POV ALANA
Aku berasa kepalaku berdenyut-denyut mataku juga aku rasa sangat berat badanku juga sakit. Jadi aku hanya boleh terbaring kaku seperti mayat hidup pada ketika itu. Namun ketika itu menangkap 2 suara yang sedang berbicara.
"Ibu sudah tiga hari Lana belum sedar Bayu risaulah." Kata seseorang lelaki yang bersuara garau.
"Sabarlah Bayu... Dia pasti akan sedar anak ini kehilangan banyak darah dia perlukan masa." Balas satu suara wanita lagi.
"Tolong jagakan dia sekejap ya nak Ibu mahu membuat ubat untuknya minum." Kata wanita yang dipanggil Ibu itu.
"Baiklah Ibu Bayu akan menjaga Alana di sini." Kata lelaki itu lagi.POV BAYU
Setelah Ibu masuk ke dapur aku menghelus nafas dengan lembut
"Lana sedarlah aku tahu kau kuat bangunlah ya."
Aku lihat gadis manusia yang aku selamatkan dari Langsuir itu 3 hari lepas keadaan masih sama masih terbaring kaku. Mengapakah perkara ini boleh berlaku bagaimana langsuir itu boleh tahu akan keberadaan Alana?
Ah... itu tak penting sekarang ni aku hanya mengharapkan Alana dapat sedarkan diri.30 MINIT
"Bayu... Ibu dah buat ubat untuk Alana tolong angkat sikit badannya supaya senang sikit untuk Ibu beri ubat." Kata wanita yang dipanggil ibu itu.
"Baiklah ibu." Kata lelaki itu lalu menyandarkan tubuhku ke tubuhnya agar tubuhku kekal stabil.
Aku dapat merasakan ubat yang diberikan oleh wanita itu ia amat pahit sekali. Namun tubuhku terlalu lemah untuk berkata- kata lalu aku pun meminum ubat tersebut.
"Nak ayuh kita keluar biarkan dia rehat ya... Kata wanita itu.
"Baiklah Ibu Bayu pergi ke rumah Pak Andak dulu ya nak menghantar kayu."
"Pergilah jangan bimbang ya Alana pasti akan baik-baik sahaja Ibu ada disini untuk menjaganya. Kata wanita itu.
"Baiklah Ibu Bayu pergi dulu ya bu." Kata lelaki itu.Setelah wanita tadi pergi aku pun dengan perlahan-lahan mencelikkan mata. Sinaran sang Suria menyilaukan pandanganku aku cuba untuk mengamati keadaan sekeliling.
Rumah kayu yang sederhana besar, perabot lama yang tersusun rapi di setiap sudut. Namun ia mengudang tanda tanya kepadaku kerana kebanyakkan perabot tersebut seperti perabot lama. Seperti perabot zaman 50 an hingga 60 an, meja yang ada di bilik ini mempunyai ukiran yang halus dan indah begitu juga bilik yang ku diami ini yang mempunyai ukiran bercirikan tradisional."Aku kat mane ni peliklah nape aku rasa macam aku 'time travel' je. Barang semua barang lama kat tempat ni" Desisku.
"Aku cedera teruk ke smpai kepala pun kena balut badan aku pun ada kesan luka." Monologku sambil mengamati beberapa lukaku serta memegang kepalaku yang sudah dibaluti dengan kain.
"Ah. Syukurlah kamu sudah sedar nak Ibu risau luka kamu teruk tapi syukurlah kamu sudah bangun nak..." Kata satu suara wanita yang menyapaku."Bagaimana nak? Sudah pasti anak rasa lebih baik sekarang... Kata wanita itu dengan senyuman yang manis.
Aku tidak berkata apa-apa aku sibuk mengamati wanita yang sudah ada di hadapanku sekarang.
"Apa kau baik-baik saja nak kepalamu masih sakit ya? Ayuh Ibu letakkan ubat ya?
"Ibu?" Kataku sambil memandang wanita itu.
Wanita itu kelihatan sangat cantik di mataku. Wanita itu mengenakan solekan yang lembut dengan baju ala-ala kebaya lalu rambut yang disanggul dia kelihatan Anggun sekali aku befikir umurnya mungkin antara pertengahan 30 an atau 40 an.
"Namaku Melur semua panggil aku bu Melur tapi kamu panggil Ibu sahajalah ya nak?" Kata wanita itu.
Aku hanya menganggukkan kepalaku sambil tersenyum kecil ke arahnya sebagai tanda hormat.
" Anak pasti lapar Ibu ada masak bubur ayam anak makan ya sudah tiga hari anak tidak sedarkan diri." Kata wanita itu.
" 3 hari saya tidak sedarkan diri makcik? Teruk sangat ke keadaan saya?" Tanyaku.
"Anak Ibu yang tolong bawa kamu ke rumah masa makcik pertama kali nampak kamu banyak kesan luka kat badan kamu darah dekat kepala pun keluar banyak.
"Anak makcik?" Tanyaku lagi.
