3 JUN 2021
10 : 30 PAGIAlana kembali melakukan rutinya seperti biasa. Dia mula menghantar resume untuk mencari perkerjaan sementara menunggu keputusan SPM keluar.
"Hmmm... resume aku dah email dah kat semua tempat harap dapatlah kerja nanti." Gumam Alana.Encik Barry pula sudah keluar berkerja pada 9 : 30 Pagi tadi. Tinggalah Alana seorang di rumah.
"Hmmm bosanlah kita tengok netflix kut ada cerita menarik."Gumam Alana lagi.
POV Bayu
Bayu sedang sibuk menggembur tanah untuk tanaman yang akan ditanam nanti. Dia dan dua orang rakannya gigih berkerja kerana ingin mendapatkan hasil tanaman yang akan ditanam nanti.
"Bayu aku mahu tanya." Kata Wira salah satu rakan Bayu.
Wira sudah mempunyai seorang isteri yang bernama Citra namun mereka masih belum dikurniakan cahaya mata setelah lama berkahwin. Dan Citra kerap pergi ke pasar untuk menjual hasil sayur dan buah yang ditanam oleh suaminya.
"Ada apa ?" Kata Bayu dengan ringkas tanpa menoleh ke arah Wira.
"Aku dengar orang kampung kata kau ada bawa balik perempuan yang kau jumpa di hutan dua hari lepas betulkah?" Tanya Wira dengan rasa ingin tahu.
"Ya aku bawa dia ke rumah sebab dia tercedera aku kesian dengan dia."
Tiba-tiba rakan Bayu bernama Budi mencelah. "Aku dengar dia manusia betulkah?"Budi merupakan rakan Bayu sejak kecil mereka boleh dikatakan agak rapat kerana Bayu sering ke rumah Budi ketika ada waktu lapang. Ibubapa Budi merupakan pawang di kampung tersebut mereka boleh membantu orang yang terkena sihir atau terkena sesuatu yang tidak dapat difikir dengan akal fikiran.
"Ya dia manusia dan aku rasa dia secara tidak sengaja tersesat dekat kampung kita.
"Aku dengar orang kampung kata dia dikejar Langsuir benarkah? Itulah dia tersesat ke kampung kita kan?" Tanya Budi lagi.
"Hah?! Langsuir?" Kata Wira terkejut.
"Sudah janganlah kita fikir yang bukan- bukan. Aku jumpa dia di hutan hujung kampung dia terluka. Aku bawa dia ke rumah untuk dirawat." Kata Bayu.
"Tapi semalam aku dengar Pak Budin dikacau oleh Langsuir semalam. Sudah lama kampung kita tidak dimasuki Langsuir kenapa sekarang?" Jelas Budi lagi.
"Jadi sekarang apa jadi dengan Pak Budin? Tanya Wira
"Mak Budin kata Pak Budin jatuh sakit selepas kena ganggu Langsuir semalam dia menggigil dan demam keesokan harinya. Kerana malam tu dia nampak Langsuir itu hisap darah ayamnya di reban." Jelas Budi panjang lebar.Bayu terdiam lalu berfikir "Aku harus mencari cara untuk bunuh Langsuir itu. Kalau tidak habis haiwan-haiwan di kampung ini dibahamnya. Aku juga harus melindungi Alana kerana aku pasti Langsuir itu sedang memburunya. Telah Bayu.
"Ayuh kita sambung kerja kalau tidak lambatlah kita mendapat hasilnya." Kata Bayu untuk mengingatkan rakan-rakanya.
"Ayuh!!" Kata Wira dan Budi serentak.END OF PART 8
Sorry guys Lambat update dan cerita pada kali ini pendek sedikit. Tapi next chapter memang panjang sikit so stay tuned. BYEEE...
YOU ARE READING
LELAKI DARI ALAM MIMPI (SLOW UPDATE )
TerrorSehingga sekarang aku tidak mengenali jejaka itu hanya paras rupanya yang tampan yang membuat aku mengingatinya, Aku tidak tahu siapa namanya dia menyimpan bnyk misteri adakah dia ada dlm dunia ini atau sebaliknya? Apakah jejaka tampan yang dikenal...