Assalamualaikum w.b.t dan selamat membaca! ^_^
Love,
_blackpearl_88
●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●
ARIANA'S POV
"Umi buat apa tu?" Aku menghampiri umiku yang berada di laman belakang rumah. Sebaik sahaja aku dekat dengannya, aku memeluk umi dari belakang. Manja.
"Umi tengah bersihkan pasu bunga ni haa." Aku melepaskan pelukan. Rindu ingin bermanja dengan umi.
"Yana tak kerja ke hari ni?" Umi menanyaku yang sedang melangkah ke arah kolam ikan.
"Kejap lagi yana gerak lah ni. Tapi hari ni yana tak banyak kerja sangat. Cuma kena tinjau site lepas tu buat survey sikit untuk majlis makan malam tu nanti." Aku berkata sambil menaburkan makanan ikan ke kolam tersebut.
"Hmm yana balik awal ya? Malam nanti kita ke rumah kawan abah kamu. Kita dijemput ke kenduri mereka."
"Insya-Allah, umi. Yana cuba untuk balik awal nanti." Aku menghadiahkan umi senyuman manisku. Umi hanya mengangguk. Masa untuk bekerja sudah tiba. Rasa bersalah pula tinggalkan umi bersendirian di rumah. Apa boleh buat.. aku kena tunaikan tanggungjawab ku terhadap career aku.
"Erm.. umi, yana nak kena gerak dah ni. Nanyi petang kita jumpa eh?" Aku menuju ke arah umi dan memeluk umi sebelum pergi ke kerja. Aku juga sempat mencium tangan umiku dan melagakan pipi kami.
Aku memulakan hari sibukku dengan menuju ke dewan utama syarikat Evergreen Co. Hmm semua persiapan sudah dibuat cuma yang tinggal hanyalah untuk menghias meja-meja makan.
Selepas membuat survey hidangan dan buah tangan untuk tetamu jemputan, aku kembali semula ke ofisku iaitu di syarikat Megah Bersama Holdings.
"Yana, awak free ke hari ini?" Idham menyapaku.
"Oh hello to you too." Aku menyindirnya. Idham tersengih melihatku. "Sorry sorry. Hello yana." Idham menggaru belakang tengkuknya. Malulah tu. Alahai comelnyaa.
Aku tersenyum. "Saya tak berapa free hari ni. Kenapa? Nak ajak date ke?" Aku bergurau tapi riak wajah Idham sangat mengejutkan aku. Aku tersalah cakap ke? kenapa dia nampak semacam ni. Alamak. Senyuman manisku bertukar menjadi tawar. "er.. tak.. tak.. saya tanya je.." Idham kelihatan gagap. eh kenapa pulak dengan kawan aku yang sorang ni? Belum sempat aku menjawab, dia sudah berlalu pergi. Aku mengangkat kening. Hairan.
Seharian aku menghabiskan masa di pejabat, amat terasa penatnya. Mana tak penat kalau kena deal dengan klien yang cerewet. Nak itulah, nak inilah. Tak nak itulah, tak nak inilah. Haih naik penin aku dibuatnya. Tapi apa boleh buat kan, dah namanya nak cari rezeki. Kenalah bersabar. Telefon bimbitku bernyanyi minta diangkat oleh si pemanggil. Aku menjawab panggilan dari setiausaha syarikat Evergreen Co. Salah satu daripada klien aku juga ni. Yang ni kena bagi extra attention sebab kalau diorang tak puas dengan service aku, memang aku kena baham hidup-hidup oleh Puan Latifah. Aku memaniskan wajah walaupun si pemanggil tidak beradadi hadapanku.
"Yes, Miss Chia?" Aku menyapa.
"Hey Miss Ariana! Just want to say thank you for the event preparation. You did very well and I like, I mean my boss likes your job. We can't wait for the event to start." Mula dah kena speaking dengan Miss Chia ni. Aku bukan apa, cuma aku pandai tersasul kalau cakap Inggeris ni. Hilang profesionalism aku, haa takpa! Lepas ni aku belajar lagi Bahasa Inggeris. Azam baru ni!
"Yeke? Alaah. No hal lah, Miss Chia. I can't wait for it too. By the way, okay tak menu hidangan yang saya fax-kan tadi tu? Haa saya dah buat survey dah tinggal nak confirm dari pihak Miss Chia lagi." Aku berkata sambil mengetuk mejaku dengan pen.
YOU ARE READING
Andai Itu Takdirku
RomansaCerita Melayu mengisahkan tentang Ariana yang tidak pernah merasai cinta daripada seorang lelaki. Berlainan pula dengan Harris yang hidupnya dikelilingi dengan perempuan dan sentiasa mendapat apa yang dia inginkan. Jika Allah menakdirkan kedua insan...