" Panggil saja Ibu ya nak?" Kata Ibu dengan intonasi yang lembut sambil sibuk membersihkan lukaku.
"Baik Ibu." Kataku dengan patuh.
Ibu tersenyum lalu berkata "Anak Ibu namanya Bayu, Bayu ialah seorang yang penyayang dia sentiasa suka untuk menolong orang yang berada dalam kesusahan." Kata Ibu lagi.
Aku diam lalu berkata "Ibu terima kasih ya kerana sanggup menjaga Alana hingga sembuh terima kasih sngat-sangat." Kataku ikhlas.
"Sudah menjadi tanggungjawab Ibu untuk merawat kamu yang sedang sakit." Kata Ibu sambil mengusap usapkan rambutku dengan kasih sayang.
"Pasti kamu lapar Ibu masak bubur ayam dulu ya." Kata Ibu sambil menuju ke arah dapur.PETANG
Aku sedang berehat di bilik, Ketika aku hendak membantudi dapur Ibu melarangku dan menyuruhku untuk berehat sahaja di dalam bilik.
Aku tersedar dari lamunanku kerana pintuku telah dikuak. Muncul seorang lelaki yang agak tinggi serta kacak yang memerhatiku dengan lembut. Dia masuk ke kamarku lalu duduk di birai katil. Dia tetap diam namun matanya tidak berhenti memerhatikanku.
"Kenapa ada yang tak kena ke?" Tanyaku pelik.
"Aku cuma gembira kau sudah sedar aku risau luka kau jadi teruk." Katanya sambil memegang balutan kepalaku.
Aku segera melarikan kepalakku setelah sudah dua seminit dia meniliti kesan kecederaanku. Dia berkata "Macam mana langsuir itu boleh kejar kau?"
Aku mengingat kembali peristiwa ngeri tersebut lalu aku menangis teresak -esak di hadapannya.
"Eh Alana maaf aku tidak bermaksud mahu menyinggung perasaanmu janganlah nagis."Kata lelaki itu sambil memeluku.
"Macam mana kau tau nama aku." Kataku takut-takut.
"Aku dengar orang terdekatmu memanggilmu dengan nama itu. Katanya jujur.
"Oh... kau ni sebenarnya stalker kan?" Kataku sangsi.
"Hah apa tu sta... apa aku tidak mengerti." Katanya bingung.
"Hmm... susahlah nak cakap dengan kau ni semua tak faham. Kataku malas.
"Maaf aku tidak tahu." Katanya perlahan.Setelah beberapa minit kami berdiam diri aku bersuara "Hmm nama kau siapa aku saja nak tahu rasa macam biadap pula saya panggil kau je."
"Namaku Andika Bayu Purnama tapi kau boleh panggil aku Bayu atau apa-apa saja yang kau mahu." Katanya seraya tersenyum.
"Bayu... Indah sekali nama itu. Kataku ikhlas.
"Sekarang aku boleh panggil kau Lana kan? Mesra sikit." Kata Bayu sambil tersenyum manis ke arahku.
Dupp... Aku dapat merasakan dengupan jantungku yang yang laju. Senyuman Bayu amat manis sekali, dia mempunyai lesung pipit di kedua-dua pipinya memiliki bentuk muka yang asimetri. Aku beralih untuk melihat matanya yang bundar serta bulu matanya yang agak lentik. Bibirnya juga merah merekah dan mempunyai hidung yang mancung Aku kagum dengan kesempurnaan wajah yang dimilikinya.
"Lana kenapa ni Bayu ada salah cakap apa-apa?" Tanya Bayu dengan prihatin
"Eh tak mana ada." Sangkalku malu
Dia nampak aku tengok muka dia lama-lama ke eeee malunya habislah mesti dia fikir yang bukan-bukan.
"Lana marah Bayu ya ?" Tanyanya sebagai kepastian.
"Eh... Tak saya tak marah awaklah saya cuma mungkin pening sikit je." Dalihku
"Oh... Lana rehatlah dulu ya nanti bila makanan siap bayu akan bangunkan ya." Kata Bayu lembut sambil menyelimut badanku lalu berdiri
"Bayu..." Panggilku.
"Hmmm..." Katanya lembut
"Terima kasih sebab selamatkan saya." Kataku perlahan.
Bayu tersenyum lalu berkata "Sudah jadi tanggungjawabku untuk melindungimu." Sesudah itu pintu pun tertutup dan aku pun tidur kembali.END OF PART 6
Hi guys author here sorry kalau selalu lambat update saya akan cuba untuk update 1 part dalam seminggu. So ok ka jalan cerita kalau ada apa-apa pendapat tulis di comment ya K byee...
YOU ARE READING
LELAKI DARI ALAM MIMPI (SLOW UPDATE )
TerrorSehingga sekarang aku tidak mengenali jejaka itu hanya paras rupanya yang tampan yang membuat aku mengingatinya, Aku tidak tahu siapa namanya dia menyimpan bnyk misteri adakah dia ada dlm dunia ini atau sebaliknya? Apakah jejaka tampan yang dikenal...