HARRIS' POV
Segalanya berjalan dengan lancar. Mujur Ariana tidak banyak cerewet dengan persiapan majlis perkahwinan kami. Sejak kebelakangan ini aku asyik call dia nak tanya itu ini pasal perkahwinan kitorang. Ceh.. sebenarnya aku asyik call sebab aku asyik rindu kat dia. Kekeke. Saja jerr cari alasan nak call.
Segala yang dicadangkan, dia hanya setuju jer. Dalam diam, aku terasa hati juga dengan Ariana. Dia macam tak ada hati nak berkahwin dengan aku. Macam aku sorang ja yang nak kahwin.
Amboi Harris, ingat sikit eh siapa yang paksa siapa untuk kahwin.
Kepala aku gelengkan. Kalau perempuan lain, mesti dorang yang akan uruskan perkahwinan ni dari A sampai Z. Maklumlah nak perfect wedding ever dengan aku, jutawan era globalisasi ini.
Itulah yang membezakan Ariana Syuhadah dengan perempuan lain, Yis. Dan sebab dia berbeza itulah kau jatuh sayang kat dia. Betul tak?
Kali ni aku hanya mengangguk mengiakan kata otakku. Memang aku jatuh sayang dekat dia sebab dia sangat berbeza dengan perempuan yang pernah aku kenali. Mereka hanya inginkan harta dan reputasi aku. Tapi Ariana? Dia memang benci aku sejak dia tak tahu yang aku ni sebenarnya seorang anak kepada pemilik Syarikat Megah Bersama Holdings. Selepas dia tahu pun, dia tetap membenci aku.
Apa korang rasa bila cinta korang bertepuk sebelah tangan? Sakit? Pedih? Ouch! Aku pun rasa benda yang sama.
Aku menekan butang lif untuk naik ke atas. Sambil menunggu, aku kembali memikirkan majlis perkahwinan aku nanti. Biasanya pengantin perempuan yang sibuk fikir pasal majlis perkahwinan. Tapi ni? Terbalik pulak. Tak patut..tak patut.. eh patut.. patut.. nanti kalau tak patut, tak jadilah aku kahwin dengan Yana. Kekeke.
"Yana? Rasanya Yana ada dengan Idham tadi. Oh lupa! We are going to work overtime till midnight if I'm not mistaken. Sebab deadline projek kitorang dah nak dekat." Tiba-tiba muncul Maria entah dari mana. Dia turut menunggu lif sama seperti aku. Menyerap darah aku dengar Yana ada bersama Idham. Wait what? Diorang nak stay up sampai tengah malam nak buat kerja? Tak boleh jadi ni!
Maria tersedar akan kehadiranku lalu melemparkan senyumannya dan tunduk hormat sebelum menyambung perbualannya dengan siapa entah dekat talian tu. Aku membalas senyumannya dan mengangguk kemudian cuba focus mendengar perbualan Maria.
"Oh kalau macamtu memang sahlah Yana matikan telefon dia. Dia merungut kalau dia tak matikan phone dia, nanti ada buaya sesat asyik call dia. Takut ganggu kerja dia katanya." Pang! Buaya sesat? Dia maksudkan aku ke? Dia maksudkan aku kan? Nanti kau, Yana.
Ledakan tawa Maria tambah menjengkelkan aku. Aku segera beredar dari sana dan mengambil keputusan untuk menaiki tangga. Daripada sakit hati dengar diorang kutuk aku? Walaupun sebenarnya Maria tak tahu buaya sesat yang dimaksudkan Yana itu adalah aku, tapi aku tetap terasa hati. Hati siapa tak terasa oi kalau tunang sendiri kutuk kau. Hmm!
ARIANA'S POV
"Idham, saya nak pergi beli Coffee Latte kejap. Awak ada nak pesan apa-apa tak?" ujarku selepas sehari suntuk menyiapkan kerja. Malam ni kena kerja overtime sebab deadline untuk projek kitorang dah makin hampir. Aku mengurut perlahan leherku yang lenguh.
"Nak saya temankan tak?" kata Idham sambal matanya masih fokus terhadap skrin monitor komputernya.
"eh, takpelah. Saya pergi sendiri. Lagipun kejap lagi Maria nak masuk dah nanti dia tercengak sorang kat ofis ni naya kita kena leter." Ujarku separuh ketawa mengenangkan sikap Maria yang pantang tinggal sorang-sorang kat dalam ofis.
"ya tak ya juga kan. Kalau macamtu, saya nak pesan..." Idham matikan kata-katanya. Sementara aku pula menunggu pesanan dari Idham sambil menjongketkan kening.

ANDA SEDANG MEMBACA
Andai Itu Takdirku
RomanceCerita Melayu mengisahkan tentang Ariana yang tidak pernah merasai cinta daripada seorang lelaki. Berlainan pula dengan Harris yang hidupnya dikelilingi dengan perempuan dan sentiasa mendapat apa yang dia inginkan. Jika Allah menakdirkan kedua insan...