BAB 6

55 5 0
                                    

𝑩𝑨𝑩 6

PUSAT MEMBELI BELAH dijelajahi oleh Haleeq dan Alvira. Haleeq membawa kesayangannya keluar untuk menghilangkan bosan. Bodyguards hanya mengikut sahaja dibelakang mereka.

"Tak mahu beli apa apa ke?" Tanya Haleeq sambil melirik Alvira dari sisi kirinya.

"Boleh ke?" Tanya Alvira kembali. Haleeq mengangguk kepalanya.

"Kalau macam tu , jom pergi kedai sana." Alvira menarik lengan Haleeq yang berlapik bajunya.

"Miss , boleh saya bantu?" Tanya pekerja disitu sambil melirikkan mata memandang wajah Haleeq di tepi Alvira.

"Saya nak perfume." Ujar Alvira memandang pekerja itu dengan pelik. Dia tanya aku tapi dia pandang orang sebelah aku. Ada masalah mata ke?

"Kau ade masalah mata ke?" Terus keluar bahasa kasar Alvira pada pekerja itu.

"Maaf kan saya . Mari saya bawa." Alvira terus mengikut pekerja itu.

"Saya nak dior addict perfume." Alvira terus berjalan ke arah Haleeq.

"Sila bayar." Ujar Alvira menunjukkan tangannya ke arah kaunter. Haleeq mengangguk kepalanya dan mengatur langkah ke arah kaunter.

"Tunai atau kad?" Tanya pekerja itu.

"Kad." Ujar Haleeq mengeluarkan Kad hitam nya. Selesai pembayaran mereka pun pergi ke tempat lain.







BEG TANGAN milik Alvira dipegang oleh Haleeq sebentar , kerana Alvira masuk ke tandas. Haleeq pun duduk dahulu di kerusi berdekatan disitu.

Orang yang lalu dihadapannya selalu melirik kearah beg tangan milik Alvira.

"Sudah siap?" Tanya Haleeq melihat Alvira yang berjalan ke arah nya. Alvira menggelengkan kepala.

"Beg saya?" Tanya Alvira. Haleeq menghulurkan beg tangan nya. Di cari sesuatu dalam beg itu.

"Dah jumpa. Terima kasih , sekejap yer?" Pamit Alvira dan masuk balik ke dalam tandas kembali.

Pin tudung yang tadi diambil dalam begnya , dipakai. Orang yang berada di dalam tandas tersebut melihatnya atas bawah.

Alvira menghiraukan pandangan itu. Sehingga lah dia terdengar perbualan sekumpulan wanita.

"Tak mungkin lah perempuan macam dia ni boleh beli beg sebegitu mahal." Kata wanita berbaju biru.

"Setakat beg channel black lambskin classic tu I pun boleh beli." Ujar wanita berbaju merah pula.

"Kalau kau boleh beli pun aku tidak heran lah. Yang kau dua orang ni nak berbicara sebegitu kenapa? Cemburu?" Sergah satu suara.

Haleeq berdiri di pintu masuk tandas itu. Wanita yang mengupat tadi seakan terkesima dan terkaku disitu. Haleeq membawa terus Alvira keluar dari situ.

Sempat juga dia berpesan pada wanita tadi.

"Jangan sesekali mengumpat pasal orang lain , takut lepas ini kau dah tak dapat nak jejak kaki di bumi ni." Sinis Haleeq berpesan.

"Kau tak rasa sunyi ke?" Aaron mengangkat muka memandang Antonio.

"Hari hari rasa sunyi. Aku dah biasa dengan perkara tu." Aaron berkata dengan tenang.

"Kau boleh jangan dingin sangat , long?" Pinta Antonio menghela nafas berat.

"Baik kau pergi kerja. Hospital setiap masa ramai pesakit. Jatuh muflis nanti hospital kau." Tegur Aaron mengerling jam tangannya.

"Baik lah." Antonio bangun dari duduknya dan bergerak pergi ke tempat kerjanya.





ALVIRA merenggangkan seluruh badannya. Kakinya rasa lembik sekali untuk berjalan . Tudung yang melilit dikepalanya dibuka , digantikan dengan tudung sarung yang berwarna hitam .

"Wangi." Alvira menghidu minyak wangi itu dengan tersenyum.

"Cik Alvira , Tuan Haleeq minta Cik Alvira untuk turun sebentar." Pintu diketuk.

"Baik." Laung Alvira dari dalam.

Minyak wangi tadi disimpan kembali ke dalam kotak. Kakinya mengorak langkah keluar dari bilik menuju ke ruang bawah.

"Kenapa panggil saya?" Tanya Alvira sebaik sahaja di melihat tubuh Haleeq yang duduk disofa.

"Duduk dulu , My Darling." Haleeq tersenyuman manis melihat Alvira.

Alvira terlihat sungguh cantik dimatanya walaupun hanya memakai tudung sarung biasa.

"Stop call me with that nickname."

Entah kenapa suka sahaja Haleeq memanggil dirinya dengan gelaran itu.

"I won't stop , My Darling. You are beautiful like your soul." Puji Haleeq dengan ikhlas.

Alvira menggulingkan matanya keatas. Ada sahaja ayat manis yang keluar dari mulut Haleeq.

"I want to know about you." Ujar Haleeq. Alvira melongo.

"Huh?"

"I want to know about you , My Darling." Ujar Haleeq buat kali kedua.

"Kenapa nak tahu , tidak ada yang menarik pun." Alvira memberikan alasan.

"Saya tahu awak saja berikan alasan. Saya nak tahu apa yang awak suka , yang tak suka." Balas Haleeq dengan lembut.

Alvira mengetuk dagu sambil otaknya memikir.
"Saya suka baca novel." Kata Alvira dengan gembira.

"Saya tak suka orang yang macam awak." Sambung Alvira lagi. Bibir Haleeq perlahan-lahan mengukir senyuman.

"It's ok , My Darling." Ujar Haleeq.

"Keep hating me. i will make your hatred for me that is across the pacific ocean become your love for me just like you hate me." Sambung Haleeq lagi.

Alvira menyilangkan tangan di dada. Dipandang muka gedik Haleeq dengan pandangan yang dingin.

Alvira tidak berkata apa terus sahaja berjalan naik keatas. Haleeq menghamburkan ketawa nya.

TBC??

𝐓𝐇𝐄 𝐔𝐍𝐓𝐎𝐋𝐃 𝐁𝐄𝐓𝐖𝐄𝐄𝐍 𝐔𝐒 [ C ]Where stories live. Discover now