*Di bilik Alana*
Alana sedang mengemaskan pakaiannya untuk percutiannya ke rumah penginapan yang akan dia pergi nanti.
"Ughhhh...Baju apa yang sesuai yang aku boleh bawa. Buntulah aku."Kata Alana seraya menarik rambutnya sehingga menjadi kusut masai.
Lalu Alana mendapat satu idea dia mengambil keputusan untuk "video call " sahabat baiknya Mira. Alana mencapai telefonya yang ada di atas meja lalu menelefon Mira melalui WhatsApp.
Setelah beberapa saat pangilan Alana pun dijawab oleh Mira. "Wei Alana apesal kau call aku petang ni kau belum pack lagi kan aku tahu la perangai kau tu." Kata Mira dengan mata yang sengaja dijegilkan.
"Ala Mira aku tak tahu la nak bawa baju apa kau tolong aku boleh tak? Bolelah Mira kau tolong aku eh?" Kata Alana dengan wajah merayu dan muka yang sengaja disedihkan. "Hmm yelah yelah
Kau ni Lana packing pun nak dekat dua jam kalau aku tak tolong kau sampai esoklah kau packing." Kata Mira sambil tetawa kecil.Amira binti Munir itu nama penuh rakan baikku. Mira dan aku ialah kawan rapat sejak tingkatan 1 lagi. Kami selalu meluangkan masa bersama-sama ketika di sekolah. Aku tidak nafikan bahawa Mira lebih pintar dariku jika aku tidak sempat menyiapkan tugasan yang diberi oleh cikgu Miralah penyelamatku dengan menyuruh aku menyalin jawapan ke tugasan yang tidak sempat aku siapkan. Aku bersyukur kerana dikurniakan sahabat yang prihatin seperti Mira.
*Keesokan harinya*
Kereta Mazda hitam pekat laju membelah jalan raya Alana sedang menutup mata sambil mendengar lagu Boy in love daripada boy band kegemarannya BTS. Alana sangat meminati 7 orang jejaka Korea tersebut kerana kemahiran mereka dalam nyanyian dan tarian yang mereka menarik. Mereka sangat berkarisma bagi Alana. Penghayatan Alana terganggu apabila ayahnya menyentuh bahunya.
"Alana ayah nak cakap sikit boleh?" Tanya Encik Barry seraya tersenyum kecil ke arah anaknya.
"Oh boleh ayah nak cakap apa? Kata Alana sambil menanggalkan earphone daripada telinganya.
"Ayah nak pesan kalau Alana dah sampai kat sana nanti jaga tingkah laku dan tutur kata ya...Tempat tu dekat dengan kawasan hutan ingat pesan ayah ni." Kata Encik Barry kepada anaknya.
"Baik ayah jangan risau Alana akan ingat pesanan ayah." Kata Alana sambil tersenyum.Encik Barry menghentikan keretanya setelah sampai ke destinasi. Terdapat sebuah jambatan yang agak panjang untuk digunakan untuk ke seberang di mana terletaknya rumah penginapan tersebut. Alana dan Encik Barry mengambil keputusan untuk menunggu Mira dan ayahnya untuk sampai dan Lana ingin menyeberang jambatan tersebut bersama Mira. Tidak lama kemudian, Mira dan ayahnya yang aku panggil uncle Munir telah pun sampai.
"Lana kau dah gila ke? Apahal kau bawa luggage? Kita kat sini 3 hari je kau bawa macam kita ni nak cuti sebulan kat sini kenapa heih..." Kata Mira sambil membetulkan beg sandang di bahunya.
"Ala Mira aku takut aku tak cukup baju itulah aku pack lebih sikit kau tahu la aku bawa sabun skin care aku lagi mana cukup kalau guna beg sandang."
"Heiih... ada-ada jelah kau ni. Meh sini aku tolong angkatkan. Kata Mira terus mengambil luggage Alana dan menarik beg tersebut ke arah jambatan yang panjang itu. Setelah itu kami pun mengucapkan selamat tinggal kepada ayah kami. Baru sahaja aku ingin membuka langkah ayah memanggilku
"Alana... Ingat pesan ayah ye nak..."
