Bahagian 2 - Masuk Alam Baru

9.6K 33 0
                                    

Selepas beberapa hari keputusan UPSR diumumkan, Aku telah memperolehi beberapa tawaran Sekolah Menengah yang boleh dikatakan berkaliber dan berprestasi tinggi. Setelah Aku melakukan Solat Sunat Istikharah, akhirnya, Aku memilih untuk menyambung ke Sekolah Menengah Agama Sungai Raja.

Ayah: Tak sangka ya, anak bongsu Ayah ni dah nak merantau dah. Tinggalkan Ayah dengan Mak. Nasib lah dekat je. Bolehlah Ayah Mak melawat hujung minggu kalau Kamu rindu.
Aku: Ye ye je ni? 😏 A rindu ke Ayah yang rindukan A? Ayah bukannya boleh kalau A lama siket tak de. Nanti dicari A
Ayah: Heh, tak kuasa nak rindu. Bio jauh sana, nanti nanges nak balik. Kat sana semua kena buat sendiri tau. Baju apa semua berus tangan. Tak de dah Ayah basuhkan jemurkan semua tu. Hehehe
Aku: Heleh, Orang reti la buat semua tu sendiri.

Aku akan mula belajar hidup berdikari. Aku mesti tekad. Aku tak mahu terus menerus bergantung pada Mak dan Ayah. Keputusan dah dibuat, Aku harus berusaha sendiri!

Selang beberapa minggu, akhirnya, hari yang dinanti telah pon tiba. Aku untuk Aku mendaftar masuk ke asrama SMASR. Kelihatan di perkarangan sekolah ramai IbuBapa dan pelajar mula berpusu² memikil segala macam barang untuk masuk ke asrama. Pada mulanya Aku ingat membawa segalanya, tapi Ayah berpesan, disitu sudah menjadi kesilapan pertamaku. Seharusnya semasa pendaftaran, cukup sekadar membawa fail pengurusan. Barang lain tinggal di kereta dahulu. Dah dapat kunci asrama barulah pikul barang. Ada logiknya juga apa yang Ayah katakan. Jadinya, semasa bergerak dari kaunter ke kaunter untuk pendaftaran sekolah, yuran, asrama dan lain², kelihatan hanya Aku yang berlengang-kangkung mengusung sebiji fail sahaja, sedangkan orang lain memikul bermacam perkara.

Setelah akhirnya selesai, Aku telah ditempatkan di Aspuri Cenderawasih, tingkat 4. Bilikku menempatkan 16 Orang dengan berbekalkan 8 biji katil 'double decker'. Disebabkan Aku yang pertama masuk ke 'dorm', tersebut, makanya Aku telah memilih katil bawah yang paling dekat dengan meja belajar dan tingkap.

Tatkala Aku sedang mengemas, kedengaran pengumuman daripada 'speaker' sekolah;

'Kepada semua pelajar tingkatan 1, sila berkumpul di Surau selepas Solat Asar bagi sesi orientasi'

Jam sekarang menunjukkan jam 12.19 tengah hari. Banyak lagi masa ni, Aku teruskan mengemas barangku. Semakin masa berjalan, semakin ramai yang memasuki 'dorm' dan akhirnya kesemua katil telah berempunya.

Bahagian atas katilku, Anis dari Segamat, sebelah katilku Syamimi dan Syuhada. Yang lain belum sempat berkenalan.

الله اكبر الله اكبر

Azan Asar berkumandang. Semua pelajar bersiap sedia untuk ke Surau kerana selepas dari itu, akan bermula sesi orientasi.

Selepas selesai Solat,

السلام عليكم ورحمة الله وبركته

Sesi orientasi bermula.

...............

Ustazah HanumWhere stories live. Discover now