× 0 4 ×

12 2 0
                                        

"Tapi awak boleh panggil saya Dee", ujar Delisya sambil tersenyum.

'Murah dengan senyuman lah perempuan ni, comel,' bisik hati Ziky apabila Delisya tidak berhenti tersenyum ke arah dia.

Muncul perasaan halus menyelinap di hati Ziky apabila dia terlampau leka memandang Delisya, sehinggakan Daniel perasan cara pandangan Ziky pada Delisya adalah pandangan kebiasaan lelaki jatuh cinta pandang pertama.

Daniel segera berdeham bagi menyedarkan Ziky bahwa dia juga turut berada disitu. Ziky memandang dia sekilas sebelum tersenyum sumbing seperti kantoi yang jejaka itu leka perhatikan Delisya. Delisya ketawa kecil dengan reaksi Ziky.

"Kita satu sekolah ke?," tanya Ziky, menghapuskan rasa janggal antara mereka.

Sesekali Ziky memandang lencana sekolah yang terdapat di baju Delisya dan Daniel yang menurut pandangan jejaka itu tidak sama dengan lencana sekolah miliknya.

Pelik, seragam sekolah mereka sama tetapi itu bukan lencana sekolah dia. Agak hampa bila memikirkan ni adalah pertemuan pertama dan terakhir jejaka itu akan berjumpa Delisya.

"Kau sekolah kat Raja Wali?," tanya Daniel.

Berubah riak wajah Ziky apabila Daniel mengetahui nama sekolahnya. Terkejut jejaka itu apabila nama sekolah dia yang tidak di kenali ramai diketahui oleh lelaki itu, bahkan nama sekolah itu sudah cukup asing sekali bagi semua orang kerana kedudukan sekolah itu yang terpencil di pendalaman dan tersorok di bahagian belakang gunung rajawali.

"Ye, aku sekolah dekat situ tapi macam mana kau tahu?," tanya Ziky, teruja.

"Oh kebetulan pulak kita orang baru nak daftar masuk sekolah tu," jawab Delisya.

Tersenyum lebar Ziky mendengarkan bahwa gadis itu turut belajar di sekolah Raja Wali bersamanya. Sudah terbayangkan hari-hari dia yang sentiasa berjumpa Delisya pada waktu rehat atau jika dia bernasib baik Delisya mungkin akan sekelas dengan dia.

Mengenangkan Ziky yang merupakan pelajar contoh di sekolah itu dan cara penampilan Delisya yang nampak cerdik itu mungkin mereka akan ditakdirkan bersama.

Delisya dan Daniel memandang sesama mereka apabila melihat Ziky sedari tadi mengelamun dan hanya tersengih seperti kerang busuk. Daniel menghantar isyarat mata kepada Delisya dan gadis itu pantas sekali memahami isyarat tersebut.

'Macam mereng je mamat ni,' ujar Daniel melalui isyarat mata.

'Kan jom lah gerak, seram aku' balas Delisya, turut menghantar isyarat mata.

'Nak sangatkan tolong dia,'

'Dah dia mintak tolong, kesian lah,'

'Dah lah jom,'

Isyarat mata itu berterusan sampai lah Daniel berdeham sekali lagi bagi menarik perhatian jejaka itu. Malangnya, jejaka itu sudah hanyut dalam imaginasi dia sendiri. Daniel lekas sambar lengan Delisya tanpa membuang masa lagi.

"Ziky! kau berangan apa? Bro please help me," rayu Widad sekaligus menyedarkan Ziky.

Ziky mengeluh apabila Widad terus menerus mengakas jejaka itu. Bukan dia tidak mahu tolong tetapi dia tahu Daniel tak akan buat sesuatu kepada Widad jika jejaka itu sudah membaca surat tersebut. Tetapi Ziky juga tahu Daniel akan mengamuk jika ada orang cuba memikat Delisya. Sudah lah 'surat cinta' itu dibuat tujuannya untuk memikat Delisya.

'Haih dalam ramai perempuan kat sekolah ni, kenapa lah Dee juga kau nak suka Widad,' bisik hati Ziky, sesekali menjeling Widad yang asyik bergesel di lengannya cuba meraih simpati.

"Fine! Aku tolong. But this is first and last aku tolong kau untuk benda mengarut ni," ujar Ziky, mengalah.

"Thank you bro. Kau memang hero aku,"

*****

"Okay so?," tanya Daniel acuh tak acuh.

