Selama 3 bulan aku diet, aku masih tak rasa perubahan. Aku rasa macam sama je bentuk badan aku. Walaupun berat aku turun mendadak - 36 kg, tapi aku masih tak capai target. Aku mula taget berat aku 30 kg. Aku tak puas hati kalau ada yang lagi ringan daripada aku. Ramai yang tegur, aku makin kurus, paha aku makin kecil tapi aku masih tak yakin untuk pakai seluar. Aku rasa dunia ini penuh dengan penipuan. Aku masih perlu berusaha lebih untuk jadi lebih kurus. Muka aku semakin hari semakin pucat. Badan aku makin lemah. Aku kekurangan zat. Kanak-kanak seperti aku ni yang sepatutnya membesar dengan ceria dan kuat tapi aku tak membesar. Tinggi aku terbantut. Aku tak peduli apa-apa pasal ketinggian. Yang aku pedulikan, hanya lah berat.
Kadang-kadang aku rasa lemah. Kadang-kadang aku rasa tak larat untuk buat aktiviti harian aku tapi aku tetap cuba sedaya upaya untuk kurus. Kadang-kadang aku rasa nak pengsan tapi aku tetap berlakon kuat. Sebab kalau aku lemah dengan mereka, mesti ramai yang marah dengan cara aku diet. Aku selalu letih. Perut aku kadang2 sakit sangat sampai aku tak sanggup nak tahan. Tak pasti sama ada perut aku masuk angin atau gastrik. Aku tak pernah ambil tahu.
Bila aku lihat perempuan yang lagi kurus, aku mula rasa cemburu. Walaupun orang tu kurus keding, yang terserlah tulang dia. Aku rasa mereka cantik. Aku jadikan mereka sebagai target.
Bila target aku tak pernah tercapai, aku rasa sangat rendah diri. Aku stress. Sampaikan ada satu tahap tu, aku cuba muntahkan balik apa yang aku makan. Bila aku dah bosan dengab kehidupan ni, aku rasa macam aku patut pergi selama-lamanya daripada dunia. Mungkin bunuh diri. Aku tak tahu syaitan mana yang rasuk dalam diri aku. Aku rasa tiada sape yang support aku. Aku benci semua orang. Semua memilih untuk berkawan dengan orang cantik, orang kurus, orang feymes, orang tinggi dll. Dunia ini tidak adil!
YOU ARE READING
Anorexia Nervosa
Short StoryThis story is based on a true story, my anorexia story. I'm average your age, 14 years old. I thought i'd share my story. Anorexia nervosa is an eating disorder that is characterized by attempts to lose weight, to the point of starvation .