Aku menoleh sambil tersenyum "Baik ayah. Ayah jangan risau eh." Kataku untuk menyedapkan hati ayah.Semenjak ibu meninggal kerana sakit kanser paru- paru ketika umurku hanya setahun ayah semakin lebih menjagaku dan melindungiku. Ayah sentiasa sibuk dengan perkerjaanya sebagai jurufoto ayah menjadikan hobinya sebagai suatu karier yang boleh menjanakan pendapatan untuk kami dua sekeluarga.
RUMAH PENGINAPAN MAWAR PUTIH
"Waah... Nyamanya angin kat sini kan Mira. Bukan macam kat bandar tu bau asap."Kataku sambil menghirup udara segar di tempat tersebut.
"Haahlah...Lana segar betulah angin kat sini aku pun suka."
Aku melihat suasana di rumah penginapan itu terdapat banyak pokok yang tumbuh di kawasan tersebut menjadikan tempat ini menjadi redup. Aku melihat sungai yang jernih dan banyak ikan-ikan yang berenang di dalamnya. "Wah.... Indah sungguh." Detak hatiku.
"Lana meh lah ambil gambar kat sini cantik dho tempat ni." Kata Mira sambil mengeluarkan telefon bimbitnya."
"Eh yelah aku lupalah cantik sangat tempat ni sampai aku lupa nak tangkap gambar." Kataku lagi.
Aku dan Mira pun buat pelbagai gaya untuk tangkap gambar dari gaya melompat hinggalah gaya photo candid kami bergelak ketawa dengan seronok.Setelah kami puas menangkap gambar kami pun duduk di anjung rumah penginapan tersebut. Mira sibuk membelek-belek telefon bimbitnya manakala aku sibuk memerhati suasana sekeliling. Aku suka akan tempat ini bunyi unggas dan burung jelas terdengar di halwa telingaku. Selepas beberapa minit memerhati suasana indah berhampiran anjung ini ada sesuatu kawasan yang menarik minatku sebuah kawasan yang ditumbuhi sebuah pokok buluh yang agak tinggi dan sedikit condong pokoknya namun sukar untuk aku ke sana kerana terdapat gaung yang besar itu yang menghalang sesiapa sahaja yang ingin ke sana. Aku juga sedar pokok buluh itu seperti tempat masuk untuk ke sesuatu tempat.
"Woi kau tengok apa?"Kata Mira sambil memegang bahuku.
"Ah? Apa." kataku setelah lamunanku berjaya dimatikan oleh Mira.
"Aku tanya kau apalah yang kau tengok tu sampai tak tengok arah lain." Kata Mira sambil menukarkan pandangan ke tempat yang dipandang aku tadi.
"Cuba kau tengok pokok tu pelik kan tinggi terus condong macam gerbang kan?"
"Haahlah... Orang kata kalau jumpa pokok camtu kita tak boleh sembarangan dekat kat sana."
"Eh nape pulak?" Tanyaku dengan rasa ingin tahu.
"Sebab tempat tu mungkin tempat bunian." Bisik Mira.
"Hah bunian? Yang rupanya cam kita tu tapi tinggal di tempat ghaib tu ke yang manusia seperti kita tak boleh nampak itu ke bunian?"
"Ya itu lah bunian. Oh lagi satu orang bunian ni suka sangat pakai putih itu yang nenek aku cakaplah aku manalah pernah jumpa diorang."
"Kenapa putih? Diorang tak pakai baju warna lain ke?Tanyaku
" Kau pikir aku tahu ke? Kau ni... Mungkin dress code diorang kut tulah diorang pakai putih. Jumpa diorang pun aku tak pernah macam mana aku nak tahu baju apa diorang pakai aku dengar ni pun dari nenek aku lah. " Kata Mira sambil mencebik.
"Alah kau ni janganlah marah aku ingat kau tahu." Kataku sambil menahan tawa di bibir.
"Lagi satu aku nak bagitahu."
"Apa?" Kataku lagi.
"WAAAAAH!!" Teriak seseorang yang tiba muncul di belakang kami
"AHHH!!" TeriakkuEND OF PART 1
So how is the story?
Mahu tahu selanjutnya tunggu chapter 2 nanti Byeee😁😁
YOU ARE READING
LELAKI DARI ALAM MIMPI (SLOW UPDATE )
HorrorSehingga sekarang aku tidak mengenali jejaka itu hanya paras rupanya yang tampan yang membuat aku mengingatinya, Aku tidak tahu siapa namanya dia menyimpan bnyk misteri adakah dia ada dlm dunia ini atau sebaliknya? Apakah jejaka tampan yang dikenal...