Normal life

200 8 0
                                    

Aku cuba makan seperti biasa. Sebaik sahaja aku makan sesuap nasi, kawan-kawan aku semua bertepuk tangan. Tapi, aku rasa kekok sebab makan nasi dalam kuantiti yang sederhana. Aku masih takut untuk makan kerana takut gemuk. Aku cuba tolak tepi masalah tu.

Aku tak pernah rasa segembira tu selama 3 bulan.

Tapi, sebaik sahaja aku makan, aku terus rasa pening dan perut aku sakit. Rupa-rupanya perut aku masuk angin.

Bila di rumah, family aku pandang pelik dengan aku. Tapi kemudian, terus tersenyum.

Bila aku balik kampung, dah takde orang yang ejek aku. Bila aku tanya 'kau rasa aku gemuk tak?' Mereka terus bagitahu, 'kau dah kurus la'.

Aku rasa gembira.

Tapi, keyakinan dalam diri tu sampai sekarang belum ada. Aku tak berani untuk pakai selendang. Aku malu untuk berfesyen. Dan aku masih pencilkan diri aku sampai sekarang.

Anorexia NervosaWhere stories live. Discover now