Hari Ahad, jam 9.30 pagi.
Pagi ni Aku bersiap, Aku mengenakan blouse putih dan tudung labuh berwarna ungu. Tidak lupa juga stokin tangan dan kaki setiap kali hendak keluar.
Selepas cop kad outing dipondok jaga, Aku bergerak ke tempat yang dijanjikan BamBil.
Sedang hampir tiba, Aku melihat kelibat BamBil duduk di pondok bas. Apabila BamBil ternampak Aku, matanya seolah tidak berkelip memandang diriKu. Aku berasa sipu² malu bila dipandang oleh BamBil sebegitu rupa. Mukaku mula kemerahan apabila BamBil melihat Aku begitu. Maklumlah, ini pertama kali Aku keluar berdua² an dengan lelaki yang bukan keluargaKu. Setelah Grab sampai, Kami di bawa ke Mid Valley. Di sana, BamBil mengajak untuk makan dan tengok wayang.Sepanjang perjalanan sehinggalah ke Mid Valley, Aku perasan yang BamBil asyik curi² memandangku. Setelah tiba, Bambil bertanya nak makan di mana. Aku hanya mengikut je sebab Aku tak berapa pandai sangat masuk mall mahal² ni. BamBil ajak makan di Chicken Rice Shop. Semua menunya BamBil yang pilihkan. Sambil menunggu makanan;
Aku: Kenapa BamBil pandang Hanum semacam je? Malu Hanum macam ni.
BamBil: Tak delah. Macam mana tak pandang je, Hanum ni cantik sangat. Pipi comel, cermin mata lagi, dengan tudung labuhnya gitu. Sejuk je mata memandang Hanum. Sejuk perut Mak mengandung bak kata Orang dulu².Muka Aku semakin merah apabila dipuji sebegitu oleh BamBil. Aku merasakan hati dan jantungku juga berdegup kencang bila dengarkan kata² BamBil begitu.
Sambil makan, Kami berterus borak kosong sambil Aku perasan yang BamBil masih tak putus² memandangku.
Selesai makan, Kami bergerak untuk menonton wayang. Kebetulan cerita baru yang ditayangkan adalah SuamiKu Jatuh Dari Langit lakonan Nora Danish. Jadinya, Kami tonton cerita tersebut.
BamBil yang membeli tiket sementara Aku duduk ditempat yang disediakan.Masuk ke dalam panggung, agak lengang, mungkin kerana tidak ramai menonton wayang pada waktu pagi. Hanya ada beberapa pasangan dihujung sana dan situ. BamBil menempah tempat duduk di bahagian atas sekali, dibawah projector. Menjadikan, Kami melihat seluruh skrin dengan penuh. Ini merupakan kali pertama Aku berdua² an dengan lelaki asing ditempat yang agak gelap. Aku kelihatan sedikit gelisah kerana risau.
Dalam keadaan begitu, secara tiba² BamBil meletakkan tangannya diatas tanganKu dan berbisik kepadaKu, 'Shhh Orang lain nak tengok wayang, jangan gelisah sangat. InSha Allah, Abang ada kat sini'. Apa yang Aku rasakan ni???
...............
YOU ARE READING
Ustazah Hanum
RomansaCerita Rekaan Khayalan. Tak tau la panjang mana cerita ni. Ada idea baru tulis, tak de idea diam aja. Sorry kalau tak memenuhi citara kalian. Selamat Membaca ♥️