Gaduh

201 16 0
                                    

Perbuatan aku ni, lama-lama diketahui orang ramai. Ramai yang mula tegur cara aku diet. Ramai yang marah dan kata bahawa diet aku ni salah dan berbahaya. Ramai yang risaukan kesihatan aku. Ada yang ugut aku bahawa aku boleh mati kalau bersikap sedemikian. Ada yang sanggul berbelanja untuk beli makanan untuk aku. Tapi aku tolak dengan baik. Depan mereka, aku buat2 dengar kata. Tapi bak kata pepatah "masuk telinga kanan, keluar telinga kiri". Aku tak kisah apa orang nak cakap pasal diet aku.

Mak ayah aku mula risaukan aku. Mak aku sanggup masak sedap2 agar aku makan, tapi aku langsung tak sentuh. Ayah aku mula marahkan aku. Tak kiralah berapa banyak kali mereka nasihat, aku masih tak puas hati sampai mereka mintak maaf, baru aku puas hati.

Kadang-kadang aku tak buat kerja yang mak aku suruh bukan kerana aku malas tapi sebab aku mahu pencilkan diri. Tapi mak aku salah anggap, dia gelarkan aku "pemalas" dan terlepas perkataa "patutlah kau gemuk"

Bila ayah aku terdengar teguran mak aku tu, ayah aku mula marahkan mak aku. Aku tak tahu nak salahkan siapa mereka bergaduh. Sejak kejadian tu, mak aku gelarkan aku "katak bawah tempurung".

Bila balik kampung, aku tak nak bertegur dengan sesiapa. Aku jauhkan diri. Aku benci mereka semua. Ada satu tahap tu, aku rasa macam nak menjawab balik. Tak kira la tua ke muda ke, semua sama je. Tak pandai jaga perasaan orang! Bila ada orang tegur aku gemuk, aku terus pergi tempat lain. Kalau boleh, tempat yang takde manusia dekat situ.


Namun, pada suatu hari, aku terdengar perbualan mak aku dengan makcik aku. Mak aku menceritakan segala-galanya dia hadapan saudara-mara aku. Tentang aku diet dan segala-galanya. Mak aku kelihatan sangat risau. Tapi aku segera pergi dari situ kerana takut diejek lagi.

Anorexia NervosaWhere stories live. Discover now