Bab 12

3.2K 153 2
                                    

Assalamualaikum w.b.t dan selamat membaca!

Love,

_blackpearl_88

●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●

ARIANA'S POV

Sudah seminggu berlalu sejak majlis pertunangan itu berlangsung. Dan dalam seminggu itu jugalah Maria merajuk dengan aku. Naik pening kepala aku berfikir macam mana nak pujuk dia.

"Mar, kau masih marah aku ke? Alaa...sorrylah.." Maria merajuk dengan aku sebab selama ni berahsia dekat dia tentang hubungan aku dengan CEO Syarikat Megah Bersama Holdings a.k.a. Harris Hashim Datuk Kamarul Azman.

Masih terbayang lagi riak terkejut Maria dengan rakan sepejabatku yang lain apabila Datuk Kamarul sendiri yang datang ke ofis untuk mengumumkan majlis pertunangan kami dan menjemput setiap staf syarikat untuk hadir ke majlis itu. Sejak hari itu, Maria sudah berjauh hati dengan aku namun masih tetap hadir ke majlis pertunangan aku dengan Harris.

Tika ini, Maria masih diam membisu setiap kali aku ingin memujuknya.

"Mar, kau nak aku buat apa untuk pujuk kau? Aku beri kau coklat Hershey's fevret kau, bukan main lagi kau tolak. Kau tau tak aku order khas untuk kau dari Labuan?" Aku mengeluh sambil menggoyangkan tubuhnya untuk mendapatkan perhatian. Tapi dia masih diam seperti tadi.

"Mar...." Aku memanggilnya dengan nada merayu. Kali ini Maria memandang tepat ke wajahku dengan wajah masamnya. Tidak lama kemudian, wajah masamnya bertukar menjadi lembut. Dengan melepaskan keluhan kecil, Maria menyandarkan kepala di kerusi kerjanya.

"Yana, aku bukan nak kau pujuk aku. I'm not an attention seeker okay? Aku cuma kecewa dengan kau.. kita kawan dah lama tapi kenapa kau tak share dengan aku hal ni? Kau tahu tak betapa terkejutnya aku bila dapat tahu kau akan bertunang dengan Encik Harris? Aku rasa macam aku ni bukan kawan kau bila kau buat aku macam tu." Maria menjuihkan bibirnya sambil mengerutkan dahi menunjukkan tanda protes. Aku gelak kecil melihat aksi cute dia ni.

"Kau gelakkan aku, Yana?" Marah Maria sambil menampar lembut tanganku yang kini sedang memegang tangannya.

"Eh tak, tak. Aku tak gelakkan kau. Aku cuma rasa senang je dapat kawan macam kau. Dahlah cantik, baik pula tuu cuma susah sikit nak pujuk kalau dah merajuk." Aku tersengih dengan ayat terakhir aku sebentar tadi. Maria hanya menjeling tajam ke arahku namun, aku dapat lihat segaris senyuman kecil di wajahnya. Nampaknya plan aku dah berjaya!

"Yana... aku kecewa sebab aku tak ada bersama kau waktu kau sedih." Luahan Maria sedikit sebanyak membuat aku terperanjat.

Seolah memahami aku, Maria menyambung.

"Aku tahu kau tak bahagia dengan semua ni. Aku dapat baca wajah kau Yana. Riak kau selama ini yang sugul dapat aku kesan cuma aku tak tahu puncanya. Selepas dapat tahu kau akan bertunang dengan Encik Harris haritu, barulah aku tahu kenapa selama ni kau seolah-olah pendam sesuatu dari aku. Bila aku tanya, ada sahaja alasan kau nak mengelak. Kenapa Yana? Kau tak percayakan aku ke?" Sebak si Maria meluah. Aku yang dengar ni pun naik serba salah jadinya.

"Bukan macam tu Mar, aku cuma..aku fikir perkara ni is not a big deal. So, aku rasa aku boleh hadapi sendirian. Bukan aku tak percaya kau, Maria sebaliknya kaulah orang yang paling aku percaya..cuma aku tak nak bebankan kau dengan hal aku ni. Pada mulanya memang aku tak bahagia tapi lama-kelamaan aku rasa aku dah boleh terima semua ini. InsyaAllah aku mampu hadapi semua ini, Maria. Aku hanya nak kau sentiasa support aku and be there for me when I need you the most."

Andai Itu TakdirkuWhere stories live. Discover now