𝑩𝑨𝑩 5
AZAN SUBUH BERKUMANDANG. Alvira pun bangun dan bergerak ke bilik air. Dia membersihkan diri dulu. Benar kata lelaki itu , semua perkakasnya lengkap dan mencukupi.
Di langkahkan kakinya keluar dari bilik air tersebut. Selesai dia pakai baju , dia mencari pula telekung.
Tertoleh kepala Alvira ke arah katilnya. Satu kertas nota di atas kain.
'Ambil telekung ni. Pakailah waktu solat nanti , pasti cantik ,My Darling.'
- YOUR FUTURE
Tanpa banyak bicara , Alvira mengambil telekung itu dan mula solat.
Turun sahaja kaki nya ke bawah , terlihat Haleeq yang sedang sebuk dengan telefon miliknya.
"Morning , My Darling." Sapa Haleeq sambil tersenyum manis apabila melihat kelibat yang sangat dia cintai.
"Morning." Balas Alvira dengan ringkas.
"Lepas sarapan , kita pergi pejabat saya." Kata Haleeq. Tangannya mencapaikan makanan untuk Alvira.
"No. Saya tak nak." Balas Alvira dengan tegas.
"What? Tiada bantahan, My Darling." Haleeq tersenyuman manis lagi dan mengenyitkan mata nya kepada Alvira.
"Awak ni memang suka senyum jer eh?" Tanya Alvira dengan spontan.
"Senyum tu satu sedekah , My Darling." Balas Haleeq dengan tenang.
"Lepas makan pergi lah siap. Saya tunggu dekat bawah , My Darling." Ujar Haleeq dengan gembira.
Gembira hatinya ada peneman untuk pergi ke pejabat dengannya. Tidaklah dia keseorangan.
MATA PEKERJANYA TIDAK BERKELIP. Mereka berasa suatu keajaiban sudah pun berlaku pada majikannya. Alvira seperti biasa dengan muka bekunya bersama Haleeq.
Kedua duanya kutub Ais. Pastinya aura mereka menggerunkan.
"Mereka pandang kita pelik. Apa terjadi sebenarnya?" Tanya Alvira sebaik saja mereka masuk kedalam lift.
"Tidak lah. Mereka cuma tidak percaya yang majikan dia ni bukan gay." Balas Haleeq dengan tenang.
"Gay? Awak gay ker?" Tanya Alvira semula. Ini yang merisaukan. Jika dia jatuh cinta dengan Haleeq , sudah tentu dia jatuh cinta dengan Gay! Eh!!
"Seriously, my Darling? Awak pun fikir benda yang sama?" Haleeq bertanya kembali kepada Alvira.
"Tak lah , saya cuma terkejut lah kalau awak ni Gay , tak kan nak saya. Kan pelik tu." Terang Alvira.
"Hah! Tau pun. Sebab tak Gay lah saya jatuh cinta dengan awak." Balas Haleeq semula. Alvira menggulingkan mata keatas.
"Mari , kita dah sampai my Darling." Ajak Haleeq dan berjalan ke arah bilik pejabatnya.
"Lambat!" Sapa Thian Muqris di dalam apabila melihat pintu ditolak oleh Haleeq.
"Apa kau buat kat sini?" Tanya Haleeq dengan dingin. Thian menyilangkan kakinya.
"Saja. Aku bosan." Balas Thian sambil melihat kukunya. Ala Diva gitu.
"Bosan pergi lah cari orang lain. Bukan aku." Ujar Haleeq dan duduk dikerusi nya. Alvira pula duduk di sofa.
"Alvira Xaviera Auralie." Ujar Thian melihat wajah Alvira. Boleh tahan lawa.
"Kau jangan buat hal , Thian." Amaran keras yang dikeluarkan oleh Atiq dan Haleeq. Serentak mereka berdua berkata.
Atiq Zharif baru saja menolak pintu dan melihat Thian memandang Alvira bagai apa. Dia kenal sekali perangai Thian.
"What? Aku baru panggil nama." Thian berkata begitu dan membuat muka sedih. Bibirnya mencebik. Persis anak kecil."Perangai buaya kau tu bukan aku tak tahu." Atiq berkata dan menggulingkan matanya.
