Bermula dari situ, setiap kali aku balik kampung, ramai yang tegur. Dan yang tegur tu, orang yang sama.
Setiap kali aku balik daripada asrama untuk rehatkan diri, mak aku dah tuduh aku pemalas. Buat lemak. Gemuk.
Bila balik kampung, mesti ada sahaja mulut yang sibuk nak tegur aku. Antara ayat yang aku tak dapat lupakan sampai sekarang dan takkan lupa ialah :
"Wani gemuk! Wani gemuk!"
"Weh budak gemuk. Tak muat"
"Wani jangan makan, nanti kau gemuk"
"Kenapa kau makin lama makin gemuk? Seronok sangat ke duduk asrama?"
"Eh eh dagu kau ada dua la"
Walaupun hanya gurauan, aku dah mula bencikan semua orang. Aku mula menjauhkan diri daripada semua orang. Aku mula memakai baju yang tak nampak gemuk. Aku mula pencilkan diri. Aku mula kurung dalam bilik. Aku mula bersenam. Aku mula diet.
YOU ARE READING
Anorexia Nervosa
Short StoryThis story is based on a true story, my anorexia story. I'm average your age, 14 years old. I thought i'd share my story. Anorexia nervosa is an eating disorder that is characterized by attempts to lose weight, to the point of starvation .