Bab 1

10.9K 226 10
                                    

ARIANA'S POV

Aku memasuki perkarangan bangunan tempat bakal aku meluangkan hari-hariku. Dengan penuh semangat, aku menyapa setiap orang yang berada di perkarangan tersebut.

"Selamat pagi!" Aku mengukir senyuman yang menampakkan sebaris gigi putihku.

Dipendekkan cerita, aku telah lulus temu duga untuk bekerja di syarikat Megah Bersama Holdings dan mula bekerja pada pagi ini. Hari pertama lah katakan.

Sedang aku asyik melangkah, tiba-tiba..

*gedebuk!* aku terasa sesusuk tubuh sasa melanggarku. Agak sasa juga mamat ni! Hmm wangian yang dipakainya hampir menggugatkan keimananku. Heisy! Sempat perasan pula aku ni.

"Hoi! Tak nampak ke orang nak lalu ni?" Jerkah lelaki itu.

"Maaf." Hanya itu yang mampu aku ucapkan. Haihh agaknya aku dah kena pukau ni. Yana,yana.

"Lain kali jalan pakai mata. Bukan pakai lutut." Dia menjegilkan matanya ke arah aku. Ni yang buat aku panas ni. Nasib baik dia tak tempik, kalau tak malu aku dibuatnya satu syarikat dengar.

Aku melawan balik renungan matanya. Seolah-olah aku mempunyai kudrat untuk menentang mamat ni.

"Saya dah minta maaf. Takkan tak cukup? Kenapa? Ada patah tangan ke? Ke patah kaki? Kalau ada mari saya tolong bawa ke hospital." Aku melawan kata-katanya.

"Amboi. Sedap mulut kau perli aku. Eh kau dengar sini, perempuan. Kau ni nak duit bukan? Kau tahu syarikat ni milik bapa aku, kau sengaja nak langgar aku supaya aku bagi kau duit, kan?" Dia tersenyum sinis, menunjukkan wajah yang sombong.

What the heck. Agak keterlaluan bongkak si mamat ni. Syarikat ni bapa dia punya? Peduli apa. Milik bapa dia, bukan dia. Pigi dahh.

"Sah awak ada cedera ni. Teruk sangat ke saya TERlanggar tadi sampai otak awak dah mereng? Kejap lagi saya telefon hospital eh. Hospital sakit jiwa. Kejap" Aku tekankan perkataan TER tadi tu seraya aku keluarkan telefon bimbit dari beg tangan dan menekan punat telefon. Belum sempat aku letakkan telefon tersebut di telinga, lelaki tadi memegang tanganku. Kejap tapi kuat.

"Apa main pegang-pegang ni!" Aku menjerkah lelaki tu dengan pandangan yang cukup bengis aku berikan. Aku melepaskan tanganku dari pegangannya. Kasar. Hah! Padan muka kau. Ini Ariana, bukan sembarang perempuan.

Lelaki itu kelihatan terkejut dengan tingkahku. Nampak sangat dia tak pernah ditolak bila dia memegang mana-mana wanita.

"Maaf." Lelaki itu meminta maaf. Okay, wait. Dia minta maaf? Oh baru tahu pula aku dia ni masih ada moral.

"It's okay. Saya tak suka mana-mana lelaki pegang saya. Harap awak tak kecil hati sangat." Hati aku tiba-tiba menjadi lembut selepas dia meminta maaf. Entah kenapa. Mungkin betul aku sudah terpukau.

"Saya faham." Bunyi macam merajuk jer tu? Alahai. Luruhlah jantung aku ni.

"Saya pergi dulu." Aku melangkah pergi meninggalkan lelaki itu. Aku tidak ingin lagi berjumpa dengannya walaupun dia sudah menyatakan bahawa syarikat ni milik bapanya. Jelas sekali aku akan kerap berjumpa dengannya. Melainkan dia tidak bekerja di sini. Ringan sedikit runsing di kepalaku memikirkan itu. Harap-harap dia tidak bekerja di sini dan tadi adalah kali pertama dan terakhir aku berjumpanya.

Hari ini adalah hari pertama aku bekerja. Aku ingin memulakannya dengan hati dan minda yang tenang. Jadi, kejadian tadi harus aku buang dari kotak pemikiranku.

Aku melangkah lagi ke arah pintu pejabat Puan Latifah. Seorang Ketua Perancang dan Pereka Dalaman di Syarikat Megah Bersama Holdings ni. Yes, you heard me right. Aku akan bekerja sebagai salah satu pereka dalaman di syarikat ini.

"Assalamualaikum, puan" aku mengetuk pintu biliknya.

"Waalaikumsalam, silalah masuk" Puan Latifah membuka pintu dan menjemput aku masuk ke dalam.

Puan Latifah menjemputku duduk dan memberi penerangan tentang tugas-tugasku. Kemudian, dia telah membawaku ke pejabatku. Selepas memperkenalkan aku dengan rakan sekerja yang lain, aku mengemas mejaku dan menghiasnya dengan barangan peribadiku seperti gambar. Ya, gambar keluargaku yang tercinta.

"Sibuk ke?" Suara garau menyapaku semasa aku sedang meletakkan gambar-gambar ku di meja.

"Eh, tak. Saya sangat lapang ni, tengah goyang kaki je, tak nampak ke?" Aku memerlinya sambil memberikan senyuman yang manis.

"Perli kita eh. Nama saya Idham Hanafi. Idham for short" Dia ketawa tapi masih sempat memperkenalkan dirinya.

"Ariana Syuhadah binti Sulaiman. Ariana for short and Yana for shortest." Aku tersenyum lagi.

Idham salah seorang rakan sekerjaku yang agak tampan. Kulitnya putih seperti pelakon Korea. Matanya bulat dan mempunyai bulu mata yang agak panjang. Hidungnya mancung mampu meluruhkan jantung wanitaku. Yana, yana.

Tidak lama kemudian, datang pula seorang gadis bertudung putih yang cantik menawan.

"Saya pula Maria Aniyah" gadis itu tersenyum manis ke arah ku.

"Selamat berkenalan. Saya harap kita dapat bekerja sebagai satu pasukan" Aku berucap seolah-olah akulah ketua pasukan Perancang dan Pereka Dalaman Syarikat Megah Bersama Holdings.

"Tiada masalah. Tengahari nanti kita lunch sama-sama nak?" Idham mengajukan idea yang bernas dalam memulakan sebuah tali pershabatan. Aku mengangguk tanda bersetuju dengan cadangannya.

"Awak belanja." Giliran Maria pula mengajukan ideanya.

Idham menggelengkan kepalanya tanda protes tapi terpaksa bersetuju. Kami bertiga gelak dan bermulalah hariku di sini sebagai seorang pereka dalaman.

Aku sangat bersyukur kerana Allah telah mempermudahkan urusan ku pada hari ini. Kerja yang baik, dan rakan sekerja yang sangat baik.

Alhamdulillah.

------------------------------------------------------------------------------------

Hello there! I hope you enjoy reading my story. This is my very first story I ever created. Ohmaigad! I'm so excited to publish it. Please leave your comment so that I can improve my story. I'll update regularly so please be patient. Thank you so much for reading! I appreciate it

Andai Itu TakdirkuWhere stories live. Discover now