Assalamualaikum w.b.t dan selamat membaca!
Love,
_blackpearl_88
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
HARRIS' POV"I take your silence as a yes from you. Goodbye, Harris."
Itulah ayat terakhir yang keluar dari bibir mungil Yana. Sejak hari itu, hidup aku seolah-olah gelap dan suram. Aku call, dia tak angkat. Aku text dah masuk seribu kali pun dia tak reply. Aku whatsapp dia lagilah teruk aku kena double bluetick jer. Haih perempuan, perempuan.. kalau dah merajuk tu, memang susah nak kena pujuk. Aku dah naik penat nak hubungi dan pujuk dia. Biaqpi dengan dia!
Tapi, bila difikirkan balik memang semua ini salah aku juga. Tidak! Semua ini salah Kamelia. Ya! Kerana kehadiran perempuan itu, aku berada dalam dilemma sama ada aku nak teruskan perkahwinan aku dengan Yana ataupun kembali dengan Kamelia. Tapi, Yana pun salah juga sebab terlalu terburu-buru dalam menilai hubungan aku dengan Kamelia dan juga perasaan aku terhadap Yana. Argh! Aku buntu. Aku bertekad selagi Yana tidak menghubungi aku dan meminta maaf, selagi itu aku tidak akan menghubungi Yana dan jelaskan segalanya kepada dia. Titik!
Hari berganti hari, aku melihat Yana hanya dari jauh. Nyata senyumannya tidak pernah lekang dari bibirnya terutama sekali bila Idham bersamanya. Rasa cemburu mula menguasai diri ini. Sabar yis.. sabar..
"ai.. tenung dari jauh je?" Satu hempukan hinggap di belakang kepalaku. Sakit giler!
Aku menjeling tajam sahabat aku yang seorang ni, Ammar. Haa kalau korang nak tahu Ammar ni kawan baik aku sejak aku di bangku sekolah menengah lagi. Dia baru sahaja balik dari Australia selepas tamat pelajaran di sana. Sekarang, dia sedang bekerja dengan aku sebagai Pengurus Sumber Manusia.
"kau ni mar, tak sah kan kalau tak kacau aku?" kataku sambil menggosok belakang kepala.
"rilek lah bro. Aku dah lama kot tak kacau kau." Kata Ammar sambil ketawa.
"dah, pergi main jauh-jauh. Aku sibuk ni." Aku mula menyibukkan diri dengan membuka dokumen-dokumen yang memerlukan perhatianku.
"hah! Yelah! Sibuklah sangat. Macam lah aku tak tahu yang kau tu asyik tenung tunang kau tu...eh silap! Bekas tunang." Dengan itu, Ammar keluar dari pejabatku sambil ketawa. Menyampah!
Bekas tunang? No way!
Aku bergegas bangun dari kerusi dan keluar menuju kea rah ofis Arianna.
Aku mencari kelibat yang aku rindui selama berhari-hari ini. Rindu? Cehh!
"Yana.."
ARIANA'S POV
"kalau macamtu, kita kena cepatkanlah plan kita ni. Saya tak nak ada apa-apa masalah timbul nanti kalau plan ni ditunda-tunda." Hujahku semasa meeting .
"Tapi Arianna, macam mana dengan suppliers kita? Dorang tak bagi maklum balas apa-apa pun. Rasanya selagi kita tak dapat maklum balas dari suppliers kita, plan kita ni tak boleh jalan." Kata Idham. Puan Latifah hanya mengangguk dengan kerutan di dahi.
"Tentang itu, saya dan Maria boleh uruskan. Betul tak Maria?" Aku menoleh ke arah Maria yang sedang sibuk mencatat butiran meeting pada kali ini. Maria mengangguk sambil senyum dengan yakin.
"Itu sudah pasti, Arianna." Kata Maria.
"Baiklah.. kita akhiri meeting kita di sini. Saya percaya bahawa kumpulan kita mampu melaksanakan plan kita ini dengan jayanya.. Saya.."
"Yana.." kedengaran suara yang sudah berhari lamanya tidak kudengari. Aku ingin menoleh melihat dan menatap matanya tapi mindaku mengatakan 'jangan'.
"I'm sorry for disturbing Puan Latifah but I need to talk to Arianna right now." Kata Harris dengan biadapnya. Cubalah minta izin, ni tak. Suka hati dia je cakap macam tu. Tahulah CEO syarikat ni, poyo je lebih. Haktuih!
