14 Januari 2016
Tidak sudah bahu dia di goncangkan sedari tadi sehingga membuatkan jejaka itu mengeluh dengan perangai rakannya. Manakala si rakan hanya tersengih apabila mendapat reaksi sebegitu dari jejaka tersebut.
Jejaka itu sekarang ni sungguh tiada rasa mahu melayan perangai manusia di sekelilingnya.
Boleh di katakan 'social battery' nya sudah sedikit dan perlu dicas secepat mungkin dengan tilam empuk miliknya yang memanggil sedari tadi, tetapi nasib tidak menyebelahi jejaka itu apabila jarum jam baru menunjukkan pukul sembilan setengah.
Ada lagi tiga puluh minit sebelum waktu rehat jadi tiga puluh minit juga lah tiada sebarang guru yang akan masuk ke kelas hari ni kerana mesyuarat tergempar yang berlaku secara tiba-tiba.
Dengan perangai rakannya yang tidak sudah mengoncangkan bahunya untuk menarik perhatian jejaka itu walaupun acap kali rakannya mengetahui tentang 'social battery' dia yang tidak berapa baik hari ni. Nasib kejadian yang berlaku pada pagi tadi sedikit sebanyak membantu meningkatkan mood jejaka itu.
*****
"Aku dah cakapkan, aku tak boleh tolong kau," tegas si jejaka.
"Please bro kali ni je. Tolong lah aku-," Belum sempat si rakan menjelaskan, jejaka itu memotong percakapan dia.
"Widad, enough! Kali ni aku tak boleh nak tolong. Aku dah pesan banyak kali kat kau check dulu loker siapa. Dah tak memasal 'surat cinta' kau dah berada kat tangan Daniel,"
"Dah tu kau nak tengok je ke aku kena buli nanti? Kena tuduh gay macam tu?," pintas Widad.
"Tu bukan salah aku, kau yang salah dapatkan maklumat pasal loker Dee," ujar jejaka itu.
"Bro tu memang loker Dee but i don't know how Daniel ada akses password Dee. I swear to god, tu loker Dee, please Ziky help me this time, kau kan kenal dia," rayu Widad pada jejaka yang selesa dipanggil Ziky itu.
Zikri Ibrahim atau nama glamournya, Ziky cuma memandang rakannya yang mula mengalirkan air mata apabila mengetahui 'surat cinta' nya telah selamat berada pada tangan Daniel.
Desas-desus sering di dengari bahawa Daniel seorang pembuli yang suka memeras ugut duit pelajar tetapi tiada saksi yang berani tampil ke hadapan sehingga sekarang.
Tetapi Ziky tidak mempercayai khabar angin tu kerana dia sendiri melihat dengan matanya bahwa jejaka itu hanya menggunakan kekerasan sebagai langkah mempertahankan diri.
Ingat lagi pertemuan pertama Ziky dengan Daniel apabila Ziky ditahan oleh sekumpulan lelaki dalam lingkungan umur tiga puluh tahun apabila mereka meminta wang saku kepunyaan Ziky.
Pada waktu itu, Ziky melalui jalan belakang atau jalan pintas untuk sampai ke sekolah tetapi jalan itu jarang di lalui orang dan hanya kaki mabuk sahaja berkeliaran di situ. Jejaka itu jarang ditahan oleh kaki mabuk di situ tetapi nasib tidak menyebelahi dia hari ni apabila dia di tahan oleh beberapa orang lelaki.
'Aduh apa lah nasib. Time aku bawak duit nak bayar yuran pibg lah aku kena kacau,' bisik Ziky bimbang.
Jejaka itu cuba menapak ke belakang sedikit demi sedikit tetapi di hadang dengan salah seorang lelaki dari tiga orang yang menahannya.
"Hoi budak! Kau ada duit?!," jerkah salah seorang.
Ziky terus menggelengkan kepala menjawab pertanyaan lelaki itu. Jantungnya sedari tadi berdetak laju, bimbang diri dia mungkin di apa-apakan. Sudah lah Ziky dah beberapa tahun tidak datang ke latihan taekwondo.
![](https://img.wattpad.com/cover/218308487-288-k681963.jpg)
YOU ARE READING
Rising Stars
Teen FictionIzyan Delisya. Nama yang indah, kena dengan diri dia yang cantik persis bidadari bak kata Arian. ↬ "Princess always cantik setiap hari." Bagi Aisy pulak gadis itu membawa hatinya yang separuh lagi bersama dia. ↬ "Whatever you decide, I'm with you...