🎈 PERTEMUAN RAKAN LAMA🎈

56 0 0
                                    

"WAAAAAH!!" Teriak seseorang yang tiba muncul di belakang kami
"AHHH!!" Teriakku.
Pantas Aku dan Mira menoleh untuk melihat siapakah yang memeranjatkan kami tadi.
"SALLY!!!" Aku pantas berdiri lalu memeluk Sally dengan erat.
"Awww... Lana I've miss you too." ( Awww...saya rindukan awak juga Lana) Kata Sally sambil membalas pelukanku.

Aku dan Sally merupakan rakan sekelas Sally merupakan seorang yang aktif dalam bidang sukan Sally pernah menjurai beberapa acara balapan ketika di sekolah dahulu dia memang hebat dalam acara-acara sukan.

Kami semua yang ada di rumah penginapan ini merupakan bekas tingkatan 5 Sekolah Menegah Kebangsaan Bunga Raya. Sudah 3 bulan kami tamat sekolah maka ketua kelas kami Isabella atau lebih suka digelar Bella mencadangkan kami membuat pertemuan di Rumah Penginapan Mawar Putih ini selama 3 hari 2 malam.

Tidak lama kemudian, datang seseorang gadis yang berambut keperangan lalu berkata "Hai guys long time no see. Rindulah kat korang."
" Omg Fifi!! Hai sis lama tak jumpa. Ah rindulah..." Kataku sambil belari anak ke arah Fifi lalu memeluknya.
"Syukurlah dengan adanya reunion ni bolelah kita spend time sama-sama macam kat sekolah dulu." Kata Fifi seraya tersenyum.

Setelah itu kami pun terlihat sebahagian rakan sekelas kami mula sampai ke rumah penginapan ini. Kebanyakkan daripada mereka sudah berubah ada sudah yang mewarnakan rambut dan ada juga yang sudah menukar stail pakaian mereka. Aku tidak kesah akan semua itu yang penting kami semua dapat meluangkan masa bersama sebelum masing-masing membawa haluan sendiri.

Namun aku tidak dapat melupakan perbualan aku dengan Mira tadi pokok buluh tu ke tempat masuk ke alam bunian? Macam mana rupa dunia mereka? Bolehkah aku berkomunikasi dengan mereka? Semua persoalan itu berputar ligat dalam benakku. Sekali lagi aku melihat pokok buluh itu aku amat tertarik kepada pokok itu entah mengapa aku tidak boleh melarikan pandanganku. Aku terus melihat ke arah pokok itu dengan penuh keminatan.

"Wei dahla tu tak payah kau tengok pokok tu lagi. Kau nak ke masuk ke dunia diorang?" Gurau Mira.
"Eihh kau ni kan tak boleh ke kau jaga mulut kau tu sikit jangan cakap sembaranganlah dahla kita kat hutan aku takut ni." Kata Lana
"Alah main-main pun tak boleh. Meh kita angkat beg ke bilik tidur Bella dah bagi kunci blik kita share bilik tu dengan Fifi,Eve,Lisa dan Kayla." Sambung Mira.
"Diorang tak sampai lagi kan? Kecuali Fifi." Kataku lagi.
"Haah Lisa dan Kayla sampai jam 3 nanti sekarang baru pukul 1." Kata Mira sambil mengerling jam tanganya.
"Eve?" Tanyaku.
"Ah Eve tu jangan haraplah dia tak datang harini esok baru dia datang tak ada kenderaan katanya. Dia takde text kau ke?" Tanya Mira
"Aku belum check fon akulah nantilah malas aku nak ambil kat bilik."Tambahku.
"Heih pemalas lah kau ni.Meh lah kita jumpa kawan-kawan lain lama tak jumpa diorang."
"Ok." Kataku ringkas.

6.30 PETANG
DI DAPUR

Aku sedang memotong bawang yang untuk memasak makan malam nanti Bella pula menjadi chef kami intuk malam ini dengan dibantu oleh Fifi dan Fifi yang sedang menumis sos spagheti di dalam sebuah kuali. Aromanya membuatku
"Sabarlah Lana sebentar lagi siaplah makanan yang dimasak tu." Kataku pada diri sendiri.

Aku melihat Jonathan rakan ku masih sibuk memotong ayam untuk digoreng menjadi ayam goreng nanti. Aku mendekatinya "Atan aku tolong kau potong ayam tu nak?"
"Eh Lana boleh. Nah kau potong la ayam ni potong elok-elok tau." Katanya kepadaku.
"Aku tahula kau jangan risau mesti boleh punya." Kataku dengan yakin.
Aku mencapai pisau lalu berusaha untuk memotong beberapa ketul ayam di hadapanku namun susah bagiku untuk memotongnya kerana ayam tu sangat keras.
"Wei kau reti ke tak potong ayam ni? Aduh tengoklah ayam tu dah hancur AHAHAHAHA..." Kata Atan sambil tertawa terbahak-bahak.
"EH...Kau tolong lah aku keras lah tulang ni tulah susah nak potong". Kataku dengan nada geram.
"Yang kau pergi potong tulang tu kenapa. Kau kena potong urat ayam tu kalau kau potong tulang sampai lusa pun belum tentu berjaya AHAHAHAHAH..." Kata Atan sambil ketawa.
"Jadi aku nak potong kat mana?urat pun aku tak nampak."
"Bak sini pisau tu." Katanya dengan ketawa yang masih tersisa
"Nah ambilah." Kataku lagi
"Macam ni nampak tak kulit yang menghubungkan tulang ayam tu kat sana la kau potong bukan kat tulangnya faham?" Soalnya.
Ooooooh.... Faham. Faham." Kataku sambil mengangukkan kepala.
"Dahla bagi aku buat kalau kau yang potong hancur semua ayam ni."
Aku hanya tersenyum seperti kerang busuk kepadanya.

