HARI KEDUA
JAM 6 PAGIAku mencelikkan mata apabila sinar sang suria terkena mukaku. Aku menguap dengan peralahan lalu menjenguk semua rakan-rakanku "Ah... mereka masih tidur.Aku seorang je yang bangun awal." Kataku.
Aku bagun dan membuka tingkap agar angin pagi dapat masuk ke bilik tersebut. Aku dapat merasakan angin di kulitku "Hmmm... Nyamanlah angin kat sini." Desisku.Tiba-tiba aku terdengar suara yang bersenndung kecil di luar tingkap. Suaranya perlahan sahaja seperti mendodoikan bayi. Aku berjeda "Siapa pulak yang nyanyi-nyanyi ni. Nak kata radio mustahil sebab depan aku ni hutan." Kataku sambil menggaru kepala yang tidak gatal.
Aku cuba amati lagi suara itu jelas kedengaran orang sedang bersenandung.
"Morning Lana kau dah bangun awalnya..." Kata Fifi dalam keadaan mamai."
"Fifi kau dengar tak bunyi tu? Macam bunyi orang bersenandung lah." Kataku kepada Fifi.
"Eh kau mimpi kut mana ada. Aku tak dengar apa-apa pun."Sambung Fifi lagi.
"Ada la tadi aku dengar tau jelas di gendang telinga aku ni." Hujahku lagi.
"Kau ada cuci kaki tak sebelum tidur?" Soal Fifi lagi.
"Takde" jawabku lambat-lambat.Aku masih ingat akan peristiwa yang terjadi semalam aku ternampak lelaki berpakaian putih di pokok buluh besar itu dan bunga putih kecil dalam mimpiku yang tiba-tiba ada di tanganku. Lamunanku mati apabila mendengar suara Fifi.
"Hah... Tula kau mimpi pelik kau tak cuci kaki."
"Yelah...Fifi salah aku juga sebab lupa semalam." sambungku lagi.
Tidak lama selepas itu, Lisa dan Kayla pun terjaga daripada tidur. Tinggal Mira sahaja yang masih culas tertidur di katilnya.
"Morning semua" kata Lisa.Lisa dan aku bersahabat sejak aku darjah satu lagi. Namun kami tidaklah serapat mana kerana kami berlainan kelas. Semasa aku tingkatan 4 barulah aku dan Lisa sama kelas sehingga ke tingkatan 5 dan ini meyumbang kepada ikatan silahturahim kami yang semakin rapat.
"Eh... Tinggal Mira je yang belum bangun? "Kata Kayla
"Haah biasalah macamlah kau tak kenal si Mira tu kalau tidur lambat susah nak bangun awal." Kataku lagi.
"Tengok tu bantal pun dah jatuh kat lantai. Kalau aku tidur camtu hmmm kejang leher aku." Kata Lisa sambil tertawa kecil.
"Kann..." Kata kami bertiga serentak.
" Ah... Lana lupa pula aku nak tanya.Hari ni kan Eve datang?" Soal Fifi kepadaku.
"Yes, katanya jam 3.00 petang baru dia datang sebab Uncle Ben ada urusan kst pejabat pagi ni jadi mereka datang petang." Kataku kepada Fifi.
"Oooh patulah. Mungkin Eve pun dah text aku tapi aku tanya je kau sebab aku belum buka phone lagi. Sambung Fifi.
"Morning guys" kata Mira mengosokkan matanya sambil menguap.
" Morning Miraku." Kataku riang
"Morning sayangku."Kata Mira dalam nada gurauan.Kami berempat bergelak tawa bersama-sama. Aku sangat gembira dan bersyukur mempunyai rakan-rakan seperti mereka.
8 PAGI
Kami semua makan sarapan di meja makan. Hari ini Atan yang memasak dan dia memasak mee goreng untuk serta menyediakan air milo untuk kami semua.
"Weh korang jom mandi sungai yang ada kat bawah tu." Kata Bella secara tiba-tiba.
"Wah... Yelah aku lupa ada sungai kat bawah." Kata Amy yang merupakan rakan sekelas ku juga.
"Aku on jer." Kata rakanku yang bernama Stephen.Selepas makan kami pun pergi ke sungai yang dikatakan oleh Bella. Aku dapat lihat air yang sangat jernih serta beberapa ikan yang sedang berenang di air. Aku menanggalkan seliparku lalu merendam kakiku ke dalam air. "Sejuk sekali air di sungai ini."Desisku. Aku duduk di sebuah batu yang besar sambil melihat rakanku yang lain bermandi-manda. Aku terlihat Mira dan Atan saling bergelak tawa sambil bermain dengan air bersama-sama. Aku tahu bahawa Atan menyimpan perasaan terhadap Mira namun Mira tidak tahu akan perkara itu. Aku berharap suatu hari nati Atan akan memberanikan diri untuk memberi tahu perkara sebenar.
Sedang aku leka melihat rakan-rakanku bermain air secara tiba aku melihat seorang wanita dalam lingkungan 40 an dan memakai baju kebaya putih sedang cuba untuk mengangkat sebuah guni yang agak besar. Aku segera berdiri lalu menyapa wanita tersebut.
YOU ARE READING
LELAKI DARI ALAM MIMPI (SLOW UPDATE )
HorrorSehingga sekarang aku tidak mengenali jejaka itu hanya paras rupanya yang tampan yang membuat aku mengingatinya, Aku tidak tahu siapa namanya dia menyimpan bnyk misteri adakah dia ada dlm dunia ini atau sebaliknya? Apakah jejaka tampan yang dikenal...