Entah berapa lama aku berada dalam dakapan hangat Arjuna. Tapi, hati aku jadi lebih tenang. Lebih tenang selepas mendengar bahawa Arjuna akan beritahu aku suatu hari nanti. Aku sanggup tunggu.
Tangan Arjuna membelai-belai lembut rambut hitamku sebelum bibirnya terasa sedang mengucup kepalaku. Pelukan di eratkan lagi melalui sebelah tangan Arjuna yang sedang memegang kemas bahagian pinggangku.
"How about the baby? Laila sayangkan dia.." Aku tiba-tiba bertanya.
"Abang pun sayangkan dia. Tapi, itulah takdir anak pertama kita. Kita tak boleh melawan takdir, sayang. Insya'Allah kalau kita usaha, suatu hari nanti kita pasti akan dikurniakan anak. Allah tak menguji seorang hambanya luar daripada kebolehan seseorang hamba itu. Abang tahu, sayang kuat." Lembut saja nada suara Arjuna memasuki gegendang telingaku. Membuatkan diri aku lebih selesa berada bersamanya tika ini.
Arjuna melonggarkan pelukan. Dia merenung lama wajahku sebelum bibirnya mengukir senyuman manis.
"Kalau abang kuat, sayang mesti kuat juga, kan?"
Lemah longlai aku mengangguk. Senyuman yang hampir luput di wajahku kini kembali setelah Arjuna berada di hadapanku sekarang ini.
"Sayang... Sayang betul ke tak nak balik Malaysia lagi? Mungkin kalau kita balik, sayang akan jadi lebih tenang dekat sana?" Suara Arjuna seakan-akan memujuk tetapi aku hanya senyum tipis padanya.
"Ada sesuatu Laila perlu buat sebelum Laila balik." Beritahuku.
Kening Arjuna sedikit terangkat, namun dia masih diam tidak bertanya apa-apa.
"Tak lama pun, abang. Esok mesti dah settle. Kita kemas barang untuk balik lusa." Sambungku lagi.
Jam menunjukkan tepat pukul sembilan pagi di Itali. Aku sudah lengkap berpakaian kemas, tudung shawl labuh berwarna biru langit beserta satin abaya sebelum keluar dari bilik. Sempat aku pandang pada figura suamiku yang sedang dibuai lena sebelum bibirku menguntum sekilas senyuman.
Belum sempat aku menutup pintu bilik, tiba-tiba satu suara dingin menerpa gegendang telinga.
"Nak pergi mana?" Tak lain tak bukan, Abang Qaarin.
YOU ARE READING
LAILA'S BROTHER (HIATUS)
Romance𝟏𝐒𝐓 𝐊𝐀𝐑𝐘𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐌𝐀 ❝𝙄'𝙫𝙚 𝙗𝙚𝙚𝙣 𝙬𝙖𝙞𝙩𝙞𝙣𝙜 𝙛𝙤𝙧 𝙩𝙝𝙞𝙨 𝙩𝙞𝙢𝙚 𝙛𝙤𝙧 𝙖 𝙡𝙤𝙣𝙜 𝙩𝙞𝙢𝙚.❞ 𝙝𝙚'𝙨 𝙤𝙗𝙨𝙚𝙨𝙨𝙚𝙙 𝙬𝙞𝙩𝙝 𝙝𝙚𝙧𝙤'𝙨 𝙬𝙞𝙛𝙚. SLOW UPDATE! 100% IDEA SENDIRI. WARNING! READ AT YOUR OWN RISK! ⚠️ VIOLE...