"So that's the story. Like mamat tu senanya salah locker tapi dia termasuk kat locker Dee," jawab Ziky.

Daniel hanya memandang Ziky atas bawah apabila bersungguh jejaka itu menerangkan situasi sebenar yang berlaku.

Dia sudah habis baca 'surat cinta' yang di terimanya dan Daniel juga tahu surat itu di tulis khas untuk Delisya tetapi jejaka itu terus sahaja membuang surat itu dekat longkang.

"Apa nama mamat tu?," tanya Daniel.

"Ermm... Widad," jawab Ziky, takut-takut.

"Classmate kau ke?," tanya Daniel lagi.

Ziky sudah tidak senang duduk apabila Daniel mula tanya bermacam soalan, dia kenal sangat dengan perangai jejaka itu.

"Kenapa kau tanya semua tu?," tanya Ziky, mula berasa curiga.

"Nothing just curious-," belum sempat Daniel menjawab percakapan dia dipotong.

"Lepak tak bagitahu aku pun. So kau orang borak apa ni?," tanya Delisya yang muncul dari belakang Daniel.

Ziky sudah tidak keruan melihat pujaan hatinya tetapi dia tahu Delisya tidak menyimpan perasaan yang sama dengan dia. Bahkan jejaka itu tidak pasti jika Delisya ada menyukai mana-mana lelaki di sekolah mereka.

Hatta ramai orang menghantar surat cinta kepada gadis itu, baik lelaki mahupun perempuan dan Delisya hanya mendiamkan diri selepas mendapat surat cinta itu seperti dah 'reject' mereka dalam diam.

Sesekali Ziky mengerling Daniel yang berada di sebelahnya. Jejaka itu yang selalu bersama dengan gadis tersebut walaupun mereka tidak sekelas. Ingin sahaja jejaka itu membuat andaian bahawa mereka mempunyai hubungan istimewa tetapi cara kelakuan mereka mengatakan benda yang berlainan.

"Happy semacam je kau,"ujar Ziky apabila senyuman tak lekang dari mulut Delisya..

"Of course lah aku dapat tahu ada orang baru," jawab Delisya teruja.

"Wait, pelajar baru lagi? Seriously kenapa ramai sangat pindah Raja wali tahun ni. Padahal sekolah ni dekat gunung kot," ujar Ziky.

"Eh best apa, dapat jumpa orang baru. Lagi best kalau dia orang tu sebaya dengan kita semua," ujar Delisya.

"Dah nak habis belajar pun kau masih nak jumpa orang baru. Tak faham lah aku," kata Daniel lalu berjalan meninggalkan mereka.

"Asal dengan dia?," tanya Delisya, Ziky hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.

"Eh tadi kau orang borak pasal apa? Serius semacam je aku tengok. Cerita lah," gesa Delisya.

"Erkk tak penting lah," jawab Ziky sambil matanya melilau, gemuruh apabila berduaan dengan Delisya.

"Bagitahu je-," belum sempat Delisya melontarkan soalan, Ziky terus memotong percakapan gadis tu.

"Aku gerak dulu lah nanti jumpa masa rehat," ujar Ziky kalut, segera lari dari situ. Tidak betah berduaan dengan pujaan hatinya.

Delisya menghantar pemergian Ziky dengan pandangan mata. Sesekali dia mengerling bilik yang tertutup rapat di situ. Gadis itu tiada tanda-tanda mahu meninggalkan kawasan itu walaupun loceng sudah berbunyi tanda kelas pertama pagi itu akan berlangsung. Gadis itu hanya bersandar pada tepi bilik tersebut seperti menunggu sesuatu atau seseorang apabila muncul kelibat dari dalam bilik itu.

Delisya tersenyum apabila pintu bilik itu terbuka dari dalam dan gadis itu sudah mengagak ada orang yang mencuri dengar perbualan mereka bertiga tadi. Pandangan mata mereka bertaut selama beberapa minit sebelum lelaki itu berdeham membuang perasaan janggal antara mereka.

"Tahu kan berdosa curi dengar perbualan orang," ujar Delisya.

"Well kau orang yang ganggu waktu tidur aku. Padahal ada banyak tempat lain boleh bergosip," jawab jejaka itu.

"Yeah yeah whatever. Aku cuma nak tahu sampai mana kau dengar, Uwais..."

BERSAMBUNG...

Rising StarsWhere stories live. Discover now