⤜⸙͎۪۫⸙͎۪۫⤛
Pada malam kejadian selepas Yeonjun dan Wooyoung menyelamatkan Danee, kelab malam Haram dikepung oleh pihak berkuasa. Haram berjaya ditangkap oleh polis dan dia akan didakwa atas kesalahan melakukan pemerdagangan manusia dan pengedaran dadah sekaligus menjalankan kegiatan pelacuran di kelab malam tersebut.
Danee berasa lega selepas mendengar Haram dan konco-konconya sudah dimasukan ke dalam lokap, jadi dia tidak perlulah risau untuk pergi ke mana-mana selepas ini dan dia boleh pergi kolej seperti biasanya. Namun malangnya Yeonjun tidak membenarkan Danee untuk masuk ke kolejnya atas alasan dia tidak mahu Danee menghadapi sebarang masalah lagi dengan Puan Ji dan Rika jikalau Danee bebas daripada cengkaman Haram.
Jadi Yeonjun mencadangkan Danee untuk ditukarkan ke kolej di mana dia mengajar sekarang. Danee hanya menuruti sahaja permintaan lelaki itu tetapi lelaki itu memberi satu syarat, Kalau Danee tidak menyetujui syarat tersebut Yeonjun tidak membenarkan gadis itu belajar semula.
"Apa syaratnya."
"Syaratnya senang ja, kahwin dengan aku." Ujar Yeonjun dengan penuh keyakinan dalam dirinya seperti Danee akan setuju dengan syaratnya itu. Namun sebaliknya Danee membantah dengan sekeras-kerasnya!
"Kau gila kah apa? Kahwin mana boleh buat main tau!"
"Aku tak nak kahwin dengan kau!"
Wajah Yeonjun dengan penuh riak yakin tadi mula suram sambil menatap Danee yang juga menatapnya dengan pandangan penuh anti dengannya. Tetapi Yeonjun tidak mudah putus asa begitu saja. "Aip, kau nak sambung belajar kah tidak ni? Kalau tak nak, aku boleh jual kau balik dekat bapak ayam lain. Tak nak aku bela kau kat rumah ni."
Sakit hati pula Danee mendengar jawapan lelaki itu. Rasa mahu dia pijak-pijak saja si Yeonjun itu.
"Kau ni, takda peremp--"
"Takda dan aku malas nak cari."
Belum sempat lagi Danee hendak menghabiskan ayatnya Yeonjun terlebih dahulu memotong, mengundang rasa bertambah geramnya Danee kepadanya. Tanpa berfikir panjang Danee bersetuju untuk berkahwin dengan Yeonjun.
"Okay fine!"
"Seriously? Yahooo mak kita dah nak kahwin mak. Kita tak dilabelkan bujang terlajak dah." Yeonjun bersorak dengan gembiranya setelah mendengar jawapan Danee walaupun gadis itu terpaksa terima.
Danee pula memandang Yeonjun sedang bersorak seperti orang gila mendapat bunga. Perpatah Danee tu jangan dipertikaikan.
"Peliklah kau ni. Kenapa tak cari perempuan yang boleh cintakan kau ja jadi isteri kau." Dia pelik dengan perangai seketul Yeonjun ini, boleh pula dia mengajak musuhnya sendiri untuk menjadi isterinya.
Yeonjun menghentikan aktiviti bersoraknya tadi setelah mendengan soalan Danee itu. "Kau percaya dengan cinta sejati?" Lalu dia pula yang menyoal Danee.
"Tak, aku tak percaya. Aku anggap cinta tu menyusahkan."
Yeonjun terdiam seketika kerana jawapan gadis itu. "Kenapa tanya?" Soal Danee pula.
"Ha aku pun tak percaya cinta sejati tu wujud." Seloroh Yeonjun membuatkan Danee berasa bengang dengan lelaki itu. Setelah itu Yeonjun mengorak langkah ke biliknya namun dia berhenti dihadapan Danee sebelum dia masuk ke dalam biliknya itu.
Lalu dia menundukan sedikit badannya untuk menyamai ketinggian gadis itu. Dia menatap gadis itu dengan senyuman manis yang tidak pernah dia berikan kepada mana-mana wanita yang dia kenal kecuali ibunya dan Danee. Setelah itu dia mendekatkan dirinya ke telinga Danee lalu dia berbisik,"Cinta sejati memang tak wujud, tapi apa salahnya kita berdua yang wujudkan."
Berdiri bulu roma Danee mendengar bisikan lelaki itu. Tiba-tiba pula badannya tidak berfungsi, jantungnya pula mula bekerja keras sehingga dia boleh merasakan setiap degupanya dia itu boleh membuatkan jantungnya itu ingin terkeluar dari badannya. Nafas, jangan dicakaplah, tiba-tiba pula dia berada kekurangan oksigen.
Setelah Yeonjun masuk ke biliknya barulah dia boleh menyedut oksigen yang di ruangan tersebut. Dia menyentuh dadanya, masih ada rasa debaran di jantungnya itu.
"Dasar pakcik miang," kutuk Danee dengan perlahan.
⤜⸙͎۪۫ tbc ⸙͎۪۫⤛
Ala yeonjun, ckplh kau dh berkenan dengan si danee tu halaa alaa

YOU ARE READING
[OG] 𝑼𝒏𝒆𝒙𝒑𝒆𝒄𝒕𝒆𝒅 𝑺𝒐𝒖𝒍𝒎𝒂𝒕𝒆 : 𝑪𝒉𝒐𝒊 𝒀𝒆𝒐𝒏𝒋𝒖𝒏
Fanfiction" 𝘠𝘢𝘩 𝘧𝘪𝘳𝘴𝘵 𝘬𝘪𝘴𝘴 𝘢𝘬𝘶 ! 𝘚𝘪𝘢-𝘴𝘪𝘢 𝘫𝘢 𝘢𝘬𝘶 𝘴𝘪𝘮𝘱𝘢𝘯 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘣𝘢𝘬𝘢𝘭 𝘴𝘶𝘢𝘮𝘪 𝘢𝘬𝘶. 𝘒𝘢𝘶 𝘴𝘦𝘯𝘢𝘯𝘨-𝘴𝘦𝘯𝘢𝘯𝘨 𝘤𝘶𝘳𝘪 𝘵𝘦𝘯𝘨𝘬𝘰𝘳𝘢𝘬 𝘣𝘦𝘵𝘶𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘬𝘢𝘶 𝘯𝘪 !!! " " 𝘊𝘏𝘖𝘐 𝘠𝘌𝘖𝘕𝘑𝘜𝘕 𝘈𝘒𝘜 𝘉...