Kedai roti itu meriah dengan suara lelaki yang sakan mengetawakan gadis di hadapannya. Sesekali mata gadis itu meliar memandang kiri kanan mereka untuk memastikan tiada siapa mendengar suara mengilai jejaka tersebut.
"Shush, kau boleh tak kawal sikit suara kau tu, nanti orang dengar macam mana," marah Izyan sambil menjeling jejaka di hadapannya.
"Hahaha- sorry. Cuma kelakar lah kau ni. kau tu dah lah makin famous. Pastu menyempat tipu kak Farah. Kesian sikit dekat pengurus kau tu dia kan pregnant," ujar jejaka itu sambil mengesat air mata yang keluar.
Kelakar sangat gamaknya menengok Izyan terkontang-kanting seorang diri kat KLIA ni.
"Aku kesian kat dia lah aku buat macam ni. Kau fikir kalau aku tak lari balik sini, dia nak bersalin ke kat sini? Memang tak. Dah lah suami kak Farah tu dah risau dengan dia yang dah cukup bulan tapi dia berkeras jugak nak tolong staff lain prepare tour aku. Alasan sebab dia manager aku, padahal boleh je tugas pengurus tu dia bagi adik dia tolong," jawab Izyan sambil berpeluk tubuh.
"Tapi kau mana rapat sangat dengan adik kak farah kan? Siapa tu nama?,"
"Ye aku tak rapat tapi aku kenal adik dia. Kak Sarah tu pun selalu je jemput aku dari studio bila aku dah habis jamming," jawab Izyan sambil sesekali menyedut air milo yang di pesan.
Jejaka itu hanya memandang Izyan tanpa berkelip apabila mengingatkan yang mereka sudah setahun lebih tidak bersua muka.
Nak salahkan diri sendiri pun tidak boleh kerana gadis itu yang membawa diri jauh dari mereka semua. Puncanya hanya satu dan dia tahu benda itu tidak berakhir dengan baik.
Lihat lah sekarang keadaan gadis itu pun sudah berubah seratus lapan puluh darjah dari diri dia yang dulu yang pernah jejaka itu ingat. Bahkan badan gadis itu yang dulunya berisi sekarang sudah makin kurus dari yang sepatutnya.
"Kau-,"
Tidak sempat jejaka itu menyudahkan ayatnya.
Riak wajah jejaka itu berubah apabila terpandang seorang lelaki di belakang Izyan yang telah menyedari kehadiran mereka berdua di kedai roti tersebut.
"Izzat Daniel!," muncul suara garau menghentikan perbualan mereka berdua.
Aura yang dimiliki oleh lelaki tu agak menakutkan bagi Izyan membuatkan dia tidak berani untuk menoleh melihatnya.
Tetapi dia dapat meneka siapa yang berani memarahi jejaka di hadapannya sehingga wajah jejaka itu pucat.
"Erk...ap...apa yang kau buat kat sini AJ?," tanya Izzat dengan gugup.
"Aku suruh kau duduk diam-diam kat bilik tu tapi kau boleh duduk minum dekat sini dengan peminat kau," ujar AJ dengan suara yang tertahan dari memarahi Izzat sambil menuding jari pada Izyan.
"Eh bukan. Dia bukan peminat aku lah and you know her, bro," jawab Izzat berani.
"Kau merepek apa ni? Jangan tukar topik siapa yang benarkan kau keluar? Ke perempuan ni yang paksa kau keluar? Dasar peminat psiko," sindir AJ dengan mulut lancangnya.
Izyan yang setia berada di hadapan jejaka itu hanya tersenyum tipis lalu mengundurkan sedikit kerusi agar wajahnya dapat dilihat oleh AJ yang berada di belakangnya.
Mata mereka bertautan buat beberapa minit sebelum AJ memandang Izzat dengan Izyan silih berganti. Rahangnya jatuh apabila jejaka itu mula mengenal pasti siapa gadis tersebut.
Ingin sahaja dia mengucapkan kata rindu pada gadis tersebut tetapi mengingatkan yang mereka berdua mempunyai masa lampau yang memeritkan, kata rindu itu hanya mampu disimpan dalam hati.
YOU ARE READING
Rising Stars
Novela JuvenilIzyan Delisya. Nama yang indah, kena dengan diri dia yang cantik persis bidadari bak kata Arian. ↬ "Princess always cantik setiap hari." Bagi Aisy pulak gadis itu membawa hatinya yang separuh lagi bersama dia. ↬ "Whatever you decide, I'm with you...