AKU BERMIMPI ?

29 0 0
                                    

1 JUN 2021

Aku mencelikkan mata dan alangkah terkejutnya aku apabila aku lihat ayahku sudah pulang.
"Lana anak ayah... Syukurlah kamu sudah sedar sudah sebulan kamu tidak sedarkan diri. Ayah risau." Kata ayahku lembut.
"Sebulan apa maksud Ayah ni?"Kataku dengan hairan.
"Bila Ayah balik Ayah nampak kamu tengah tidur dan bila ayah cuba bangunkan kamu... Kamu tak bangun bila ayah bawa kamu jumpa doktor dia kata kamu sihat tidak ada apa-apa penyakit pun." Jelas Ayah panjang lebar

Aku hanya diam setelah mendengar penjelasan Ayah aku bingung mana mungkin aku tidur selama sebulan ke aku koma? Terus sukma aku dibawa ke alam itu?
"Lana... Kamu pasti lapar kan? Nanti Ayah masakkan makanan kegemaran Lana nasi goreng dan sup ayam nak tak?" Tanya Ayah girang.
"Nakk!!" Jawabku dengan gembira.
"Nanti Ayah bawa makanan ke bilik ya sayang?" Kata Ayah lembut.
"Tak payalah Ayah Lana nak makan kat dapur. Kataku kepada Ayah.
"Betul ni?" Tanya Ayah meminta kepastian
" Ya Ayah Lana ok boleh kan?" Tanyaku
"Mestilah boleh anything for my princess." Kata Ayah sambil mengusap kepalaku.

Setelah itu Ayah pun menapak keluar dari bilikku. Sesudah Ayah keluar aku melihat keadaan diriku. Luka-luka yang aku dapat sebelum ini sudah pun hilang malah kepalaku pun tidak berasa sakit lagi. Otak aku befikir ligat aku berusaha untuk membezakan apa yang aku alami itu mimpi ataupun benar. Tiba-tiba telefon bimbit Samsungku berbunyi nama Eve tertera dalam skrin aku pun segera mengangkat panggilan tersebut.

"LANA!!! Syukurlah kau dah sedar weiii... Kau ok tak? Teriak Eve dalam talian.
"Kau ni aku ok la rak payah lah nak jerit bingit tau tak!" Marahku kepada Eve.
"Ala... Sorrylah aku happy sangat bila Ayah kau call bagitau yang kau dah sedar. " Kata Eve dengan gembira.
"Aku tahu kau memang tak boleh hidup tanpa aku." Kataku sambil tertawa.
"Perasan!" Sambung Eve lalu tertawa.
"Nanti petang aku dan Mira pergi rumah kau ok? Mira tak call sebab dia sibuk bekerja sekarang." Jelas Eve
"Mira kerja kat mana." Tanyaku terkejut
"Sekarang dia kerja kat Restoran Upperstar yang kita selalu pergi tu." Balas Eve.
"Biar betul?! Kataku terkejut.
"Betulah kau kan tak sedarkan diri selama sebulan." Kata Eve.
WAAH... Tak sangka aku... Aku bangga denga Mira kita.

Tidak lama kemudian Ayah memanggilku dari dapur
" Lana makanan dah siap marilah makan." Teriak Ayah dari dapur.
Eh! Eve aku end call dulu tau ayah aku panggil tu. Kataku kepada Eve.
"Okay baii!! Jumpa petang nanti tau." Kata Eve dan terus talian ditamatkan.

12:30 TENGAH HARI
*DAPUR *
"Haaa... Dah keluar pun anak Ayah. Meh makan Ayah dah sediakan."
"Terima kasih Ayah... Sayang Ayah." Kataku kepada Ayah sambil memeluknya erat.
Aku melabuhkan punggung di atas kerusi dapur kayu lalu melahap nasi goreng Ayah dengan penuh lahap sehingga terbatuk-batuk
"Lana makanlah perlahan sikit Ayah taulah kamu lapar cuba makan sikit-sikit kamu tu anak dara tau." Bebel Ayah.
Aku sengih pada Ayah lalu sambung makan lagi jujur aku kata aku merindukan makanan buatan Ayah kerana Ayah dah lama tidak masakkan untuk aku.
"Ayah nanti Mira ngan Eve nak datang diorang kata diorang rindu kat Lana boleh kan ?" Tanyaku kepada Ayah.
"Boleh je Ayah tahu kamu pun pasti rindu mereka." Kata Ayah sambil tersenyum.
"Terima kasih Ayah you're the best." Kataku girang.

LUAR RUMAH
6 PETANG

"HEYYY GURL..." Kata Mira dan Eve serentak.
"HEYYYY GURLS been missing you guys." Kataku lalu belari anak untuk memeluk mereka
"Korang buat apa kat luar ni?" Kata Ayahku yang tiba-tiba muncul dari belakang.
" Eh! Hi Uncle terkejut kami ingatkan siapa tadi." Kafa Mira sambil memegang dadanya.
"Marilah masuk dah petang ni kang masuk angin pula." Kata Ayah kepada kami
"Baik uncle" Kata Mira dan Eve.

