MIMPI NGERI

37 0 0
                                    

DI RUMAH
5 MEI 2021
RABU
9 PAGI

"Heih bosanlah sendiri kat rumah ni."Kata Lana bosan.
Selepas 3 hari daripada percutian di rumah penginapan Mawar Putih aku pun pulang ke rumah. Ayah sudah pun berangkat ke kerja 8 Pagi tadi ke Perak. Aku pula akan duduk sendiri dalam rumah selama seminggu kerana ayahnya sibuk dengan urusan photoshoot di sana.

Tidak lama kemudian, handphone aku pun berbunyi aku melihat nama Eve yang tertera
Aku menyambut lalu berkata "Hello... Eve kenapa?"
"Wei Lana bosan la kat rumah jom keluar kita ajak Mira sekali ok?" Kata Eve.
"Nasib kau call aku tau. Aku pun tengah bosan ni ok kita keluar jam 11 nanti. " Sambungku.
"Ok aku ambik korang jam 10.30 nanti byee. Kata Eve sambil tertawa di hujung talian.
"Byee." Balasku.
Aku pun segera mencapai tuala mandiku dan masuk ke bilik air untuk membersihkan diri.

DALAM KERETA EVE

" wei korang kita gi Sunway Piramid nak tak?" Kata Eve sambil fokus dengan pemanduannya.
"Aku on jer yang penting kita dapat spend time sama-sama kan Lana kan."
Kata Mira girang.
"Haah... Aku pun on jers. Kataku lagi.

Kami bertiga bersama menyanyi lagu yang didendangkan oleh radio dengan penuh kegembiraan dari lagu Blackpink
sehinggalah lagu Olivia Rodrigo. Aku melihat kedua sahabat karibku yang sedang tersenyum dan tertawa aku gembira bila mereka gembira begitu juga sebaliknya. Aku harap persahabatan kami ini kekal sehingga seumur hidup.

DI RUMAH

Aku baru sahaja balik ke rumah jam menunjukkan 5: 30 Petang. Aku mehenyakkan punggungku di atas sofa ruang tamu dan mengambil alat kawalan jauh di atas meja. Aku menghidupkan televisyen untuk mencari siaran yang menarik namun tiada program yang mebarik minatku. Aku mematikan semula televisyen dan bangun untuk membersihkan diri.

6 : 10 PETANG

"Hmm... Nak makan apa ya malam ni malaslah nak masak nasi. Aku makan maggi je la." Gumamku sendiri.

Kalau ayah tahu aku makan maggi jer pasti dah kena leter ayahku A.K.A Encik Barry tak suka kalau aku makan maggi. Bila ditanya dia pasti akan kata "Rambut kamu boleh gugur kalau makan maggi selalu makanlah nasi lagi kenyang." Aku selalu hanya mengiakan tetapi apa bila ayah tak ada di rumah aku cepat-cepat masak maggi sebab teringin sangat nak makan. Lamunanku mati setelah kulihat maggi hampir siap dimasak setelah aku hidang aku melahap maggi tersebut dengan penuh nikmat sehingga bersih dan licin pinggan dibuatku.

10 MALAM

Aku membaca doa sebelum tidur lalu setelah beberapa minit aku pun terlelap.

Dalam Mimpi

Aku bangun dari tidur kerana tiba-tiba aku rasa nak terkuncil. Lalu aku cuba membangunkan Kayla untuk memintanya menemaniku pergi ke tandas. Namun perkara tidak terduga terjadi apabila aku ingin menyentuh tangan Kayla tanganku terus tembus ke tangan Kayla. Aku terkejut kenapa boleh jadi begini aku pergi ke arah Eve dan aku cuba untuk membangunkannya namun sia-sia aku tidak boleh menyentuhnya.

Aku keluar dari kamar lalu aku melihat sesuatu yang aneh di anjung rumah tersebut aku melihat susuk tubuh yang memakai pakaian labuh bewarna putih dengan rambut yang mengerbang. Aku melihatnya dari belakang lembaga itu seperti sedang melahap sesuatu yang sedang berdarah-darah. Tidak lama selepas itu lembaga itu berhenti melahap daging yang ada di tanganya lalu memaling ke arahku dengan lirik mata yang terbeliak. Lembaga itu ialah seekor langsuir.

"Wei benda tu nampak aku matilah aku matilah..."Gumamku.
HEHEHE... Ada manusia di sini aku tidak keseorangan..." Kata Langsuir itu sambil tersenyum seram ke arahku.
Aku cuba untuk melarikan diri namun langsuir itu cepat menangkapku lalu membawa aku terbang tinggi ke sesuatu kawasan hutan.

