𝑩𝑨𝑩 10
MATA ALVIRA meluas melihat permandangannya. Teruja hatinya bila Haleeq mengajak dirinya untuk pergi ke taman bunga.
CLIK
Haleeq yang dibelakang Alvira menangkap gambar kesayangannya. Alvira berjalan terus melihat bunga disekelilingnya.
CLIK
Sekali lagi Haleeq mengambil gambar Alvira. Di tepi tudung Alvira mempunyai bunga yang disangkutkan.
"Haleeq! Lihat itu." Alvira menunjukkan tangannya ke arah rama rama yang bertenggek di satu bunga .
Alvira berjalan perlahan ke arah rama rama itu dan ingin menyentuhnya.
CLIK
Haleeq tersengih apabila melihat gambar yang diambilnya.
Mereka meneruskan lagi perjalanan. Alvira terlihat sangat gembira dapat datang je tempat itu.
Haleeq pula tidak jemu mengambil gambar Alvira.
DENGAN GEMBIRA MEREKA berdua berjalan. Tanpa mereka sedar , ada dua pasang mata yang perhatikan mereka dari jauh.
"Bagus lah kalau kau selamat dengan dia , Vira." Kata Aaron melihat adiknya yang tidak lepas dengan senyuman lebar.
Aaron tersenyum nipis. Haleeq , lelaki yang membawa kembali senyuman adiknya selepas kejadian yang tidak dapat dielakkan.
"Mana dia?" Aaron menunjukkan Alvira dibawah bersama Haleeq yang sedang berlari berdua.
"Vira nampak gembira." Ujar Antonio sambil tersenyum perit.
"Sudah Nio , mari balik." Aaron memeluk bahu dan mendorong Antonio masuk kedalam kereta semula.
Cukup lah sudah lihat adik mereka gembira bersama Haleeq.
KERETA GT 86 MILIK AARON , masuk kedalam kawasan Mansion Tuan Axel. Mata Aaron dijamukan dengan keberadaan kereta Arsy.
"Mana Vira?" Tanya Arsy sebaik sahaja melihat Aaron yang melangkah masuk kedalam Mansion.
Aaron mendiamkan diri. Antonio pula memandang kakak nya.
"Nio buatkan air dulu." Antonio terus melangkah masuk kedalam dapur.
"Vira tak ada." Aaron bersuara setelah lama berdiam diri.
"Pergi mana?" Berkerut dahi Arsy mendengar jawapan Aaron.
"Dia duduk dengan Haleeq." Balas Aaron lagi. Lengan baju kemeja yang dipakainya dilipat.
"Are you serious? Tak lucu lah Long."
"Aku pun tak buat lucu." Ujar Aaron. Arsy mengeluh berat.
"Vira trauma , Long. Kau tak kesian ke kat dia? Dia trauma!" Luluh hatinya.
"Along tengok Vira gembira Haleeq. Along biarkan dulu Vira tinggal dengan Haleeq." Dada Aaron terasa sesak. Sudah pasti dia rindukan senyuman adiknya.
"Aku naik dulu." Pamit Aaron terus naik kebilik. Arsy terkesima.
Alvira gembira dengan Haleeq? Haleeq Shurhanz? Ya Tuhan , Benar kah?
Disebalik kegembiraan , mesti ada keperitan.
'*•.¸♡ 𝐓𝐁𝐂 ♡¸.•*'
YOU ARE READING
𝐓𝐇𝐄 𝐔𝐍𝐓𝐎𝐋𝐃 𝐁𝐄𝐓𝐖𝐄𝐄𝐍 𝐔𝐒 [ C ]
Romance⋅•⋅⊰∙∘☾ 𝑻𝒉𝒆 𝑩𝒆𝒕𝒘𝒆𝒆𝒏 𝑼𝒔 𝑽𝒐𝒍 2☽∘∙⊱⋅•⋅ Started - 21 July 2023 End - 13 Oktober 2023 ALVIRA XAVIERA AURALIE. Adik hongsu dan anak terakhir bagi sebuah keluarga. Adriena ryces dan Alex Xavy ibubapa kepada Alvira. Cantik rupanya , bertudun...