6 :10 Petang
Bilik Alana

"Lana sekarang  kau rasa kau dah ok ke? Tanya Mira
"Aku rasa aku ok je tak rasa sakit kat mana-mana pun." Kataku.
"Kau tau tak bila Ayah kau call kami sebulan lalu dan bagi tahu kami yang kau tak sedarkan diri kami panic terus kami gi tengok kau kat rumah." Sambung Eve.
"Tapi ada sesuatu  yang pelik." Kata Mira
"Apa?" Kataku serius
" Time kami jenguk kau hatitu ksmi nampak ada kesan luka kat kaki tangan kau tapi tak lah teruk sangat calar sikit je."

Setelah itu aku pun berasa terkejut jadi apa yang aku alami itu bukan mimpi? Jadi aku betul-betul dikejar oleh langsuir itu? Jadi aku benar-benar telah diselamatkan oleh Bayu dan aku dirawat  oleh Ibu? Kepalaku sesak memikirkan semua ini.

"Eh Lana kenapa ni kau ok tak? Nak aku pangilkan uncle?" Tanya Mira dalam nada kerisauan.
"Tak payah aku ok cuma..."
"Cuma?" Kata mereka berdua serentak
Aku menghela nafasku lalu aku menceritakan apa yang terjadi kepadaku ketika aku dikatakan koma.

'Wow...." Kata Mira dan Eve setelah aku habis menceritakan mimpiku.
"Korang cakaplah sesuatu korang tak percayakan aku ek?" Kataku sangsi.
"Bukan kami tak percaya cerita kau ni macam yang ada kat fantasy movielah." Kata Eve lagi.
"Fantasy apanya aku kena kejar dengan Cik Lang kut itu kau cakap fantasy ini dah jadi macam horor movie dah."kataku.
"Tapikan macam disney fairytale pun ada juga." Kata Mira setelah lama berdiam diri.
Lelaki yang selmatkan kau tu macam Prince Charming  pula siap lawan si Cik Lang tu lagi.
"Haahlah sampai cakap yang kau tu milik dia. AHHH!! Buat aku blushinglah. Kata Eve sambil menutup mukanya menahan malu.
"Eh... Eh.... Yang kau blushing apasal" kataku sambil mengeleng kepala.
"Kau tak blush ke masa dia cakap begitu kat kau.Gilalah hati kau ni batu agaknya. Kata  Eve terkejut.
"Heih takde masa aku nak blush time tu kepala aku sakit. Kata kepada Eve.
"Tapi sekarang  kau dah ok kan." Kata Mira meminta kepastian
"Alah Mira aku dah ok kau takyah risau aku kuat." Kataku untuk menyedapkan hati Mira.
"Betul ni?" Tanya Mira lagi.
Aku mengangguk lalu senyum kepada Mira.
Baguslah kau dah ok aku bersyukur sangat." Kata Eve seraya memegang tanganku.

POV IBU MELUR

"MELUR!! OH MELUR!!  Panggil seorang wanita yang berumur antara pertengahan 60-an.
"Oh mak Andak ada apa bertandang ke rumah?"
"Mak Andak mahu beri kamu telur lebih ni sudah banyak Mak Andak kumpul ambilah."
"Terima kasihlah Mak Andak memang rezeki Melur dan bayu dapat makan telur nanti. Kata Melur lalu mengambil bakul telur tersebut dari tangan Mak Andak.
Mak Andak tersenyum lalu  berkata "Kalau Mak Andak tanya sikit boleh?"
Melur hanya mengangguk dan berkata "Tanya apa ya?"
Tidak Mak Andak hanya mahu tahu siapa gadis yang si Bayu bawak balik hari itu."
"Ohhh budak tu tersesat dan dia tercedera itula Bayu bawa dia balik supaya Melur boleh sembuhkan lukanya tu." Jelas Melur.
"Budak tu manusia kan mesti dia kena kejar dengan Langsuir kan? Tanya Mak Andak.
"Ya budak tu memang  manusia tapi tak pasti pula kalau budak tu dikejar langsuir."
"Bayu tidak beritahu kamu mana dia jumpa budak tu?" Tanya Mak Andak lagi.
" Kata Bayu dia jumpa budak tu dekat hutan hujung kampung tidak sedarkan diri. Lepas dia bawa budak tu balik. Jelas Melur lagi.
"Oooh... Hanya itu sahaja yang keluar di mulut Mak Andak.
Eh Mak Andak Melur Masuk dululah sebentar lagi Bayu akan pulang  Kata Melur.
"Hah Yelah...Mak Andak nak balik ni." Kata Mak Andak.
Melur melambai  kepada Mak Andak sehingga hilang dari pandangan
"Hmmm... Nasib baik Mak Andak percayakan cerita aku kalau aku beritahu perkara sebenar mesti dia akan beritahu seluruh kampung." Gumam Melur lalu masuk ke dalam rumah.

END OF PART 7

Hi guys maaf lama diamkan diri cerita ni slow update jadi saya selaku penulis meminta maaf . So pada pendapat korang Adakah Mak Andak akan beritahu seluruh kampung tentang Lana nantikan part seterusnya  nanti k byeee...

LELAKI DARI ALAM MIMPI (SLOW UPDATE )Where stories live. Discover now