"Ikut aku cepat! Hari ni kita perlu pergi tapak lawatan." Tegas suara Atiq berkata. Thian dengan malasnya bangun dan keluar mengikut Atiq.
AARON XAVIER ASHLEY duduk santai di sofa ruang tamu Mansion Tuan Axel. Berhadapan dengan Antonio. Antonio pula memandang abangnya dengan tatapan penuh geram.
"Kau gila lah along." Ujar Antonio sambil tangannya memeluk dada. Tidak masuk akal!
"Apa? Aku cuma bagi dia jaga Al. Apa salahnya?" Balas Aaron sambil menyelitkan soalan yang tidak munasabah.
"Apa salahnya? Kau rasa Al akan selamat kalau duduk dengan lelaki tu?" Antonio melontarkan kembali soalan kepada Aaron.
"Kalau apa apa terjadi pada Al , aku akan ambil semula dia dari lelaki tu." Ujar Aaron sambil mulutnya tidak berhenti mengunyah keropok.
"Kau nak sesuatu perkara buruk terjadi pada Al dulu baru kau nak ambil dia semula? Otak kau rosak ke Along?" Tanya Antonio lagi.
"Kau tenang saja lah. Biar aku yang lakukan. Kau juga pasti sibuk dengan hospital bukan? Jadi jangan bimbang , aku ada yang akan awasi dia." Antonio merengus.
"Kalau apa apa terjadi pada Al , kau orang pertama aku kerja kan." Ugut Antonio
"Apa aku kesah." Ujar Aaron berjalan ke dapur.
"AWAK INI memang suka pakai cermin mata gelap dekat ruang tertutup macam ini ya?" Tegur Alvira melihat Haleeq."Saya sengaja tak nak buka cermin mata ni. Takut nanti awak terkejut." Balas Haleeq dengan tersenyum nipis.
"Saya terkejut tengok muka awak? Memang ta-" Alvira tercengang melihat mata sebelah Haleeq.
"Saya sudah kata." Ujar Haleeq dengan tersenyum tawar.
"Kenapa mata awak bengkak?" Tanya Alvira. Haleeq mengangkat bahu.
"Awak bergaduh ke?" Tanya Alvira lagi. Bibir Haleeq perlahan-lahan mengukir senyuman.
"Apa yang buat awak fikir saya bergaduh?" Pertanyaan dibalas dengan pertanyaan. Alvira sekadar mengangkat bahu.
"Ini. Saya dapat hadiah dari abang awak sebab culik awak." Haleeq menunjukkan kesan lebam dimatanya.
"Dari Aaron?" Tanya Alvira tanpa segan silu. Haleeq mengangguk.
"Memang patut lah. Siapa suruh awak culik saya." Kata Alvira. Haleeq mengangguk samar.
"Tapi tak apa. Dia dah bagi saya peluang kedua. Susah juga nak pujuk abang awak. Tapi Alhamdulillah , hati dia jenis lembut." Terang Haleeq. Alvira melongo.
"Aaron hati lembut? Tak mungkin." Ujar Alvira. Kakinya disilangkan.
"Mungkin dia cair dengar kata kata saya." Ujar Haleeq mengangkat bahu. Tangan nya menyelak helaian kertas laporan.
Alvira buat tidak dengar. Matanya sungguh berat sekali. Ada baiknya dia tidur waktu ini. Haleeq pula sibuk dengan kerjanya.
TBC?
YOU ARE READING
𝐓𝐇𝐄 𝐔𝐍𝐓𝐎𝐋𝐃 𝐁𝐄𝐓𝐖𝐄𝐄𝐍 𝐔𝐒 [ C ]
Roman d'amour⋅•⋅⊰∙∘☾ 𝑻𝒉𝒆 𝑩𝒆𝒕𝒘𝒆𝒆𝒏 𝑼𝒔 𝑽𝒐𝒍 2☽∘∙⊱⋅•⋅ Started - 21 July 2023 End - 13 Oktober 2023 ALVIRA XAVIERA AURALIE. Adik hongsu dan anak terakhir bagi sebuah keluarga. Adriena ryces dan Alex Xavy ibubapa kepada Alvira. Cantik rupanya , bertudun...