7.10 Malam di meja makan

Setelah selesai mandi aku segera mengenakan pakaian dan belari ke arah meja makan.Spagheti carbonara serta ayam goreng dan beberapa lauk lain telah terhidang di atas meja aku segera mengambil tempat duduk berdekatan dengan Mira. Kami membaca doa mengikut kepercayaan masing-masing. Setelah selesai
kami semua pun makan sambil bercerita tentang masa-masa persekolahan kami. Aku rindu akan memori silam dengan rakan-rakanku.

Flashback

SEKOLAH MENEGAH KEBANGSAAN BUNGA RAYA

SELEPAS KERTAS TERAKHIR SPM

"Ok memndangkan kita dah last day kat sini jom kita buat video kenangan nak tak?"
"Aku on jer sekurang-kurangnya ada video kenangan untuk kita." Kata Fifi.
"Haah...Aku pun setuju ngan kau Mira bagus idea kau tu."
"Lana and Kayla do you guys agree?" Soal Mira
"Boleh jomlah buat." Kataku dan Kayla serentak.
Lalu kami pergi pun ke kelas untuk membuat beberapa video. Kami meletakkan kamera di salah sebuah meja menghala ke papan tulis aku berdiri sebelah Kayla diikuti dengan Eve dan Mira. "SELAMAT TINGGAL SEKOLAHKU BUNGA RAYA!!" Ucap kami berlima. Ingin sekali aku ingin kembali ke masa itu namun masa tidak menunggu sesiapa masa akan terus berjalan tanpa henti dan kita harus teruskan hidup.

BALIK KE DUNIA REALITI
8.30 Malam

Kami semua pun sudah selesai makan dan aktiviti seterusnya dalam agenda ialah karoke. Aku tidak berani menyanyi memandangkan hari sudah lewat malam dan dikelilingi hutan aku mengambil keputusan untuk menjadi penonton sahaja. Selapas 30 minit aku meminta Kayla untuk menemaniku ke tandas.Tandas tu tak lah jauh sangat cuma gelap dan aku ni jenis orang yang takut akan gelap.
"Lana aku tunggu kau kat depan pintu tau. Taklah kau takut nanti. Aku pun takut tinggalkan kau sorang-sorang." Kata Kayla di luar pintu."
"Haah... Jangan tinggal aku tau. Aku takut ni." Balasku.
Selepas beberapa mnit aku membuka pintu dan aku tidak melihat kelibat Kayla di mana-mana.
"Kayla..mana kau." Bisiku
Aku sudah mula takut pada waktu itu. Aku memberanikan diri keluar daripada tandas. "Eh... mana semua orang?" Aku berjeda.
Semua rakan-rakanku termasuklah Mira dan Fifi hilang hanya lampu yang menjadi temanku ketika ini.

Aku mencari mereka ke seluruh tempat termasuklah semua bilik tidur yang ada di situ tapi hampa hanya aku seorang saja ada di sini.
Setelah penat mencari aku pun duduk di anjung rumah tersebut. Alangkah terkejutnya aku bila aku melihat satu sosok tubuh seperti manusia berdiri betul-betul di bawah pokok buluh besar itu. Aku dapat melihat sosok itu merupakan sosok lelaki memakai pakaian putih memandang tepat ke arahku. Aku rasa sangat takut kakiku bergetar lalu cepat aku lari ke kamarku dan cepat-cepat tutup serta mengunci pintu. Aku segera naik
ke katil dan menarik selimut hingga menutupi mukaku aku mula membaca doa untuk memohon perlindungan daripada Tuhan sambil menyembunyikan diri di bawah selimut. Tidak lama kemudian aku terdengar derapan tapak kaki seseorang menghampiri pintu aku terlalu takut sehingga peluh sejuk merenek ke dahiku.

TOK...TOK...TOK

"Alah dia main ketuk pintu la pulak." Desisku dalam hati.
Aku sudah ingin menagis pada waktu itu.

TOK...TOK...TOK

Aku memberanikan diri dengan berkata "Jangan kau ganggu aku. Aku tidak ganggu kau. Tolonglah balik ke tempat asal kau."
Setelah ketukan itu tidak lagi kedengaran aku memberanikan diri untuk membuka pintu. Selepas membuka pintu aku terlihat bunga putih saiz kecil yang aku tidak tahu namanya. Lalu aku mengutip bunga tersebut dan tiba-tiba aku terbangun dari tidurku aku memerhati sekeliling dan melihat teman-teman sebiliku sudah tidur. Dan tempat karaoke yang tadinya terang-benderang pun sudah gelap gelita yang lebih mengejutkan lagi bunga putih yang aku ambil dalam mimpiku itu ada di tanganku. Aku sangat takut lalu aku membuang bunga itu di tingkap. Walaupun baru sahaja terjaga daripada tidur aku berasa sangat penat lalu aku mengambil keputusan untuk melupakan perkara tadi dan kembali menyambung tidurku.

END OF PART 2
ok this time cerita agak panjang sorry guys
Ps kalau takut jangan baca malam-malam🤣

K baiiii

LELAKI DARI ALAM MIMPI (SLOW UPDATE )Where stories live. Discover now