Aku berasa sangat takut aku berteriak meminta tolong namun seperti aku dan Langsuir itu sahaja yang ada ketika itu.
"HEHEH... JERITLAH SEKUAT HATI WAHAI MANUSIA KAU KENA TAHU TAK ADA SESIAPA AKAN MENOLONG INSAN YANG LEMAH SEPERTI KAU!!" Teriak Langsuir itu.
"Tolong lepaskan saya!! Saya tidak menggganggu kamu tolonglah!!" Teriakku lagi.
" HEHEHE...Baiklah aku lepaskan kau larilah jauh-jauh sebelum aku makan hati kau!! HEHEH..." Kata Langsuir itu sambil mengilai. Lalu Langsuir itu membuangku dari tempat yang tinggi dan aku jatuh di atas timbunan daun kering dan mengalami luka-luka kecil.
Namun kepalaku terkena batu yang tajam dan aku dapat merasakan darahku merenik mengalir di kepalaku.
Setelah itu aku mendengar ketawa ngilai Langsuir itu.
"HEHEHE... MANUSIA BODOH!!! KAU MEMANG LEMAH BARU AKU CUIT SIKIT DAH MACAM NAK MATI!! HEHEH... KAU KALAU AKU MAKAN PASTI SEDAP SUDAH LAMA AKU MENGINGINKAN DAGING MANUSIA TAK SANGKA HARI NI HARI BERTUAH AKU HEHEHE...." Kata Langsuir itu.
"WAHAI LANGSUIR LEPASKAN PEREMPUAN ITU KALAU TIDAK KAU AKU BUNUH!!" Teriak satu suara garau
Langsuir itu terus menderam dan menoleh ke arah suara tadi.
"USAH KAU IKUT CAMPUR URUSANKU!! PEREMPUAN INI AKAN AKU MAKAN HATINYA DAN AKU BOLEH JADI MUDA SELAMA 1000 TAHUN HHEHEHEH..." Kata Langsuir itu.
"TIDAK GADIS INI SUDAH MENJADI MILIKKU JANGAN KAU BERANI BUNUH DIA!!" Kata lelaki itu lagi
"Eh lelaki ni gila ke pandai-pandai je dia cop aku miliknya dia fikir aku ni barang ke? Tapi tak apa yang penting ada orang selamatkan aku dari Langsuir ni." Desisku dalam hati.
"DASAR LELAKI BEDEBAH AKU AKAN HABISKAN KAU!!" Kata Langsuir itu dengan marah.
Langsuir itu menerpa ke arah lelaki itu namun serangan Langsuir itu dapat dielakkan lelaki tadi. Lelaki itu lalu menendang Langsuir itu tetapi seranganya dielak oleh Langsuir itu. Langsuir itu terbang di atas pokok lalu berkata "AKU AKAN BERUNDUR NAMUN INGAT!! KALAU DIA MASIH DIA ALAM INI AKU AKAN TERUS MEMBURUNYA... HEHEHE.."
"Apa maksud Langsuir itu alam ini? Aku kat alam lain ke?" Tapi oleh kerana kepalaku rasa perit aku hanya mampu terbaring lemah.
Langsuir itu tadi pun sudah terbang dan hilang disebalik rimbunan-rimbunan pokok.
Dengan tiba-tiba aku merasakan tubuhku dicempung oleh seseorang.
"Maafkan aku kerana terlambat bertahanlah aku akan membawamu ke rumahku. Ibu aku pasti akan boleh ubatkan kau."
"Kepala... sakit..." Kataku dalam keadaan kesakitan.
"Tunggu aku akan balut kepala kau dulu."
Katanya sambil menanggalkan bajunya untuk membaluti kepalaku.
Aku berasa ingin pengsan kerana kepalaku telah banyak mengeluarkan darah.
"Eh... Lana jangan tidur bangun bertahanlah kita sudah mahu sampai." Katanya dengan suara risau. Aku sedaya upaya cuba untuk kekal sedarkan diri namun gagal perlahan- lahan aku merasakan mataku ringan dan terus gelap. Suara terakhir yang aku dengar ialah suara lelaki itu.
"Eh...Eh Lana sedarlah kita sudah mahu sampai sedarlah." Kata lelaki itu dengan suara yang lirih. Namun  aku sangsi bagaimana  lelaki  ini mengetahui namaku aku tak pernah pun berjumpa dengannya.

END OF PART 5

Sorry lama tidak update sibuk ada banyak assignment. Jadi ok ka story ni kalau mau lagi sa akan post lagi pada masa terdekat k byeee...

LELAKI DARI ALAM MIMPI (SLOW UPDATE )Where stories live. Discover now