"So that's it?," tanya Delisya sambil berpeluk tubuh.
"Well kau tahu kau tak ada hak nak tanya lebih-lebih after aku tahu identiti kau," ujar Uwais sinis.
Delisya menjeling Uwais yang berada di hadapannya, seperti tidak berpuas hati bahwa Uwais mahu mengugutnya tetapi gadis itu percaya yang Uwais tidak mempunyai keberanian untuk membuat demikian.
"Since when kau tahu identiti sebenar aku?," tanya Delisya lagi, cuba mengorek rahsia.
"Sejak kau dengan mamat tu pindah sini. Seingat aku nama mamat tu Izzat Daniel, am i right? Or should I call him 'Daniel'," jawab Uwais, sinis.
Terbutang mata Delisya apabila Uwais sudah mengetahui hampir semua rahsia mereka berdua. Gadis itu sudah mengagak seperti ada orang mencuri dengar perbualan mereka sejak mereka berdua berpindah ke situ dua minggu yang lepas.
'Aku dah agak dah blok ni mesti ada orang guna untuk poteng kelas. Salah Izzat lah ni pergi percaya Ziky yang blok ni dah tak guna,' bisik hati Delisya.
Berbakul-bakul maki hamun dilemparkan kepada dua orang jejaka tersebut apabila mempercayai blok itu sudah tidak di gunakan pelajar apabila pihak sekolah telah membina blok bangunan baharu. Disebabkan itu, pengetua sudah melarang pelajar dari menggunakan bangunan itu dan bangunan itu hanya digunakan sebagai tempat menyimpan peralatan sekolah yang tidak dapat digunakan lagi.
"But aku masih tak percaya yang kau ni Izyan Delisya," kata Uwais sambil mata galak memerhatikan Delisya atas bawah.
"Well kau orang semua kenal aku as 'Nur Delisya' so, half of it is true. Nama penuh aku is Nur Izyan Delisya. Jadi apa yang buat kau tak percaya," ujar Delisya, membalas renungan mata bundar Uwais.
Gadis itu harus mengakui wajah Uwais menonjolkan keunikkan diri jejaka itu walaupun perangai Uwais agak menjengkelkan dan tidak mudah di dekati. Delisya cuma mengenali Uwais melalui Ziky kerana dia berkawan baik dengan Ziky sejak kecil lagi, apatah lagi mereka hidup berjiran.
Gadis itu juga mengenali Uwais ketika jejaka itu selalu melontarkan idea-idea bernas untuk kelab debat mereka. Ada sahaja idea menarik yang keluar dari mulut Uwais disukai ramai sampaikan Delisya tertanya-tanya dari mana jejaka itu mencari idea sebegitu. Tapi sayang, perangai jejaka itu tidak seindah mutiara yang keluar dari mulutnya.
"Mudah je reason aku sebab kau tak cantik," jawab Uwais, selamba.
'See apa yang aku cakap. Mulut mamat ni tak ada insuran. Kenapa lah kau pergi puji mamat ni, Izyan,' bisik hati Delisya sambil mengempal penumbuk.
Ya, Uwais yang dikenali di kalangan warga sekolah hanya lah pelajar yang lebih banyak mendiamkan diri tetapi bagi yang mengenali Uwais, mereka hanya merasakan setiap kali jejaka itu bersuara hanya kata-kata sindiran atau tohmahan sahaja yang mampu diucapkan jejaka tersebut.
Tengok lah penyanyi Izyan Delisya yang digilai ramai yang sekarang berada dihadapannya pun Uwais boleh kata tak cantik, berani pula tu cakap perkara itu secara berdepan.
"Dah lama ke kau memang tak guna macam ni?," kata Delisya, geram. Wajah putih Delisya sudah kemerah-merahan apabila menerima jawapan sebegitu.
"What? Betul lah. Kau tak boleh nak marah bila orang cakap kau tak cantik. Cantik tu subjektif, so aku tak salah," ujar Uwais masih dalam nada menyindir tetapi kata-kata Uwais seperti mencabar kesabaran Delisya.
Gadis itu lekas mencabut rambut palsu yang dipakainya sejak berpindah ke sekolah itu. Mungkin rambut palsu itu menghalang kecantikkannya dari pandangan Uwais dan sangkaan gadis itu tepat apabila Uwais memandang Delisya tidak berkelip seperti telah melihat kecantikan sebenar gadis itu.

YOU ARE READING
Rising Stars
Ficção AdolescenteIzyan Delisya. Nama yang indah, kena dengan diri dia yang cantik persis bidadari bak kata Arian. ↬ "Princess always cantik setiap hari." Bagi Aisy pulak gadis itu membawa hatinya yang separuh lagi bersama dia. ↬ "Whatever you decide, I'm with you...