HARRIS'S POV
"Morning pa! Morning ma!" Aku menyapa papa dan mama yang sedang menikmati sarapan pagi.
Kelihatan papa sedang membaca surat khabar sambil mengunyah roti bakar sementara mama pula sedang menikmati nasi lemak yang dibuat oleh Bik Timah.
Aku duduk bersebelahan dengan papa dan berhadapan dengan mama. Aku mencapai roti bakar di hadapanku dan menyapu jem strawberi ke atasnya.
"Morning yis." Papa membalas sapaan ku sementara mama pula hanya melemparkan senyuman.
"Papa tak kerja ke hari ni?" Aku memulakan perbualan pagi ini.
"Kejap lagi papa pergilah ni." Papa meletakkan surat khabar tersebut di sebelahnya dan mnegalihkan pandangannya terhadapku. Tepat.
Aku dapat rasakan ada sesuatu yang ingin papa sampaikan. Hilang seleraku untuk makan.
"Yis.." Papa mulakan.
"Ya, pa." Aku menjawab.
"Papa rasa sudah tiba masanya yis mula belajar selok belok perniagaan syarikat tu." Papa menyambung semula.
Aku memandang sepi roti bakar di hadapanku. Berfikir sejenak. Mencari alasan kukuh untuk mengelak daripada bersetuju dengan permintaan papa.
Seolah-olah memahami apa yang sedang difikirkan oleh papa, papa mula menyambung.
"Yis dah minta tempoh beberapa tahun lepas ambil degree. Papa dah bagi. Yis nak sambung master, papa dah bagi. Yis, papa rasa sudah tiba masanya yis ambil alih perniagaan ni."
Checkmate! Sudah tiada jalan lain untuk aku keluar dari cengkaman papa.
Dengan berat hati, aku akur dengan permintaan papa.
"Baiklah, pa. Yis akan mula bekerja di syarikat tu."
Papa tersenyum bangga dan mengangguk dengan jawapan ku. Agaknya papa berpuas hati selepas bertahun menanti aku untuk bekerja di syarikat Megah Bersama Holdings dan bersama-sama meluaskan lagi empayar syarikat itu.
Aku hanya membalas senyuman papa. Akur.
"Yis, hari ini kamu tak ke mana-mana kan?" Mama menukar topik.
Aku mengangguk dan menghirup kopi yang terhidang.
"Baguslah. Kamu temankan mama eh hari ni." Mama melihatku dengan matanya yang penuh harapan agar aku bersetuju menemankannya.
Aku mengangkat kening. "Nak ke mana ma?"
"Mama nak jalan-jalan ke 1 Borneo Hypermall tu. Nak cuci mata. Mama dah lama tak jalan-jalan semenjak dua menjak ni. Papa kamu ni, sibuk memanjang."
"Baiklah, ma." Aku hanya mengangguk sebelum menghirup sisa baki kopi di cawanku.
Mama tersenyum riang mendengar aku bersetuju untuk menemaninya dan mula mengemas meja makan. Papa kelihatan tersenyum sahaja.
"Abang bukan apa, pah. Tapi abang betul-betul tak ada masa terluang ni. Ni kejap lagi abang ada meeting dengan investor dari China. Nanti abang bawa pah melancong ke luar negara lepas yis ambil alih syarikat kita ni."
Mama hanya mengangguk sambil mengangkat pinggan mangkuk ke sinki. Bik Timah membantu mama mengemas meja makan dan mencuci pinggan.
Mama memang macam ni. Walaupun hidup serba mewah namun mama tidak pernah menganggap bahawa kerja rumah adalah tugas pembantu rumah semata-mata. Justeru, mama sebagai suri rumah sering menghabiskan masa dengan menanam bunga, memasak dan mengemas rumah. Papa dah banyak kali larang mama. Tapi mama tetap dengan pendiriannya. Mungkin mama rasa sunyi. Yelahh semua orang dalam rumah ni sibuk bekerja. Yang selalu ada di rumah ni hanyalah Bik Timah, pembantu rumah dan Pak Dolah, pemandu. Dan aku? Kerja aku asyik merayau. Lepak dengan kawan. Keluar dengan Kamelia. Kamelia? Ya Kamelia. Wanita yang berjaya menawan hatiku buat sekian lama.
YOU ARE READING
Andai Itu Takdirku
RomantizmCerita Melayu mengisahkan tentang Ariana yang tidak pernah merasai cinta daripada seorang lelaki. Berlainan pula dengan Harris yang hidupnya dikelilingi dengan perempuan dan sentiasa mendapat apa yang dia inginkan. Jika Allah menakdirkan kedua insan...