Dalam hati aku berdoa agar Puan Latifah memberi alasan untuk tidak melepaskan aku dari bilik meeting ini. Memandangkan aku membelakangi Harris, maka aku siap bagi isyarat mata dengan Puan Latifah untuk menunjukkan yang aku tidak mahu bersua muka pun dengan Harris. Harapan aku hampa apabila Puan Latifah hanya tersenyum sambil mengangguk mengiyakan kata-kata Harris. Really? Semudah itu Harris? Bengangnya aku dengan buaya darat ni. Yelah company bapa dia kan, suka hati dia je nak buat apa. Termasuk layan staff dia dengan rude. Rasa bersyukur membuak di dada apabila mengenangkan pertunangan kami putus..walaupun not officially. Tapi tidak apa! Sebab tak lama lagi kami akan announce bahawa pertunangan kami diputuskan.
"Yana, shall we?" suara Harris yang garau menghentikan lamunanku. Baiklah! Nampaknya buaya darat ni masih tak reti bahasa bila aku cakap yang aku dan dia dah berakhir. Kau tunggu, Harris.
Mahu tidak mahu, aku terpaksa memusingkan badanku dan menatap sepasang mata yang sedang memandang tepat ke arah aku. Aku terdiam. Terkaku malah. Pandangan matanya seolah-olah ingin menyampaikan sesuatu pada aku. Pelbagai emosi sedang bermain di mata Harris. Entah perasaan apa tapi marah itu sememangnya ada di mata Harris. Buat seketika, hilang sedikit rasa rindu terhadap Harris..eh! rindu? Apa ni yana?! Okay.. mungkin aku rindu sebab dah berhari tak bergaduh dengan mamat ni tapi rasa bengang tu masih ada itu yang pasti!
Maria senyum sengih terhadap aku. Aku faham sangat senyuman dia tu. Minah seorang ni nak menggedik pun tak tengok tempat dan situasi. Aku menjegil ke arahnya sebelum melangkah ke arah Harris yang setia menanti di hadapan pintu meeting room ini. Setia? HAHAHAHA Harris? Setia? memang tak lah! Kejam kau Yana!
Langkah Harris yang cepat diperlahankan sebaik sahaja tiba di parking lot. Aku pun perlahankan langkahku dan buat tak endah ja apabila Harris pusing ke belakang dan memandang tajam ke arah aku sebelum berjalan menuju aku. Aku yang terkejut lantas mengambil beberapa langkah ke belakang untuk menjarakkan diri dari si buaya darat ni. Sehinggalah belakang aku menyentuh dinding barulah Harris berhenti melangkah.
Saat ini aku dapat rasakan bahawa muka aku merah menahan malu. Tolonglah Yana! Ini bukan first time kau ada jarak begini dekat dengan Harris. Jantung... tolonglah perlahankan sikit rentak tu.. nanti Harris dengar, malulah!
"Kita nak pergi mana ni?" kataku memecahkan kesunyian antara kami berdua.
"kita ada meeting dengan wedding planner kejap lagi. So for now kita pergi lunch dulu." Kata Harris kemudian melangkah menuju ke arah keretanya.
Aku hanya terdiam mendengar kata-katanya.
W.H.A.T?! wedding planner?
Aku silap dengar ke?
"Harris! Tunggu!" aku berlari anak mengejar Harris yang sudah jauh menuju ke arah keretanya. Aku menggapai lengannya agar dia berhenti melangkah.
Harris terkejut dan apabila sedar dengan perbuatanku yang melebihi batas tu, aku melepaskan lengannya serta-merta.
"sorry. But what did you said just now? Wedding planner?" aku mula bingung dengan semua ini. Bukan kah kami sudah setuju bahawa petunangan dan perkawinan kami dibatalkan? But wedding planner?
"yes, Miss Ariana Syuhadah. Wedding planner. Awak tu tak tua lagi lah nak jadi pekak. By the way, don't say sorry for touching me because soon, we are going to be husband and wife. Legally. Officially."
********************************************************
Cliffhanger!!! Sorry guys for the late update! :(I've been busy with tons of assignments and final exams for the past months T.T
But here I want to say how much I want to thanks you guys!
Thankyou sebab sudi baca cerita nii walaupun tak berapa best macam cerita-cerita yang korang dah baca ^-^
Thankyou sebab sudi vote cerita nii walaupun saya tahu cerita ni masih byk kekurangan :)
Tapi saya tetap akan berusaha untuk buat cerita ini menarik!
Last but not least, thankyou for the love and the supports! you guys are AWESOME! :*

ANDA SEDANG MEMBACA
Andai Itu Takdirku
Roman d'amourCerita Melayu mengisahkan tentang Ariana yang tidak pernah merasai cinta daripada seorang lelaki. Berlainan pula dengan Harris yang hidupnya dikelilingi dengan perempuan dan sentiasa mendapat apa yang dia inginkan. Jika Allah menakdirkan kedua insan...