia terus masuk ke dalam bilik air lalu meyucikan diri.

Raess? Entah dia pun tidak tahu. Tadi lelaki itu bersembang bersama rakan-rakannya di luar. Mungkin dia sudah solat di bawah. Mungkin.

Sejujurnya dia masih malu dengan Raess. Sewaktu suaminya merangkul pinggang di hadapan orang ramai tadi, wajah Elyana bertukar merah. Dia masih tidak biasa dengan semua ini. Lagipun, sebelum ini belum pernah ada lelaki yang berani menyentuhnya. Cuma ada satu kali tu, Raess terpegang tanganya tanpa sengaja. Itupun dah buatkan Elyana marah.

Tapi sekarang Raess sudah pun menjadi suaminya.

Selesai membersihkan diri, Elyana baru tersedar yang dia terlupa untuk membawa tuala bersama sebelum masuk ke bilik air. Elyana pejam mata lalu dahinya ditepuk perlahan.

"Apalah masalah kau ni El. Tapi..."

Elyana membuka pintu sedikit lalu dia mengintai sekeliling biliknya. Raess tak masuk lagi kan? ah halal lah.

Belum sempat Elyana mahu melangkah keluar dari bilik air, dia terdengar pintu biliknya dibuka dari luar.

"Damn"

Tengku Raess Aedden masuk ke dalam bilik isterinya lalu pintu terus ditutup rapat. Matanya memerhati seluruh kawasan bilik itu. Mana pergi isterinya?

Bunyi deheman seseorang buatkan kepala Raess berpaling. Keningnya terangkat. Dah kenapa?

"Urm awak.." panggil Elyana perlahan.

"Wow" Raess tersenyum senget melihat isterinya yang sedang menyorok di belakang pintu.

Habis merah muka Elyana melihat reaksi Raess. 'Ey kalau ikutkan hati aku, memang aku halau je terus.'

"Wow apa? Jangan nak pelik-pelik eh. Ambilkan saya tuala please." Elyana beri pandangan simpati pada Raess. Dia malu sangat ni tolong lah.

"Suka hati aje nak mengarah suami macam tu." Raess tayang senyuman mengejek lalu dia bersandar pada almari sambil memeluk tubuh.

Elyana pandang Raess tajam. Dia pejam mata lalu menghembuskan nafas berat. "Raess, cepatlah. Saya nak solat Zuhur ni, dah nak habis waktu dah,"

"Kalau tak nak?" Raess masih lagi mahu bermain tarik tali.

"Okay, awak cakap je apa yang awak nak, saya tunaikan," jawab Elyana dengan pasrah.

Raess tenung Elyana lama lalu dia bergerak mengambil tuala gadis itu. Saat dia menyerahkan tuala pada Elyana, tangannya kembali menarik tuala itu.

"Be my makmum. That's my request. Can you, my wife?" Elyana menahan diri dari tersenyum. Kepalanya dianngguk perlahan-lahan.

 𝐎𝐆| 𝐈𝐭'𝐬 𝐘𝐨𝐮! Where stories live. Discover now